Hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang, baik lagi negeri sendiri. Itulah semangat kecintaan yang ditunjukkan oleh pelakon, Chew Kin Wah terhadap industri seni tanah air meskipun sudah selesa mengembangkan kerjayanya di Indonesia.
Bakal membawakan watak sebagai Tabib Chan Teck Tuck menerusi drama Lagenda Puteri Qaseh, Kin Wah berharap agar penerbit dan pengarah tempatan tidak terkeliru tentang keberadaannya.
“Saya rasa banyak rumah produksi yang tak tahu saya masih menetap di Malaysia. Dalam fikiran mereka, saya sudah duduk di sana. Saya masih lagi pemegang passport merah.
“Malaysia tanah tumpah darahku. Saya hanya pergi ke Indonesia jika ada tawaran kerja. Tawaran daripada Redcom memang lumayan bukan sahaja daripada aspek wang tetapi juga jalan cerita.
“Ini pertama kali saya berlakon di saluran Astro Ceria. Mungkin sebab muka saya bengis dan sebab itu saya selalu dapat watak antagonis,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, pelakon berusia 57 tahun itu turut mendedahkan suasana kerja di Malaysia dan Indonesia tidak mempunyai banyak perbezaan.
“Pada saya sama sahaja. Ada baik dan buruknya. Ada production house yang sangat bagus begitu juga sebaliknya. Saya amat bertuah kerana berkesempatan untuk bekerja dengan production house yang baik-baik semuanya.
Ads
“Sudah tentu saya lagi suka bekerja di Malaysia. Keluarga dan kawan-kawan saya semua ada di sini,” ujarnya lagi.
Bercakap soal bayaran pula, Kin Wah akui tawaran di Indonesia sememangnya lebih lumayan disebabkan beberapa faktor.
“Bayaran berlakon di Indonesia memang lumayan tetapi harus diingat kos sara hidup di sana juga sangat tinggi.
Ads
“Kos makan minum juga lagi mahal daripada Malaysia. Cukainya sangat tinggi. Jadi, kita kena merancang dengan betul segala perbelanjaan sepanjang di sana. Nak makan dekat mana? Menginap di hotel mana? Semua kena ambil kira,” kongsinya lagi.
Bagaimanapun, Kin Wah akui dirinya sedikit kecewa kerana kebanyakkan watak yang ditawarkan untuk berlakon di dalam karya tempatan agak kurang mencabar.
“Di Indonesia, saya dapat tawaran untuk berlakon pelbagai jenis watak. Saya dapat watak jurulatih badminton dan berpeluang berlakon karya sastra di sana.
Ads
“Mungkin penulisan cerita di sini belum berkembang seperti di sana tapi sekarang, saya tak tahu. Seperti yang anda tahu, filem atau drama di sini ada pecahan mengikut bangsa.
“Kalau dalam karya tempatan, watak yang saya akan bawakan contohnya adalah tauke kedai runcit. Itu sahaja. Saya akui memang agak kecewa tapi sebab nak ‘cari makan’, saya buat sahaja,” akhirinya.
Di Indonesia, Kin Wah telah membintangi filem-filem seperti Cek Toko Sebelah, My Stupid Boss dan Susah Sinyal.
Terdahulu, lagenda Puteri Kasih bakal bersiaran bermula 9 Januari ini di saluran Astro Ceria atau melalui platform on demand.
Selain Kin Wah, drama ini turut dibintangi pelakon seperi Qasrina Karim, Datuk Yusry dan Datin Lisa Surihani.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Enot tidak senang duduk apabila anaknya, Andriana Balqis mengalami masalah chicken pox.
Perkara itu dikongsikan Enot atau nama sebenarnya, Aliza Abdullah di Instagramnya sebentar tadi.
“Ingat Gatal Biasa Je, Rupa-Rupanya..,”- Anak Enot Kena Chicken Pox, Mohon Tips Dari
“Assallamualaikum day 2 baby kena chicken pox makin bnyk keluar! sian dia bdn start gatal2 badan start demam.. ingat dia gatal2 biasa jer sbb x ada demam rupamya dia jenis keluar dulu baru demam.
“Now lembik dah ni paksa makan bubur bg ada tenaga.. agak2 ubat atau makanan apa sesuai untk chicken pox ni.. kesian tgk dia mama plak start ada keja.. sabar ye anak skit lg sihat ok.. baby kena kuat mandi,mkn ubat mnm air masak banyak baru cpt elok ok!
