Korean Music Awards 2020 Dibatal Gara-Gara Ancaman Coronavirus, Pemenang Akan Diumum Secara Online

Share

Malam kemuncak Korean Music Awards 2020 (KMA 2020) yang ke-17 dilaporkan telah dibatalkan pihak penganjur gara-gara ancaman wabak Coronavirus yang sedang menjadi kebimbangan ramai kini, termasuk di Korea Selatan.

Kenyataan berkaitan turut dilampirkan menerusi Twitter pada Isnin lalu dan memetik Soompi, pihak penganjur ada mencari alternatif lain untuk tetap meneruskan malam anugerah tersebut, bagaimanapun ancaman virus sudah mencapai status kritikal lalu terpaksa dibatalkan juga.

Pada masa sama, pihak penganjur turut memberikan penjelasan seterusnya mengharapkan agar peminat sedia memahami akan kekangan yang berlaku, termasuk kepentingan dalam menjaga keselamantan serta kesihatan diri.

Bagaimanapun, pihak penganjur tetap mengumumkan senarai para pemenang KMA 2020 secara dalam talian,  Khamis ini.

Terdahulu, beberapa persembahan besar di Korea Selatan terpaksa dibatalkan atas sebab sama. Antaranya ialah konsert dan sesi bertemu peminat oleh kumpulan Super Junior, Twice dan ramai lagi.

Sumber: Soompi, kumparan

IKLAN