Sejak tularnya lagu Despacito di negara kita ini, hampir setiap hari kita boleh mendengar lagu ini di corong-corong radio.

Namun maksud di setiap bait liriknya tidak kita tahu kerana bahasa yang digunakan bukanlah bahasa yang difahami oleh kita.

Terbaru, Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah memberhentikan siaran lagu yang kian popular itu secara serta-merta di semua stesen radio dan saluran televisyen miliknya.

IKLAN

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, lagu itu telah dinilai semula oleh panel penilai RTM susulan aduan awam dan mengambil keputusan untuk menarik balik kelulusan.

IKLAN

“Sehubungan dengan itu, RTM memberhentikan siaran lagu tersebut di semua stesen radio dan TV RTM berkuat kuasa serta-merta,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri Rumah Terbuka Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Sebelum ini terdapat pihak yang meminta agar penyiaran lagu itu dihentikan kerana liriknya berunsur lucah.

IKLAN

Sumber: Bernama

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI