Pelakon yang sinonim dengan panggilan Dottie, Nor Syuhaida Abd Razak menafikan rumah tangganya bersama Mohd Haffis Abu Hassan yang dibina lebih setahun lalu sedang bergolak.

Spekulasi tersebut dibuat apabila pelakon komedi berkenaan di katakan sudah jarang memuat naik foto bersama suami menerusi media sosial.

Dottie bagaimanapun ketika ditemui MH mengakui, akibat jarang memuat naik gambar suami, ada ketikanya dia turut ditanya peminat perihal status dirinya ketika ini.

IKLAN

“Ramai juga yang tanya saya, apakah yang sudah berlaku di antara kami kerana sudah jarang muat naik foto bersama. Kami masih lagi bersama. Tiada apa yang berlaku. Cumanya saya mengakui suami tidak berapa gemar dan selesa untuk terlalu expose.

 

“Cukup hanya saya yang ke depan memandangkan yang selebiritnya ialah diri saya. Jadi saya hormati permintaannya. Faham akan ada yang undang spekulasi, tapi tak menjadi isu sebab kami pun okay sahaja. Tak ada krisis, kami selesa untuk tidak terlalu expose.

 

“Tambah pula, saya sendiri takut berkongsi kebahagiaan rumah tangga, kerana alam rumah tangga ada pasang surutnya. Jadi lebih baik bersederhana,” kata pelakon Surf This Love ini jujur.

Ditanya mengenai rezeki cahaya mata, Dottie tidak menolah andai dikurniakan anak di dalam tempoh terdekat memandangkan tahun ini merupakan tahun kedua mereka menyambut Ramadan sebagai suami isteri.

IKLAN

“Belum ada rezeki lagi. Cuma insyaAllah kalau tahun depan masih belum ada, kami pun merancang untuk cuba kaedah kehamilan alternatif,” akuinya yang bakal beraksi menerusi sebuah drama sempena raya di Astro Warna, Raya Semanis Madu.

Turut sama terlibat di dalam drama komedi berkenaan ialah Nad Zainal, Tauke Jambu dan ramai lagi.

IKLAN

Terdahulu, Dottie dan pasangannya yang merupakan seorang ahli perniagaan diijabkabulkan pada 25 Disember 2016 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI