
Program realiti popular, Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) semakin menghampiri detik kemuncaknya dan bakal melabuhkan tirai pada Ahad, 9 Februari 2025.
Walaupun teka-teki mengenai siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara masih belum terjawab, peminat pastinya teruja dengan kehadiran barisan penyanyi legenda dan bintang popular yang akan bergandingan bersama enam finalis dalam segmen duet.
Antara nama besar yang bakal menyerikan pentas akhir GV11 ialah Datuk Jamal Abdillah, Krisdayanti, Taufik Batisah, dan Pasha Ungu.
Tidak ketinggalan, kumpulan Dolla serta alumni GV dan juara musim ke-9 serta edisi All Stars, Jaclyn Victor, turut akan membuat penampilan istimewa.
Semak Senarai Duet
Ini dia senarai lagu duet yang bakal dipersembahkan oleh finalis GV11 bersama penyanyi undangan:
- Dadali Dyrga duet bersama Datuk Jamal Abdillah – Kekasih Awal Dan Akhir
- Liza Aziz duet bersama Krisdayanti – Cinta
- Shiela Abdull duet bersama Taufik Batisah – Aku Bersahaja
- Ning Baizura duet bersama Pasha Ungu – Terlanjur Cinta
- The Lima duet bersama Dolla – Bye Bye Bye
- Zehra Zambri duet bersama Jaclyn Victor – Beribu Sesalan
Cabaran Tiga Segmen Persembahan!
Minggu terakhir GV11 menjanjikan cabaran sengit apabila setiap peserta perlu menyampaikan tiga buah lagu iaitu persembahan solo, duet bersama penyanyi jemputan, serta battle bersama finalis lain mengikut tema It’s Final.
Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad telah bersiaran secara langsung selama 12 minggu dari Auditorium MBSA, Shah Alam.
Kesemua peserta yang mara ke peringkat akhir akan diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat, dan Datuk Ramli M.S.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI