“Kuasa Allah Dia Lahir 20 Hari Lebih Awal,” – Penyampai Radio Fizie Timang Bayi Lelaki

Share

Penyampai radio, Fizie Roslan merakam memori indah bersempena dengan kelahiran anak ketiganya, Eyden Putra yang selamat dilahirkan pada 17 Mac lalu.

Menurut Fizie, sekiranya mengikut bilangan hari, anak bongsunya itu sepatutnya dilahirkan pada semalam.

Fizie berkongsikan hal tersebut menerusi sebuah entri yang dikongsikan di Instagram.

“Mengikut kiraan doktor, hari ini sepatutnya Eyden dilahirkan. Tapi kuasa Allah dia lahir 20 hari lebih awal.

“Eh dah 20 hari Eyden anak papa ni kat dunia yang fana ni. Mengimbau kenangan 20 hari lepas,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Terdahulu menerusi platform sama, Fizie turut teruja bersyukur dia memaklumkan isterinya telah selamat bersalin bayi lelaki pada 17 Mac lalu pada jam 10.52 malam.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

IKLAN