Sekarang ini banyak sangat kes penipuan yang berlaku melibatkan duit.

Terbaru menurut sebuah sumber, kumpulan nasyid Brothers telah memfailkan saman terhadap penganjur Konsert 3 Kejora Bersatu iaitu Kay Event Services & Management.

Saman ini difailkan oleh Brothers kerana mereka mendakwa pihak penganjur gagal untuk melunaskan baki bayaran yang berjumlah RM37,500.

Kumpulan Nasyid, Brothers Fail Saman Kepada Penganjur Konsert

Terdahulu, Brothers hanya menerima bayaran pendahuluan sebanyak RM12,500 daripada jumlah keseluruhan wang yang patut diterima iaitu sebanyak RM50,000.

IKLAN

Konsert ini telah diadakan di Istana Budaya tahun lalu pada 7 dan 8 Oktober.

Salah seorang anggota kumpulan Brothers, Yasin Sulaiman memberitahu disebabkan keengganan pihak penganjur untuk melunaskan baki bayaran membuatkan mereka mengambil keputusan untuk memfailkan saman di Mahkamah Majistret Shah Alam pada 18 September yang lalu.

IKLAN

Terdahulu pada 28 Julai 2017, pihak Brothers telah memberi notis tuntutan kepada pihak penganjur namun tiada sebarang respon diterima daripada mereka.

“Sudah setahun malah macam-macam pendekatan diambil agar penganjur melunaskan baki bayaran termasuk berusaha mengadakan pertemuan dan berbincang dengan penganjur.

 

“Setiap kali minta bayaran, penganjur akan bagi pelbagai alasan. Oleh itu kami terpaksa mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur,” ujarnya.

Tambahnya lagi, tindakan ini dibuat bukan untuk mencari keuntungan tetapi untuk membuka jalan kepada semua yang terbabit dalam penganjuran konsert tersebut agar mengambil tindakan yang sama kepada pihak penganjur.

IKLAN

Antara Kumpulan yang turut menjayakan konsert tersebut adalah kumpulan Rabbani dan Hijjaz.

Kumpulan Nasyid, Brothers Fail Saman Kepada Penganjur Konsert

Kumpulan Nasyid, Brothers Fail Saman Kepada Penganjur Konsert

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI