Heboh di media sosial minggu ini dengan nama pengulas fesyen, Zaihani Mohd Zain berhubung isu berat badan 60kg tidak boleh pergi ke pertunjukan fesyen.

Keadaan menjadi reda seketika apabila Zaihani membuat permohonan maaf secara terbuka namun api baru pula menyala dan menambahkan semula kehangatan kontroversi ini apabila dia mendakwa pengurus kepada pelakon popular, Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan nama Che Ta merupakan individu yang bertanggungjawab menyebarkan screenshot statusnya di Facebook berkenaan isu ’60kg’ tempoh hari.

Selain mendakwa pengurus Che Ta yang bernama, Afeeq Abd Wahab sebagai individu yang menyebarkan statusnya itu, dia juga meminta para ‘stylist’ untuk memboikot Afeeq jika dia mahu membuat pinjaman baju untuk artisnya.

Hal itu telah mendapat perhatian Che Ta dan dia telah memuat naik screenshot kenyataan Zaihani tentang Afeeq menerusi Instagramnya.

IKLAN

‘Konon Mohon Maaf, Tup Tup Tulis Komen Minta Pereka Fesyen Lain Boikot Saya’ – Pengurus Che Ta

Rentetan daripada hal ini, Afeeq tampil memberi penjelasannya berhubung hal ini menerusi laporan Rojak Daily.

Afeeq berkata, dia tidak kisah dituduh sebagai individu yang menyebarkan status Zaihani itu sehingga ianya menjadi viral kerana dia hanya meluahkan apa yang dirasa olehnya sama seperti apa yang Zaihani lakukan.

IKLAN

“Saya tidak kisah dikatakan sebagai pencetus isu ini sehingga menjadi viral.

 

“Sebab saya hanya menyuarakan apa yang saya rasa sama seperti dia menyuarakan apa yang dia rasa.

 

“Tetapi kenapa bila saya tulis status di akaun media sosial peribadi saya, dia ‘sentap’? Sedangkan apabila dia menulis status di Facebooknya tak ada sesiapun pun yang kata apa-apa kepada dia,” katanya kepada Rojak Daily.

Tambahnya lagi, menerusia status yang dimuat naik olehnya sebelum ini, dia tidak menyebarkan screenshot status yang ditulis oleh Zaihani cuma memberi reaksi mengenai kenyataan yang di keluarkan oleh pengulas fesyen itu sahaja.

Dalam pada itu, Afeeq sungguh tidak menyangka Zaihani sebenarnya tidak ikhlas memohon maaf tempoh hari selepas kecoh hal ini diperkatakan ramai.

IKLAN

“Kononnya mohon maaf secara terbuka, tup-tup tinggalkan komen supaya pereka fesyen lain tidak berurusan dengan saya?

 

“Apa tu? Tolonglah…Nak buat apa-apa tu biarlah ikhlas ya…Bukan sebab terpaksa kerana orang sekeliling yang suruh,” katanya.

Pengurus Che Ta ini juga berkata lagi, apa yang dilakukan oleh Zaihani dengan menghasut orang lain untuk memboikot dirinya itu sangat melampau kerana ianya melibatkan perniagaannya.

Afeeq juga tidak mahu bercakap panjang lebar tentang hal ini tetapi dia berharap agar Zaihani lebih ikhlas dan berfikir panjang selepas ini dalam apa sahaja yang dilakukannya.

Sumber: Rojak Daily

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI