“Lagu Raya Nombor 1 Di Malaysia, Dah 6 Hari Kot,” – Lala Raya Kekal Trending, Sampai Zizan Razak Pun Puji Vokal Aliff Syukri!

Share

Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri masih terkejut apabila lagu dan muzik video raya nyanyiannya, Lala Raya masih lagi menjadi trending nombor satu di YouTube meski sudah beberapa hari dilancarkan.

Sambil meluahkan rasa gembiranya, Aliff yang pernah muncul menerusi single Cuba Bahagia sebelum ini, turut mengucapkan terima kasih buat semua yang menghargai bakatnya.

“Ya allah masih trending no1 di malaysia. Yesss lagu raya no1 di malaysia dah 6 hari kot.

“Tq Kepada semua rakyat Malaysia kerana menghargai bakat saya yang selama ini tidak pernah dihargai,” tulisnya.

Entri tersebut turut menerima reaksi pelbagai daripada warganet.

Sementara itu melalui hantaran terkininya, Aliff ada berkongsi paparan komen yang ditinggalkan oleh Zizan Razak yang antara lain memuji dan bersetuju dia kini penyanyi nombor satu.

Malah pelawak berkenaan turut menyifatkan vokal ahli perniagaan itu tak ubah seperti penyanyi Hollywood.

“Syukur Aku rasa amat dihargai ..thanks awakkk @zizanrazak869 krn puji suara sy..zizan ni memang pandai menilai bakat org tq @zizanrazak869.

“Insyallah sy akan yanyi utk awak live tanda penghargaan sy.. free jer show sy x payah bayar..syukur vokal dan bakat sy kini org dah pandang,” tulisnya lagi.

Muzik video berkenaan sehingga kini sudah pun ditonton hampir 1.5 juta kali.

Foto: YouTube Aliff Syukri

IKLAN