Memuatnaik foto ketika berambut panjang ala John Lennon dan beraksi di atas LML Vespa, Izzue Islam mengimbau kembali zaman remaja.
Menggemari vespa sejak zaman sekolah, namun tidak pernah punya peluang memilikinya.
“Saje nak throwback sikit cerita pasal diri aku ni. Aku mmg suka Vespa dari zaman sekolah lagi. Berkawan pon semua ngan budak vespa lepak kat bonanza (walaupun aku xde vespa) .
“Penah masa sekolah dulu mintak duit ngan mak untuk beli vespa 2nd hand harga dalam rm600 mcm tu, tapi kene repair byk sbb moto tu rosak & tersadai. Tapi mak tak kasi dia kata baik beli moto baru, kang rosak tgh jalan susah pulak! Betul jugak,” luahnya.
Berdegil dan nekad untuk memiliki LML meski baru dua tahun dalam industri, bekas anggota Forteen ini membelanjakan keseluruhan bayaran yang diterima daripada lakonan drama.
“Alhamdulillah lepas 2 tahun aku dlm industri ni (2010) , dapat jugak beli LML sebiji. Aku namakan dia MR KODOK. Kodok ni dia lebih kurang vespa jugak, ade gear kat tangan. (Sebab nak beli original vespa aku tak mampu, harga boleh tahan jugak dia tu kalau yg baru).
“Masatu 1st job aku jadi leading drama. Habis duit aku terbang macam tu je gara2 beli kodok ni! Masatu dah risau jugak, takut takde job sbb orang belom kenal aku, masih belum ada nama dalam industri, duit pon xde, mmg padan la dgn muka aku!,” kongsi Izzue.
Namun berkat ‘kodok’, dia mula membina jenama sendiri.
“Tapi alhamdulillah lama2 tu orang dah start kenal aku sbb bila aku dtg set je mesti bawak kodok. Orang kenal aku “oo pelakon baru yg rambut panjang naik vespa putih tu”… haa camtu lah ayat dia. Sikit sebanyak kodok ni bantu aku untuk marketkan diri aku yg tak seberapa ni,” ulasnya lagi.
Terhutang budi dengan ibu dan ayah yang sentiasa beri dorongan. Malah sokongan Awin yang membawanya membeli Kodok juga sentiasa dihargai.
“Thank you Mok & Ayoh sebab sentiasa doakan adik untuk berjaya. Thank you @awinnurin sbb izinkan i beli kodok masa tu! Masa beli kodok, aku dah kawan dgn awin, dia sbnrnya tak bagi beli lagi, suruh kumpul duit dulu nanti baru beli. Tapi tetiba je masatu aku acah2 merajuk, dia bawak aku g kedai yg ade Kodok.
“Aku pon terus menari keriangan la, haha aku nak beli kodok pon sebab aku takde transport. Pegi shooting selalu runner kene dtg amik aku. Selalu kalau nak pegi memana yg memerlukan kereta, aku try jugak nak pinjam kat awin, tapi berbuih mulut pon dia takkan bagi. Dia kata selagi tak kawin, jgn harap nak pinjam. Kalau nak ape2, kene usaha! Katanyaaa (aku pon takde lesen kereta masatu ) kata2 tu aku pegang smpai skrg!
“Thank you Vespa sbb bagi aku inspirasi. Kau buat aku berusaha untuk dapatkan kau. Tapi maaf, aku belum lagi memiliki kau. Coming Soon, Insyaallah!
“Last, masa 2009 aku ada buat satu lagu pasal Vespa, tajuk dia Bee. Nak dgr?” tulis pelakon Bella & Jamie ini.
Instafamous, Hafiz Mahamad kini sedang menanti detik kelahiran anak sulungnya bersama isteri, Syafiqah Aaina.
Bagaimanapun, Hafiz ada memuat naik video di Instagramnya apabila dia mencabar Syafiqah untuk memakan ambuyat, sejenis makanan yang berasal dari Borneo (Sabah,Sarawak dan Brunei).
“Ambuyat challenge, dia tak boleh telan,” tulis hafiz di ruangan kapsyen
Video tersebut memaparkan aksi Syafiqah yang dicabar Hafiz memakan makanan yang berbentuk pepejal itu (campuran sagu dan air panas).
“Try sayang, macam telan kahak, ” kata Hafiz berseloroh.
Lantas, Syafiqah berasa mual dan mengeluarkan semula makanan tersebut.
Menerusi ruangan komen pula, netizen telah menasihati Hafiz agar tidak berbuat demikian kerana dia perlu menjaga emosi dan pemakanan Syafiqah serta bayi dalam kandungan.
Nyata, netizen sangat mengambil berat mengenai ibu mengandung ni,kan?
Biasalah, gurauan suami untuk menyakat isteri sahaja.
Video : Instagram Hafiz Mahamad , Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tular di media sosial hari ini apabila penyanyi rock, Amy Search dilihat ‘cool’ dan bersahaja apabila melintasi pasangan bergaduh di sebuah kedai makan di Pulau Pinang.
Menerusi perkongsian Twitter oleh @MEAJ94, video berdurasi 16 saat itu memaparkan aksi selamba Amy yang baru sahaja membayar bil makanan, lalu keluar dari kedai berkenaan.
Bagaimanapun, sejurus penyanyi lagu Isebella itu berlalu dari premis berkenaan, ‘drama aksi’ bermula.
Difahamkan menerusi komen, pasangan anak beranak ini bergaduh lalu membaling gelas sehingga pecah mengenai pelanggan yang lain.
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.