Kongsi Gambar Cat Jalan, Netizen Jadikan Hairul Azreen Inspirasi

Dalam hidup ni kalau kita mahu berjaya haruslah selalu berusaha. Setiap usaha yang kita lakukan cepat atau lambat pasti akan terbayar dengan kesenangan.

Sebut sahaja nama Hairul Azreen pasti korang sudah kenal siapa empunya diri kan?

Dia merupakan seorang pelakon dan juga usahawan berjaya. Siapa sangka disebalik kemewahan yang dikecapi oleh Hairul ini dia harus melalui liku-liku hidup yang banyak memberinya pengalaman untuk mengejar cita-cita dan berjaya.

Baru-baru ini MH tertarik dengan satu perkongsian Hairul di Instagramnya.

Menerusi perkongsian itu dia telah membuat ramai netizen terinspirasi dengan dirinya. Dia berkongsi pada netizen bahawa 11 tahun yang lalu dia hanyalah pekerja cat jalan raya sahaja dan siapa sangka sekarang ini berkat usahanya selama ini dia sudah menjadi seorang yang berjaya.

IKLAN

“Akhirnya jumpa juga gambar salah satu kerja yg pernah saya buat iaitu kerja cat jalan 2006 ? 
Saya punyalah malu tak nak amik gambar time tu ,takut gf tahu dia lari? ,lepas tu menyesal napa la tak amik gambar utk kenangan, maklom la hp nokia 3310 zaman tu , ini pun boss highway kesas saya yg amikkan abg Imran Ihsan 
11 tahun dah 
#TheBestNeverRest
,
,
Sentiasa respect / buat baik dgn siapa pun korg jumpa & kenal , hargai mereka, ,
,
Ijazah terbaik datangnya dari jalanan, Dari pengalaman bercakap dan bersalaman,” tulis Hairul pada ruang kapsyen perkongsiannya.

Rata-rata netizen sungguh kagum dengan kejayaan Hairul dan meninggalkan komen yang sangat positif terhadap pelakon ini.

fedillia.my: Semoga @hairulazreen sekeluarga sentiasa di murahkan rezeki. Harap satu hari kita jumpa. Inspirasi gila.

sitinorhada: Siapa sangka 11thn mendtg… Alhamdulillah

junahali: U have come a long way abg hairul. Alhamdulillah. Humility wld bring u far. Your graduation tk perlu dari academia but frm university of life. Proud of u.

IKLAN

farhanabdull: Bangga dngan kau bro .. kasi motivation dekat anak2 melayu … supaya tak putus asa

MH setuju dengan Hairul bahawa pengalaman hidup adalah guru terbaik untuk berjaya.

Harap-harap dengan perkongsian Hairul ini dapat membuka mata masyarakat untuk lebih berusaha selepas ini. Mana tahu kan esok lusa kita pun boleh berjaya seperti Hairul.

Sumber: Instagram Hairul Azreen