“Tepat 3 tahun yang lalu, ditanggal ini aku mengucap janji kepada Allah untuk selalu menemanimu dalam suka dan duka sampai maut memisahkan.
“Happy 3rd anniv sayang @dylan_sahara insyaAllah nanti kita rayain anniv kita lagi di surganya Allah. Tunggu aku disana ya. Pinjem lagunya ya bree @rizalarmada @andit_armada @maiarmada,” tulisnya.
Terusik dengan kapsyen yang ditulis, peminat rata-ratanya mendoakan agar Ifan terus kuat.
Mengimbas tragedi yang berlaku hujung Disember tahun lalu itu, Dylan berada di belakang ketika kumpulan yang dianggotai suaminya itu mengadakan persembahan untuk satu undangan nyanyian sebelum berlakunya tsunami.
Ifan,menjadi satu-satunya anggota kumpulan tersebut yang terselamat selepas dua pemain gitarnya, Herman Sikumbang dan Muhammad Awal Purbani serta pemain dram, Andi turut disahkan terkorban.
Foto: Instagram Ifan Seventeen
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI dilaporkan cedera selepas terlibat kemalangan ketika berbasikal petang semalam.
Difahamkan, Azhar terjatuh ketika menjalankan aktiviti berbasikal di Kuala Terengganu sehingga menyebabkan tangan kiri dan hidungnya patah.
Perkara tersebut dikongsikan Azhar menerusi Facebook miliknya.
“Berikutan sedikit kemalangan yang menimpa Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus ketika melakukan kayuhan basikal petang tadi adalah dimaklumkan semua kuliah ditangguhkan sementara waktu sehingga diberitahu kelak.
“Beliau mengalami sedikit kecederaan dan memerlukan rehat untuk sementara waktu,” tulisnya.
Azhar kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk menerima rawatan lanjut.
Berikutan kemalangan itu, Azhar menangguhkan semua ceramah agama buat sementara waktu sehingga keadaan beliau pulih sepenuhnya.
Pelakon dan usahawan, Ruhainies mengakui dirinya tidak berlebih-lebih mengenai penjagaan kecantikan kerana lebih percaya akan sesebuah produk yang serasi dengan diri.
Malah Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas turut mendedahkan, dalam sebulan dia hanya memperuntukkan kurang RM2,000 untuk penjagaan diri.
“Sebenarnya saya tidak pakai produk yang mahal pun untuk kecantikan. Bagi saya, kebanyakannya ada pandangan bahawa kita kena aplikasi produk yang mahal untuk miliki kulit cantik.
“Alhamdulillah, kulit saya tidak perlukan produk mahal untuk pastikan kulit kekal terjaga. Produk yang saya gunakan pun biasa-biasa saja.
“Saya hanya peruntukkan kurang dari RM2,000 sebulan untuk kecantikan dari hujung rambut ke hujung kaki,” katanya jujur.
Ditanya mengenai rutin kesihatan bagi memastikan penampilan sentiasa terjaga pula, bintang Jejak Karmilla ini memberitahu dia ada kunjungi spa dan sesekali luang masa dengan berenang.
“Setiap minggu sekali saya akan luangkan masa untuk urut serta rawatan spa. Sementara untuk kesihatan dalaman, saya akan isi masa dengan berenang kalau ada kelapangan.
“Alhamdulillah motabolisme saya tinggi, jadi buat masa sekarang saya tidaklah jaga sangat mengenai menu makanan yang diambil.
“InsyaAllah apabila sampai satu peringkat umur dan orang kata ketika itu metabolisme pun makin kurang hingga sebabkan badan mulai naik barulah saya akan kawal pemakanan,” jelas pelakon berusia 27 tahun ini lagi.
Bergelar duta kepada jenama penjagaan diri, Magicboo, Ruhainies menjelaskan dia tidak ada perancangan mengeluarkan jenama kecantikannya sendiri setakat ini kerana ada komitmen lain yang perlu diutamakan.
“Perancangan itu ada, tetapi bukanlah dalam waktu terdekat ini memandangkan saya baru sahaja buka kafe. InsyaAllah pada masa depan kalau ada rezeki,” akui Ruhainies yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem di samping Mira Filzah dan Fendy Bakri.
Terdahulu, adik kepada pelakon Risteena ini ditemui pada pelancaran pembukaan cawangan kelima sebuah butik kecantikan, My Beaute Village, di pusat beli-belah di Puchong, baru-baru ini.