Pelakon dan pengacara, Elly Mazlein kini difahamkan sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsian di Instagram, Elly merakamkan ucapan terima kasih kepada rumah produksi, Radius One dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin kerana telah menghantar buah tangan kepadanya di hospital.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 💋SaraAzlan💋 (@iamellymazlein)

“Thank you @radiusone_official @budakijat @fazli_radiusone sudi hantar bunga dan ambil berat. Terima kasih sangat-sangat,” tulisnya.

Pada masa sama, pengacara program Gegar Vaganza Musim ke-9 (GV9) ini turut menitipkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang perihatin terhadap keadaan kesihatannya itu.

“Terima kasih juga buat semua kesayangan yang mendoakan Kepom. InsyaAllah semuanya akan okay,” kongsinya lagi.

Bagaimanapun, Elly yang mesra disapa dengan panggilan Kak Lina Pom Pom itu tidak mengulas lanjut mengenai punca dia dimasukkan ke hospital.

IKLAN

Namun, terdapat juga segelintir pihak yang merasakan Elly terpaksa menerima rawatan di hospital disebabkan masalah kecederaan lutut yang dialaminya baru-baru ini.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menzahirkan rasa risau selain turut mendoakan semoga Elly akan segera sembuh daripada penyakitnya itu.

“Ala, kenapa dengan sayang Faz ni? Syafakillah. Semoga lekas sembuh ya,” komen pelakon, Fazura.

IKLAN

“Get well soon Kepom. Ghisau daripada hari tu lagi. Rehat naa,” balas pengarah, Shahrulezad Mohameddin.

“Kak Lina, nanti GV pakai sandal atau sneakers puk tak mengapa. Kami tak kisah. Untuk kesembuhan kaki Kak Lina,” kata seorang netizen.

“Semoga cepat sembuh. Sunyi dunia hiburan tanpa Kak Lina. InsyaAllah akan dipermudahkan semuanya,” balas seorang lagi netizen.

IKLAN

“Saya doakan semoga Kak Lina dirahmati Allah dan diberikan kesembuhan, kekuatan, ketabahan, perlindungan dan dipermudahkan segala urusan,” komen netizen lagi.

Sebelum ini, Elly memaklumkan lututnya telah terseliuh ketika menjalani penggambaran bagi sebuah projek drama.

Malah, ketika mengacarakan konsert mimggu ke-7 GV9, Elly terpaksa menggunakan kerusi roda kerana pergerakan agak terbatas.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI