Bakal tampil dengan single terbaharu, Datin Alyah mendedahkan lagu berkenaan bakal menampilkan berkolaborasi pertamanya dengan pendakwah bebas, PU Riz.
Berkonsepkan kerohanian, lagu berjudul Thank You Allah itu dijangka bakal dilancarkan sebelum menjelangnya Ramadan.
Jelas Alyah, penampilan PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail itu adalah sebagai pelakon yang bermonolog dalam bahasa Melayu dan Arab di dalam lagu berkenaan.
“Saya tahu PU Riz menerusi kerjaya sebagai pelakon, pendakwah bebas dan cerita yang dipaparkan saja. Malah dalam filem Ada Apa Dengan Dosa dia berlakon dan saya menyanyikan lagu tema filem itu. Tapi tidak tahu kemampuan lain yang dimiliki.
“Ketika proses masukkan vokal tak sangka kemampuan dia besar dan bermonolog dengan baik. Memang kita panggil dia untuk monolog, apabila dia datang dan dengar suara, saya berasa dia boleh nyanyi dengan baik juga.
“Cuma tak boleh ‘explore’ banyak perkara mengenai dia sebab tahu dia sebagai PU saja. Apabila sudah kenal, banyak perkara dalam diri dia nak buat, cuma mungkin kena beri waktu dulu,” katanya.
Berkongsi dengan lebih lanjut, isteri kepada pemuzik terkenal, Datuk Ramli MS ini menyifatkan pemilihan pendakwah bebas tersebut sebagai satu pilihan tepat, khasnya daripada segi suara yang berjaya disesuaikan dalam lagu ciptaan bersama Omar K dan lirik oleh Ikhwan Fatanna itu dengan baik.
“Diakui nak dapatkan PU Riz memang susah. Cuma lagu ini perlukan dia. Nak cari pendakwah yang memiliki suara ‘jantan’, susah. Kebanyakan ada di Indonesia. Di Malaysia sangat terhad. Apabila dengar suara dia, itulah yang lagu ini perlukan.
“Kami bukan main ambil saja, tapi kita tengok lakonan dia dan macam mana dia lontarkan dialog. Bagi monolog, dia berikan input dengan ayat sendiri. Monolog idea dia sendiri dalam bahasa Melayu dan Arab.
“Dalam erti kata lain, suara PU Riz ni sangat ‘limited’. Bukan cakap sebab nak trending, tapi sejujurnya kalau tanya saya lima tahun lepas dan lima tahun akan datang itulah jawapan saya.
“Apabila dia masukkan vokal dan dengar, baru nampak kelebihan dan kemampuan dia.
“Mungkin selama ini orang hanya bercakap soal peribadi saja. Bakat dia banyak lagi boleh ‘explore’. Dia ada karakter suara macam pelakon hebat lain. Cuma bezanya dia PU,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Alyah juga sedang dalam perancangan untuk melakukan penggambaran muzik video bagi single berkenaan.
Terdahulu, satu video yang dimuat naik penyanyi Meluruh ini menerusi Instagram menarik perhatian ramai apabila PU Riz dilihat mengisi masa bersama beberapa kenalan lain dengan berkunjung ke kediaman penyanyi tersebut baru-baru ini.
Malah Alyah menerusi kapsyen juga turut mengucapkan selamat pengantin baru buat Riz yang baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan selebriti popular, Neelofa minggu lalu.
Foto: Instagram Alyah, PU Riz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyampai radio Suria FM, Dj Lin ada mengimbau kembali kenangan di awal pembabitan dirinya dalam dunia penyiaran radio yang kini sudah menjangkau 22 tahun.
Dalam pada itu, Dj Lin juga ada meluahkan rasa syukur dan kegembiraan atas kejayaan yang dikecapi oleh dirinya sebagai seorang penyampai radio.
Penyampai radio berusia 45 tahun itu turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semuayang telah sentiasa menyokong dirinya.
Menerusi entri yang dimuat naik di laman media sosial Instagram, Dj Lin juga ada berkongsi foto lama dirinya yang kelihatan sangat ranggi dan bergaya.