“Korg doakan baby cpt sembuh ok!! nnt kt g jln2 yer!! cpt sihat mama syg baby.. hope @andriqiss_ aqis pun cpt sembuh jgk.. anak sulong pun kena chicken pox jgk nsb mak mertua n suami dia ada jg kat sana klu x kabut mama jg dua2.. Dua2 mama syg cpt2 sembuh ok.. #imstrogermom #stillsinglebutmyheartavailable #keepstrong,’ tulisnya.
Penyanyi, Nabila Razali mendedahkan dirinya tidak berasa ralat kerana terpaksa menolak beberapa tawaran kerja gara-gara masalah kotak suara yang dialaminya ketika ini.
Menurut Nabila, dia sebolehnya mahu terus berfikiran postif dan percaya bahawa rezeki sememang telah diatur dengan baik oleh Allah SWT.
“Penyakit kotak suara yang saya alami sekarang ini tidak boleh dipandang remeh. Mungkin perkara tersebut akan lebih mengeruhkan keadaan kalau saya paksa. Ini adalah satu-satunya aset yang saya ada. Ini periuk nasi saya.
“Buat masa sekarang banyak yang perlu saya lepaskan. Bagaimanapun bukanlah bermaksud lepaskan sangat tiada kerugian pun buat saya cuma lebih kepada berkongsi rezeki dengan orang lain.
“Pada waktu sekarang ini ramai yang perlukan kerja. Mungkin tuhan suruh saya berehat sekejap buatlah benda ni dulu bagi orang lain buat kerja yang lain pula.
“Bagi saya itu lebih kepada berkongsi rezeki dan saya lebih selesa untuk mencari sisi positif daripada ujian yang saya alami kini. InsyaAllah lebih banyak yang mendatang selepas ini,” katanya kepada MH.
Tidak putus-putus menerima tawaran sebagai duta produk, penyanyi lagu Peluang Kedua ini menyifatkan segalanya sebagai hikmah terhadap ujian yang sedang dilaluinya ketika ini.
“Saya memang gembira sangat-sangat. Walaupun dalam keadaan pendamik sekarang ini, saya masih lagi diberi rezeki. Saya tak tahu apa yang saya dah buat tapi lepas satu-satu rezeki datang dekat saya. Saya hanya mampu bersyukur.
“Dalam keadaan yang tak mengizinkan saya untuk menyanyi dan menggunakan suara secara berlebihan, tak bermakna saya tak berkerja langsung.
“Saya masih berehat tetapi kalau untuk kampen dan endorsement saya masih aktif,” kongsinya lagi.
Sumber: Instagram Nabila Razali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon popular Hollywood, Jessica Alba dilaporkan sudah berpisah dengan suaminya, Cash Warren dan mereka kini memfailkan perceraian.
Berita mengenai masalah rumah tangga selebriti ini mula dilaporkan oleh portal hiburan antarabangsa, TMZ, yang menyatakan bahawa pasangan ini sudahpun memilih untuk hidup berasingan.
Biarpun tiada desas desus pengenai pergolakan dalam rumah tangga mereka, sebelum ini penampilan mereka secara berasingan menimbulkan tanda tanya.
Pasangan ini juga dilihat tidak lagi mengenakan cincin perkahwinan lantas mengukuhkan lagi khabar angin tersebut.
Jessica baru-baru ini menghadiri parti pra Golden Globe tanpa kehadiran suaminya dan cincin di jari. Manakala Cash pula di lihat di Los Angeles juga tanpa cincin perkahwinan.
Jessica dan Warren bersama anak-anak mereka.
Biarpun sudah memfailkan perceraian, hubungan Jessica dan Warren dikatakan masih baik kerana baru sahaja bersama-sama menyambut hari jadi anak bongsu mereka pada awal Januari tahun ini.
Bahkan ketika penghujung tahun lalu, Jessica turut memuat naik gambar mereka sekeluarga di hadapan pokok krismas dan membuat ucapan tahun baru kepada pengikut di Instagramnya.
Imbas kembali, pasangan ini mula-mula bertemu ketika sama-sama menjalani penggambaran filem Fantastic Four pada 2004, ketika itu Jessica merupakan sebahagian daripada barisan pelakon utama manakala Cash pula memegang tugas sebagai penolong pengarah filem itu.
Mereka kemudiannya bertunang pada 2007 dan berkahwin setahun kemudian. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu dua perempuan dan seorang lelaki.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Fattah Amin mendedahkan ibunya, Azizah Abdul Ghani, agak terkesan susulan dakwaan yang kononnya dia mempunyai hubungan dingin dengan cucu, Nur Fatima Aisha.