Dunia seni tanah air kehilangan seorang lagi tokoh apabila komposer dan pemuzik terkenal, Ross Ariffin, yang dilaporkan meninggal dunia petang semalam pada usia 63 tahun di Hospital Kajang, Selangor.
Berita pemergian Allahyarham disampaikan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, yang menerima makluman daripada pihak Rumah Seri Kenangan, tempat komposer tersebut menetap sejak November tahun lalu.
“Saya sangat berdukacita menerima khabar pemergian seorang seniman tanah air, Ross Ariffin, petang tadi,” kata Fahmi yang berkongsi perkara itu menerusi ciapan di platform X pada malam 2 Ogos 2025.
“Uncle Ross merupakan komposer yang telah banyak menyumbang kepada industri muzik tempatan,” tambahnya.
Ads
Saya sangat berdukacita menerima khabar pemergian seorang seniman tanah air, Ross Ariffin, petang tadi.
Berita tersebut disampaikan oleh pihak Rumah Seri Kenangan Cheras yang menjadi tempat tinggal Allahyarham sejak November tahun lalu.
Fahmi yang pernah beberapa kali menemui Allahyarham turut mengakui mengagumi ketabahannya. “Beliau berdepan dengan kehidupan yang mencabar, namun tetap tabah meneruskan perjalanan sebagai anak seni,” katanya lagi.
Ads
Ross Ariffin atau nama penuhnya Roslan Ariffin Jamil mula mencipta nama pada era 1990-an sebagai komposer dan penyusun muzik prolifik, menghasilkan pelbagai lagu popular untuk penyanyi ternama seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Fauziah Latiff, Ning Baizura dan Jaclyn Victor.
Antara lagu popular ciptaan allahyarham ialah Dia nyanyian Fauziah Latiff, Kemaafan Dendam Yang Teindah nyanyian Aishah serta Kau dan Aku nyanyian Ning Baizura yang memenangi Anugerah Juara Lagu bagi kategori Pop Rock pada 1995.
Ads
Sentuhan muziknya terkenal dengan gabungan melodi komersial yang indah bersama susunan orkestra yang memukau.
Selain berkarya di tanah air, Allahyarham difahamkan pernah berkhidmat bersama Orkestra di Kota London, sebuah pengalaman yang membentuk identiti muziknya dan memberi warna berbeza kepada ciptaannya.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setiap kali bulan Ogos menjelma, seluruh negara dipenuhi dengan warna Jalur Gemilang yang berkibar megah di jalanan, di bangunan pencakar langit dan di serambi rumah. Namun, kemerdekaan bukan sekadar pada bendera yang berkibar atau laungan merdeka yang bergema di stadium. Ia hidup dalam nadi rakyat, berdenyut dalam cerita kecil yang sering kita pandang sebelah mata.
Tahun ini, Astro menghidangkan siri dokumentari Astro Merdeka 2025 yang mengajak kita menyingkap wajah sebenar Malaysia. Wajah itu tidak semata-mata dipotretkan dalam perarakan rasmi, tetapi terlukis indah dalam kehidupan harian kanvas masyarakat yang sederhana.
Episod pertama berjudul Famili Ikat Tepi membawa penonton ke Tapah, Perak melawat Xin Aun Nong Yong, sebuah kopitiam yang berusia hampir seabad. Bangunan kayu tua itu masih teguh berdiri, seolah menjadi saksi bisu kepada ratusan pertemuan dan ribuan perbualan yang pernah berlabuh di situ sejak sebelum Merdeka lagi.
Bau kopi pekat yang menyapa hidung, bunyi sudu berlaga dengan gelas kaca, dan gelak tawa pelanggan menjadi harmoni yang tidak pernah pudar. Bersama Nadeera dan Sharul Kamal, Aril Pilus menghidupkan semula nostalgia ini, seakan mengingatkan kita bahawa warung kecil itu lebih daripada sekadar tempat menjamu selera.
Ia adalah ruang menyulam persahabatan, medan menyambung cerita, dan monumen perpaduan yang tumbuh tanpa dipaksa. Mesej tersiratnya sangat jelas. Di balik meja kayu yang usang, kita melihat bagaimana perbezaan latar belakang tidak menjadi sempadan.
