Lagu Pertama Dah Sukses, AESPA Cipta Rekod Debut Black Mamba Cecah 10 Juta Dalam Masa Singkat Di YouTube!

Share

Sejurus pengumuman yang dibuat oleh SM Entertainment yang bakal memperkenalkan grup wanita baharu yang dikenali sebagai AESPA, rata-rata peminat K-pop di seluruh dunia rasa teruja seterusnya tak sabar menantikan genre muzik dan identiti kumpulan yang dimaksudkan.

AESPA yang dianggotai Karina, Giselle, Winter dan Ningning kini muncul dengan video muzik pertama mereka menerusi single berjudul Black Mamba yang sekaligus pantas mencatatkan rekod apabila menjadi video debut pertama yang mencatatkan 10 juta tontonan dalam masa 9 jam saja selepas dilancarkan.

Sehingga artikel ini ditulis, Black Mamba telah merekodkan lebih 21 juta tontonan kurang daripada 24 jam ia dimuat naik ke YouTube dan sudah menjadi trending. 

Kejayaan yang diraih AESPA dijangka bakal memberikan saingan sengit kepada girl group K-pop popular lain termasuklah Blackpink (YG Entertainment) dan TWICE (JYP Entertainment).

Sementara menerusi ruangan komen, rata-rata peminat memuji Black Mamba dan menyifatkan Aespa sebagai kumpulan baru terbaik ketika ini.

Ikuti muzik video Black Mamba di sini;

IKLAN