Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai kisah percintaan anak tiri kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aazief Khalid dan bekas kekasihnya, Tyra Kamaruzzaman yang dikatakan sudah temui nokhtah.
Hubungan percintaan Aazief bersama bintang instafamous Tyra telah berakhir dua bulan lalu.
Bagaimanapun, remaja berkenaan sekali lagi menjadi perhatian apabila gambar bersama bintang instafamous Sharifah Rose mulai tersebar.
Difahamkan, foto tersebut telah dimuat Sharifah dan ada pengguna media sosial yang kembali kongsi foto tersebut di Twitter.
Ads
“That’s it and that is the tweet,” tulis netizen.
Ads
Lalu, perkongsian tersebut telah menimbulkan perbualan hangat di kalangan netizen di laman media sosial tersebut.
Rata-rata netizen memberi reaksi terhadap Sharifah malah ada juga yang labelkan tuduhan perampas kepada bintang instafamous berkenaan.
Bakal menerima keluarga baru tidak lama lagi, adik kepada pelakon Amyra Rosli iaitu Nur Farhana Ajeera Rosli telah mengadakan majlis malam berinai semalam.
Dihadiri keluarga, sanak saudara dan rakan terdekat, Ajeera tampil bak pelakon Bollywood apabila mengenakan saree berona jingga.
Perkara itu dikongsikan Ajeera di Insta Storiesnya.
Dalam pada itu, si kakak dilihat turut gembira meraikan majlsi tersebut.
Terdahulu, Ajeera telah melangsungkan majlis pertunangan pada September tahun lalu dengan Mohamed Norfarhan yang juga seorang doktor.
Video : Foto : Instagram Ajeera Rosli/ Amyra Rosli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan dan bintang media sosial, Coach Yin mengakui bahawa dia kini mulai sedar akan erti persahabatan.
Sahabat sejati adalah individu yang sentiasa ada, saat susah susah atau senang.
Kongsi pemilik nama penuh Mohd Tishrin Mohd Adanan ini menerusi Instagram, saat jatuh bangun dirinya satu ketika dahulu, ada segelintir sahabat yang memberi sokongan dan semangat kepadanya.
Dan tak kurang yang seperti mulai diam dan menjauhkan diri. Sekali gus, ia ‘membuka mata’ Coach Yin untuk lebih menghargai persahabatan yang dijalinkan selama ini.
“Alhamdulilah semua berjalan dgn lancar. Untuk pengetahuan anda selama ig sy kene hack, semua kwn2 sy yg jenis insta famous hilang. jika dulu ajak lepak xde masaalah. Pergi tgok wayang pun xde Masaalah.
“Tapi bila sy jatuh je. mereka semua menghilangkn diri.dekat sini lah baru sy nampak erti persahabatan dan selama 6 bulan sy susah, mereka ini lah #bradermc yang byk bg semangat kt sy.
“Mereka berkawan bkn atas dasar duit atau kepentingan.tp mereka berkawan atas nama persabahatan.
“Skrg sy dah nmpak mana kwn dan mana y jenis pentingkn diri sendiri.. xlupa jgk kepada Nur Syaza Sajadiah y sentiasa memberi semangat dan menolong sy utk dapatkn ig sy kembali.
“Terima kasih sy ucapkn,sy hargai sgt2.sebagai tanda balasan ,sy akn tolong beliau utk naik kn lagi sale bisness beliau dari segi markerting,jadi kepada anda di luar sana.hati2 memilih kwn.jgn berkwn yang sentiasa ada semasa kita senang shj,” tulisnya sambil disertakan beberapa keeping gambar bersamasahabat.
Lalu, netizen bersetuju dengan pendapat rakan kerja usahawan dan penyanyi, Nur Sajat ini kerana tetap menghargai sahabat.
Terdahulu, instagram Coach Yin telah digodam pihak yang tidak bertanggungjawab dan menyebabkan pengikutnya semakin berkurangan, sejak beberapa bulan lalu.
Malah, Instagram Sajat juga turut menerima nasib sama sebelum ini.
Foto: Instagram Coach Yin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setelah hampir 10 tahun memujuk, penerbit terkenal, Datuk A. Aida mengakui gembira apabila anaknya, Azeva Natassha akhirnya terbuka hati untuk menceburi bidang seni.