“Sesekali #djlin mengimbau memori meniti perjalanan di arena kehidupan menghirup tiap cabaran mengunyah tiap kesukaran & menelan apa jua kesakitan sepanjang 22 tahun mengabdikan diri dalam dunia penyiaran #radio
“Namun Lin bersyukur hingga kini jenama #djlin masih teguh berdiri seiring dengan keteguhan jenama #SuriaFm yang semakin dipercayai oleh pencinta #radio juga agensi media serta para pengiklanAlhamdulillah syukur
“Terimakasih Allah untuk anugerah & rezeki yang Kau beri buat diriku ini Akan ku jaga amanah ini & terus berjuang seterdaya berusaha bersama anak2 buah tercinta meletakkan @suriamalaysia di puncaknya
“Ameen Doakan Lin #Suria #suriamalaysia #radiodj #radioannouncer #suriacinta,” tulisnya panjang lebar.
Selebriti dan usahawan popular, Neelofa meluahkan rasa syukur kerana telah dilimpahi dengan rezeki yang luas, lebih-lebih lagi selepas baru berkahwin.
Bagaimanapun, Neelofa menyifatkan dia dan suami, PU Riz lebih mengutamakan mengenai soal keberkatan dalam setiap perkara yang mereka lakukan.
“Alhamdulillah, kami berkahwin pun baru je seminggu. Jadi, apa-apapun bentuk rezeki yang diterima sama ada suami atau diri saya sendiri, yang paling saya utamakan adalah keberkatan.
“Kalau kita terlalu luangkan masa untuk kejar segalanya tapi tiada berkatnya, kita akan penat dan rasa membazir sahaja.
“Saya sangat tekankan kepada keberkatan dalam setiap perkara yang saya lakukan InsyaAllah,” katanya kepada MH.
Pemenang trofi Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular 29 (ABP29) itu berkata sedemikian sewaktu ditemui di majlis tandatangan produk terbaharu Fipper x The Noor di Hotel Marriot, Putrajaya pada Isnin.
Pada masa sama, Neelofa turut memaklum segala urusan kerjanya sewaktu di Kedah telah berjalan dengan lancar meskipun dikritik oleh segelintir pihak yang mendakwa dia dan suami telah menyalahgunakan kebenaran merentas negeri.
“InsyaAllah dengan kerjasama bersama pihak Chatime, saya akan buka beberapa oulet di sana (Kedah).
“Jadi sebelum puasa saya cuba selesaikan apa yang perlu. Alhamdulillah segalanya dapat dibuat pada minggu lepas.
“Walaupun setelah apa yang terjadi termasuklah impak daripada orang ramai, kami telah ditawarkan untuk membuka lebih daripada satu cawangan.
“Terima kasih kepada anda semua kerana telah memberikan ‘free marketing’ dan membuka rezeki kepada saya.
“Rasanya saya tidak perlu bercakap mengenai segala tindakan saya kerana segalanya ada sebab-sebab yang tersendiri mengikt keadaan dan keperluan saya pada ketika itu,” katanya lagi.
Ditanya mengenai perasaannya menyambut bulan Ramadan sebagai seorang isteri, Neelofa mengakui dia berasa sangat teruja kerana ini antara momen-momen yang amat dia nanti-nantikan.
“Ada beberapa perkara sebenarnya didalam perancangan saya tetapi sekiranya perkara tersebut tidak dapat dilaksanakan, saya akan berpuasa di sini bersama keluarga seperti biasa.
“Sejujurnya saya teruja kerana ini juga merupakan perkara yang saya tunggu-tunggu.
“Banyak masa akan dipenuhi dengan program-program tersendiri terutamanya ketika di rumah,” akhirinya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Rumah tangga pelawak dan personaliti televisyen Indonesia, Boiyen, dilaporkan berdepan episod perpisahan apabila beliau memfailkan cerai terhadap suaminya, Rully Anggi Akbar, selepas hanya kira-kira...