Seorang pesara, seorang warga emas dan seorang pekerja boleh duduk semeja, berkongsi cerita sambil menghirup kopi panas. Segelas minuman itu lebih ampuh daripada ribuan slogan, kerana ia menautkan jiwa dalam bahasa paling mudah, iaitu kebersamaan.
Episod kedua pula menyingkap kisah jauh di Lutong, Miri, Sarawak, melalui judul Tempat Letak Harmoni. Di kawasan ini berdiri Masjid An-Naim dan Good Shepherd Church, dua rumah ibadah yang bersebelahan. Uniknya, kedua-duanya berkongsi tanah parkir yang dimiliki. Dari luar ia tampak seperti susun atur kebetulan, tetapi di baliknya tersimpan falsafah besar tentang toleransi dan kepercayaan.
Aril bersama Daniel Sher dan Wani Kayrie menyingkap bagaimana masyarakat setempat membudayakan sikap bertolak ansur dengan penuh rela. Ketika tiba solat Jumaat, halaman dipenuhi kenderaan jemaah masjid. Pihak gereja tidak mempertikaikan, malah memahami bahawa itu saat penting buat saudara Muslim mereka.
Sebaliknya, ketika Ahad menjelma, giliran ruang itu menjadi milik penganut gereja untuk berkumpul dan beribadat. Semuanya berlaku dengan penuh hormat, tanpa sebarang sengketa. Di sinilah kita melihat bagaimana sebuah ruang parkir yang sederhana menjadi lambang besar kepada kematangan rakyat Malaysia. Ini bukti bahawa perpaduan bermula daripada adab kecil, daripada kemampuan hati manusia untuk memberi ruang dan mengutamakan harmoni berbanding ego.
Episod ketiga berjudul Seni Berkawan pula memperlihatkan sisi yang lebih berwarna-warni. Tiga seniman muda, Izzati Suza, Riynn Lee dan Karthine, disatukan dalam satu ruang kreatif, ditemubual oleh kumpulan remaja popular masa kini, Alpha bersama Aril.
Walaupun setiap seorang datang daripada latar budaya dan gaya seni yang berbeza, mereka berkongsi satu tekad, iaitu menjadikan seni sebagai jambatan yang merapatkan jurang perbezaan. Dari bicara santai mereka, terbit satu kebenaran bahawa seni adalah bahasa yang tidak bertuan. Ia tidak memerlukan penterjemah untuk difahami, sebaliknya terus menyentuh jiwa sesiapa sahaja yang mendengar atau melihatnya. Mesej tersiratnya lembut tetapi kuat.
Kreativiti manusia mampu menembus dinding perbezaan, melangkaui sempadan bahasa dan agama, lalu meresap ke dalam hati dengan keindahan yang tulus. Dari ruang seni inilah kita belajar bahawa kemerdekaan sebenar bukan sahaja terletak pada bebasnya sebuah negara, tetapi juga pada bebasnya hati kita daripada prasangka.
Dalam tiga kisah ini, Astro tidak sekadar menyiarkan dokumentari. Ia seakan mengirimkan sepucuk surat cinta kepada rakyat Malaysia. Kemerdekaan dan Hari Malaysia tidak hanya hidup dalam gendang perbarisan atau kibaran Jalur Gemilang, tetapi juga dalam kopi yang dikongsi bersama, dalam parkir yang dirunding penuh hemah, dan dalam seni yang melintasi sempadan budaya.
Dengan Aril Pilus sebagai pengikat naratif, Astro Merdeka 2025 menjahit benang halus yang menghubungkan kita semua. Ia mengingatkan bahawa perpaduan bukanlah impian jauh di awan, tetapi kenyataan yang dapat ditemui dalam detik kecil. Ia ada di kopitiam, di pekarangan ibadah dan di studio seni.
Inilah wajah Malaysia sebenar, wajah yang merdeka kerana hati rakyatnya hidup bersama berpaut dalam harmoni. Jangan lepaskan peluang menyaksikan episod penuh ketiga-tiga dokumentari menarik penuh bermakna ini di sini.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Situasi yang berlaku sewaktu segmen penyampaian anugerah di Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025), malam tadi, menarik perhatian ramai apabila penyanyi Bella Astillah dan pelakon Sophia Albarakbah dilihat tidak bersalaman di atas pentas.
Lalu, perkara itu kemudiannya dijelaskan oleh pembantu peribadi Bella, Niel Rafeq, yang tampil mempertahankan Bella menerusi satu hantaran di Instagram Stories.
