Pernah mengecap populariti sebagai penyanyi, namun minat Khurzaimi Ismail lebih berfokus pada kerja-kerja di belakang tabir.

Bahkan, tanpa sedar, anak jati Negeri Sembilan ini sudah terlibat dalam dunia produksi sejak lebih 20 tahun lalu.

Khurzaimi atau lebih mesra disapa sebagai Kumin pernah mencipta nama di persada seni melalui kumpulan KU2, sekitar 1990-an.

KU2 turut dianggotai pelakon dan pelawak, Allahyarham Husni Mohd Rawi atau Bob Kuman.

IKLAN

Meskipun berbadan besar, kumpulan ini cemerlang menghasilkan empat album iaitu Motivasi (1994), Evolusi (1997), Album Baru Aku! (1999) dan The Best of KU2 (2001).

“Saya sebenarnya dah terlibat dalam dunia produksi sejak jadi penyanyi lagi.

 

“Dulu-dulu, saya selalu free pada hujung minggu. Ketika itu, saya lebih senang untuk terlibat pada kerja-kerja di belakang tabir.

 

“Arwah Bob pula lebih ke hadapan dalam bidang nyanyian,” katanya pada Media Hiburan.

Jadi pengurus produksi

IKLAN

Selesa menggalas tugas sebagai pengurus produksi, Kumin ternyata tidak mensia-siakan kelebihannya sebagai selebriti.

IKLAN

Tambahan pula, katanya, tugasnya itu memerlukannya untuk merancang dan menguruskan perjalanan keseluruhan produksi.

“Kerja saya bermula daripada A sampai Z serta merupakan individu ketiga penting selepas penerbit dan pengarah.

 

“Tanggungjawabnya bermula daripada menyediakan kertas kerja (proposal), mengenal pasti skrip, menyediakan dan mengawal anggaran perbelanjaan produksi, melantik, menyelia serta menjaga kebajikan semua tenaga kerja produksi.

 

“Sekurang-kurangnya, gelaran selebriti memudahkan saya untuk mencari pelbagai contact (ketawa),” katanya.

Rentetan itu, lelaki berusia 46 tahun ini sangat berprinsip dalam melaksanakan tugasnya.

“Saya sangat tegas dalam soal call time. Saya bukan cerewet, tapi saya sangat straight dalam kerja.

 

“Tapi, hari ini orang anggap call time sebagai main-main, sedangkan ia mustahak bagi melancarkan shooting.

 

“Kalau orang langgar call time, saya tak akan marah, tapi saya akan menyanyi di telinganya dan bagi teguran sinis (ketawa).

 

“Saya juga tak akan mulakan shooting sekiranya tak dapat skrip penuh.

 

“Bagi saya, pengurus produksi wajib baca skrip untuk dapatkan semua gambaran mengenai shooting tersebut.

 

“Kalau tak baca skrip, macam mana nak lepaskan bajet?,” katanya.

Teks oleh: Ayu Zainal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI