Pelakon terkenal Bollywood, Rani Mukerji baru-baru ini berkongsi satu fakta dan momen yang cukup melucukan pernah dihadapinya saat menjalani proses penggambaran.
Dalam satu temubual Galatta Plus Mega Pan India Roundtable 2023 bersama rakan-rakan selebriti yang lain, pelakon berusia 45 tahun itu berkongsi dia pernah diusung ke dalam kereta kerana tidak mampu bergerak.
Kejadian itu berlaku saat penggambaran video lagu Tumhi Dekho Naa untuk dimuatkan dalam filem Kabhi Alvida Naa Kehna lakonannya bersama Shah Rukh Khan pada 2005.
Ads
“Saya memakai sari merah dalam lagu itu, dan saya sebenarnya terkaku. Saya tidak boleh berjalan. Dan salah seorang sepupu saya yang juga penolong pengarah, Ayan Mukerji, dia terpaksa usung saya ke kereta, kerana saya telah beku,” ujarnya.
Ads
Hal itu terjadi kerana mereka perlu melakukan penggambaran ketika suhu di luar adalah -14 darjah selsius tetapi Rani hanya mengenakan helaian sari nipis agar selari dengan konsep filem yang diketengahkan.
Kongsi ibu kepada seorang cahaya mata ini lagi, jika penonton benar-benar mengamati babak ketika lagu tersebut dimainkan dalam filem itu, bibirnya seolah-olah tidak bergerak saat melakukan lip-sync.
Pengacara dan penyampai radio terkenal, Faizal Ismail manafikan dirinya sudah berkahwin lain ketika menunaikan umrah di Tanah Suci, Mekah pada tahun 2022 seperti yang didakwa oleh seorang individu yang mengaku sebagai saksi.
Menurut Faizal, dakwaan tersebut merupakan fitnah yang bertujuan untuk menjatuhkan air mukanya.
“Apa yang boleh saya katakan, perkara itu tidak benar. Saya difitnah dan individu terbabit mempunyai niat nak menjatuhkan saya,” katanya kepada MH.
Memurut Faizal lagi, pada ketika itu, dia sedang menunaikan ibadah umrah diatas kapasiti sebagai duta bagi sebuah agensi pakej umrah.
Bagaimanapun, syarikat tersebut dikatakan sedang mengalami beberapa masalah untuk menguruskan para jemaah pada waktu itu.
Katanya lagi, disebabkan hal tersebut, dia turut terkena tempiasnya
“Sebenarnya, pada ketika itu, saya bersama dengan seorang ustaz dan memang ada berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini melibatkan pakej umrah.
“Syarikat itu juga sebenarnya sedang bermasalah pada ketika itu. Saya juga mengalami tekanan kerana ada pihak yang menggunakan cara tertentu untuk untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
“Disebabkan hal itu juga, hubungan saya dengan pihak agensi pelancongan menjadi renggang,” kongsinya lagi.
Penyampai radio, Zayyan itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Makan Malam Kesadaran Amal Al-Muqwa yang berlangsung di Restoran Seri Kunyit, Kuala Lumpur pada Selasa.
Ditanya adakah dia bakal mengambil tindakan undang-undang, Faizal memaklumkan dirinya enggan mengeruhkan lagi keadaan.
“Tidak. Dia sendiri pun dalam masalah. Jadi, jangan tambahkan lagi. Ketika itu, hubungan kami agak renggang.
“Saya banyak salahkan dia sebab jemaah banyak tumpukan masalah mereka kepada saya.
“Jadi, ketika itu, dia pun mungkin dalam tekanan. Jadi, dia kena buat satu cerita,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Faizal mendedahkan keharmonian rumah tangganya tidak terjejas disebabkan khabar angin tersebut.
“Isteri saya okay sahaja. Kalau hal melibatkan poligami ini, isteri saya tiada masalah dan tidak menolak sepenuhnya.
“Malah, kalau benar saya nak berkahwin lain atau berpoligami, saya akan berterus terang dengan dia,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Faizal akui tidak berani untuk mengulas sama ada dia bakal berpoligami pada masa akan datang kerana segalanya merupakan kententuan Illahi.
