Tahniah diucapkan kepada pelakon filem Mukhsin, Sharifah Aryana yang selamat bersalin cahaya mata sulung pada 7 April lalu.
Menerusi Instagram, adik kepada aktres Sharifah Amani ini memaklum dia terpaksa melalui proses pembedahan secara kecemasan untuk melahirkan bayi lelaki seberat 3.2 kilogram itu
Video dimuat pelakon dan usahawan terkenal Tya Arifin yang memaparkan dirinya ditampar dan dipukul pelakon terkenal Fauziah Ahmad Daud atau Ogy mencetuskan viral sekaligus mengundang pelbagai komen warganet.
Dikongsikan sejak 4 April lalu di Instagram Tya, video berkenaan sudah mencecah lebih 17.3 juta tontonan dan ia sebenarnya adalah antara babak yang terdapat dalam drama pendek Saksi Malam Syawal.
Menurut Tya, dia terharu dan menjadi satu penghargaan buat dirinya apabila dapat bergandingan dengan pelakon berkaliber seperti Ogy.
“Drama pendek Saksi Malam Syawal ini adalah karya terbaharu daripada Mutyara bersempena sambutan Syawal tahun ini. Apa yang lebih membanggakan saya dan pasukan apabila Kak Ogy sudi menerima tawaran untuk berlakon. Ia satu penghargaan dan pengalaman yang cukup bermakna buat kami.
“Dalam Saksi Malam Syawal ini kita nak memperlihatkan realiti hubungan menantu dan mentua dalam menyambut raya. Dipaparkan bagaimana mentua itu berperangai ‘hantu’ dengan memberi layanan yang teruk kepada menantunya.
“Disebabkan itu, ada banyak babak yang memaparkan ‘kekejaman’ mentua terhadap menantunya. Memang sedih dan meruntun jiwa. Selebihnya, anda kena saksikan drama ini di saluran Youtube The Tya’s Family,” katanya.
Sementara itu, Ogy menjelaskan, semua aksi yang dipaparkan adalah lakonan semata-mata dengan menggunakan teknik yang betul bagi menampakkan hasil yang realistik.
“Aksi tampar dan pukul itu hanya lakonan. Ia adalah teknik lakonan. Bunyi tamparan pula adalah kesan bunyi. Saya masih waras dan tidak akan tampar betul,” katanya.
Menariknya juga, drama pendek ini menggabungkan lakonan hebat bintang dua negara.
Malah, dalam drama ini Tya yang melakonkan watak menantu menggunakan bahasa Indonesia, sementara Ogy sebagai mentua berbahasa Melayu.
“Saya nak berterima kasih kepada Kak Ogy kerana banyak membantu saya dan pasukan sepanjang penggambaran dibuat. Kak Ogy bukan saja berlakon, tapi juga menjadi guru di lokasi.
“Bagi saya, situasi sebegini sangat jarang berlaku dalam mana-mana produksi. Sebab itu, untuk karya kali ini saya anggap ia sangat bermakna, memberikan banyak pengalaman serta ilmu,” kata Tya lagi.
Pelakon terkenal, Shaheizy Sam, mendedahkan dirinya hanya mempunyai waktu yang sangat singkat untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik sebelum melakonkan adegan ‘buka baju’ didalam filem terbaru, Polis Evo 3.
Jelas Sam, pada ketika itu, dia harus menjalani rutin diet yang sangat ekstrem demi memenuhi kehendak pengarah.
“Saya harus menjalani rutin diet ekstrem selama dua minggu sebelum memulakan penggambaran babak yang memerlukan saya menunjukkan six pack dan bentuk badan.
“Apa sahaja unsur-unsur gula wajib dipotong selama dua minggu itu. Jika ada lagi ruang untuk bakar lemak dalam badan, wajib buat.
“Selagi mampu berjalan, berdiri dan bekerja tanpa memasukkan apa sahaja jenis kalori dalam badan, kena teruskan.
“Kalau nak sumber karbohidrad sedikit, saya akan makan brokoli dan protein. Kalau teringin nasi sangat, saya akan makan beras perang,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, suami kepada pelakon Syatilla Melvin ini juga mendedahkan emosinya pada ketika itu sememangnya terganggu disebabkan berada dalam keadaan lapar yang agak lama.
“Ketika fasa tersebut, Syatilla tidak menjaga rutin makanan saya. Kalau boleh, dia lagi nak mengelak daripada rapat dengan saya sebab dia tahu mood saya ketika itu, memang tak elok.
“Anda sedar atau tidak, bila pekerja kedai makan tersilap hantar pesanan, kedai makan akan menjadi tempat paling senang kita nak marah.
“Kerana ketika itu, kita tengah lapar dan emosi tidak stabil. Kalau ada yang salah, mesti kita akan marah. Bayangkan, sepanjang tempoh penggambaran berlansung, saya berada dalam situasi tersebut.
“Bila usia dah meningkat, beban untuk dapatkan six pack jadi dua kali ganda. Saya minta pengarah untuk tunda shooting lagi empat hari untuk saya dapatkan badan cantik tapi tak boleh,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Sam turut memaklumkan antara cabaran terbesar sepanjang melakon filem ini adalah untuk menjayakan babak-babak aksi yang berisiko tinggi.
“Bila memasuki usia hampir 40 tahun, saya memang ada kekangan untuk melakonkan babak-babak aksi yang ekstrem. Saya seorang yang jarang bersenam. Kalau bersenam pun ketika nak dekat tarikh penggambaran.
“Jadi, stamina agak terhad. Saya rasa sangat berbeza ketika berlakon Polis Evo 3 ini berbanding dua filem sebelumnya. Kalau silap pergerakan, akan mudah cramp atau sakit otot.
“Cedera ringan itu biasa. Saya akan buat sendiri adegan berlawan. Kalau adegan ektrem seperti terjun bangunan, saya kena pastikan dahulu adakah saya akan cedera atau tidak.
“Kalau cedera, saya bukan sahaja menyusahkan diri sendiri tapi team produksi juga,” akhirinya.
Terdahulu, Polis Evo 3 bakal mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 25 Mei ini.
Selain Sam, filem ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Nora Danish, Syafiq Kyle dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah melancarkan secara rasmi filem pendek Aidilfitri 2026 berjudul ‘Tak Terjawab’.
Walaupun filem ini menyampaikan naratif yang menyentuh...