Menurut Niel, Bella bukan sengaja mencetuskan suasana janggal, tetapi masih bergelut dengan apa yang didakwa pernah berlaku sebelum ini.
“Kawan yang terdekat sahaja tahu apa dia ni buat dekat hidup Bella dulu dan itu bukan cara Bella menyampaikan anugerah.
“Tapi tadi jadi macam tu mungkin pada orang yang dah memberi trauma pada hidup dia. Dia gigil sebab dia trauma,” jelasnya.
Niel juga menambah, ramai tidak tahu beban emosi yang dipikul Bella selama ini.
“Dia sahaja pernah nampak apa yang orang tak tahu sehingga hari ini. Sebab Bella selalu pesan pada kami yang penting Allah tahu.
“Dia selalu percaya Allah akan sayang dan beri yang terbaik buat orang yang sabar,” tulisnya dengan disusuli tanda pagar #Janganbuatinnocent,” tulisnya.
Insiden di pentas AMT 2025 seolah-olah membuka kembali perkara lama, apabila Sophia diumumkan pemenang kategori Selebriti Feminin Terhangat dan trofi disampaikan oleh Bella sendiri.
Situasi itu menjadi bualan hangat selepas Bella dilihat tidak menghadiri sidang media apabila memenangi Anugerah Selebriti ‘Couple Goals’ Terhangat dan bergegas pulang sejurus acara tamat.
Tindakan itu menguatkan lagi spekulasi wujud ‘perang dingin’ antara dua selebriti tersebut.
Sophia bagaimanapun ketika ditemui media tampil positif dan menyatakan tidak menyimpan sebarang prasangka terhadap Bella.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Neil Rafeq & Bella Astillah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Puteri Sarah meluahkan rasa syukur kerana berjaya mengekalkan hubungan harmoni bersama bekas suami yang juga pengarah, Syamsul Yusof, khususnya dalam hal melibatkan anak-anak.
Menurut Puteri Sarah, mereka kini lebih matang dalam menyelesaikan masalah dan sebolehnya mengelak daripada bertelagah.
“Alhamdulillah, setakat ini hubungan kami sangat baik. Syamsul juga kerap berjumpa dengan anak-anak. Kami jalankan peranan masing-masing.
“Pada saya, kalau kita nak hidup tenang, kita kena ada hubungan yang baik. Jangan bergaduh, bermasam muka dan tak bertegur sapa.
“Hal seperti itu bukan sahaja menyulitkan kita tapi juga anak-anak. Kalau boleh, saya nak semuanya baik-baik sahaja. Saya juga dapat sokongan yang baik daripada keluarga mentua.
“Kita juga kena jaga kesihatan mental. Kalau asyik bergaduh, boleh jadi gila. Bila gila, apapun kita tak boleh buat,” katanya kepada MH.
Pelakon drama Polis Peronda ini berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di Majlis Gala Pelancaran Penjenamaan Lindung, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), baru-baru ini.
Dalam pada itu, Puteri Sarah memaklumkan dirinya kini lebih sibuk dengan jadual kerja sehingga membuatkan namanya kurang menonjol di media sosial sejak kebelakangan ini.
“Ketika ini, apa sahaja yang kita lakukan akan menjadi perhatian. Kalau kita terlalu kerap bersuara, nanti orang kata kita juga nak menumpang isu.
“Lagipun, saya kini sibuk dengan jadual kerja. Biarlah kita sibuk dengan hal kita sendiri daripada ambil tahu fasal orang lain,” ujarnya lagi.
Katanya, pengalaman lalu banyak mengajarnya untuk lebih memilih ketenangan berbanding kontroversi.
“Dahulu, saya lantang disebabkan ada isu yang berbangkit. Saya memperjuangkan hak wanita dan diri sendiri. Ketika ini, saya memilih untuk tidak terlalu menonjol.
“Saya lebih memilih ketenangan dan fokus pada kerja, perniagaan dan anak-anak. Saya pernah terpalit dengan isu yang besar sehingga menjadi perhatian ramai.
“Bila jadi perhatian, ada baik dan buruknya. Namun, saya tak lari daripada industri. Masih lagi aktif. Cuma saya tak nak jadi tumpuan disebabkan hal-hal yang tidak sepatutnya,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.