“Saya tak boleh ulas hal itu sekarang tapi akan datang, kita sendiri tak tahu kerana kita hanya manusia. Ada yang kata, orang yang banyak bercakap ni, mereka tak berani buat.
“Namun, mereka yang senyap tu, tiba-tiba mereka yang berkahwin,” akhirinya.
Terdahulu, Faizal bakal bergandingan bersama penyanyi, Mawi untul mengacarakan Majlis Makan Malam Kesadaran Amal Al-Muqwa yang bakal berlangsung pada 17 Februari ini.
Majlis makan malam ini juga diadakan bagi mengumpul dana bagi menampung kos operasi pusat tahfiz, Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim, Faqir, Miskin & Dhuafa’ Madrasah ‘Ulumulquran Wal Ahadith.
Konsert ini bakal menampilkan barisan selebriti Datuk Awie, Ali XPDC, Ijam Medicine, Adi WOW dan Anjang Terrarossa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aktor dan usahawan, Sharnaaz Ahmad menjadi sorotan di laman sosial selepas beg sekolah anak kesayangannya, Jebat Jayden didapati hilang meski sudah dicari di merata sudut rumah.
Malah, bintang filem Sangkar itu juga hampir putus asa lalu meminta warga net untuk sama-sama mencari beg sekolah yang hilang itu.
Perkara tersebut dikongsikan Sharnaaz melalui bentuk video di dalam salah satu hantaran terkininya di Instagram.
“Mana tak hangin, masa ni pula beg Mommyhana Jebat hilang. Korang tolong mamu (saya) boleh? Misi mencari beg jebat bermula,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Gelagat dua beranak ini cukup mencuri perhatian apabila Jebat yang lengkap berpakaian sekolah cukup petah bercakap di samping bapanya.
“Beg sekolah Baby mana,?” tanya Jebat sebelum ke sekolah.
Sharnaaz yang kelihatan terkejut segera mencari beg berkenaan namun tidak jumpa dan digantikan terlebih dahulu dengan beg sekolah lain berwarna merah.
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali menitipkan dedikasi indah bersempena dengan kedatangan tahun baru 2024.
Dia yang kini bergelar isteri kepada usahawan, Nik Iruwan menyifatkan tahun 2023 adalah tahun yang indah untuk dikenang.
“Tahun 2023 merupakan tahun yang sangat indah untuk Bella. Definitely the sweetest chapter in my life. Alhamdulillah thank you for answering my dua, Ya Allah.
“What a beautiful year for my career. It starts with drama ‘Kerana Cinta Itu Ada’ (adaptasi dari Novel KCIA by NRE) and list of songs such as Selagi Ku Ada, Tulus, Cerita Kita and Hanya Kamu.
“I’m grateful to have such wonderful time working with all partners such as Samsung, Nada Identity, Xeno Ent., Lazada, Nivea and honored to be recognised as one of The 100 Most Influential Entrepreneurs 2023,” tulisnya menerusi hantaran terkini di Instagram.
Malah, Nabila turut menyatakan penghargaan buat suami tersayang.
“To my husband @nikiruwan, NRE Team, my family, friends, media friends and my cuties @nabaelafc thank you for your unconditional love and support!
“For 2024, Insya Allah more to come next year. Doakan kerjaya Bella terus bersinar sebagai anak seni yang memberi manfaat kepada semua.
“Dan jangan lupa doakan supaya dipermudahkan urusan kami untuk lagu Selagi Ku Ada di AJL38 okay,” tulisnya lagi.
Perkongsian berkenaan turut mendapat reaksi positif di kalangan warganet dan rakan selebriti.
Imbas kembali,cNabila sah bergelar isteri kepada Nik Iruwan Nik Izani, 38, dengan sekali lafaz pada 18 November lalu.
Majlis pernikahan pasangan ini diadakan di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang secara tertutup dan dihadiri hanya ahli keluarga serta teman rapat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.