Nampaknya isu Anugerah Juara Lagu ke 32 semakin hangat dan panas diperkatakan! Lepas satu, satu kontroversi timbul tentang lagu-lagu yang terpilih untuk mara ke AJL32.
Baru sahaja selesai isu yang mengaitkan penyanyi comel, Ayda Jebat yang didakwa tidak berpuas hati dengan juri kerana lagunya tidak terpilih, kini timbul pula kontroversi baru apabila segelintir netizen dilihat tidak berpuas hati dengan lagu Warkah Untukku nyanyian Ara Johari yang berjaya mara ke AJL32.
Lirik lagu Warkah Untukku yang menggunakan lirik berulang membuatkan netizen berpendapat lagu ini tidak layak untuk mara ke AJL32 sebaliknya mereka lebih bersetuju jika lagu Terus Mencintai nyanyian Siti Nordiana terpilih pada malam itu.
Masing-masing mempunyai pendapat tersendiri namun pemilihan lagu tersebut diadili oleh juri profesional jadi sepatutnya tidak timbul isu sebegini kerana sebagai juri profesional pasti mereka lebih pandai menilai kekuatan sesebuah lagu itu.
Memetik dari satu sumber portal hiburan, ketua juri sepanjang separuh akhir Muzik Muzik 32, Datuk Mokhzani Ismail menjelaskan bahawa lagu Warkah Untukku mempunyai kekuatan yang tersendiri untuk mara ke perinbkat seterusnya.
“Ya betul, lirik bahagian korusnya diulang banyak kali tetapi melodi dan susunan muziknya bagus. Itu perlu diberi perhatian,” jelas Datuk Mokhzani.
Setiap lagu yang terpilih mempunyai kelebihan tersendiri dan buat lagu yang tidak terpilih pula itu tidak bermakna lagu tersebut tidak bagus tetapi mungkin setiap juri ada point-point yang mereka titik beratkan.
Sumber: Utusan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI