Sedar tak sedar, sambutan Hari Malaysia tiba lagi tahun ini.
Kumpulan yang sedang meningkat naik, Here Comes July (HCJ) yang dianggotai Wan Lukman sebagai vokalis, Arfan Zainuddin (gitar utama), Adam Hariz (gitar ritma), Haziq Hashim (pemain bass) dan Irfan Ismail (dram) berkongsi tentang semangat cinta akan negara dalam diri mereka sebagai anak muda.
HCJ sebulat suara berkata, mereka bersyukur dapat memupuk semangat patriotisme menerusi bidang muzik yang diceburi.
“Sebagai anak Malaysia, tak kira apa pekerjaan, bangsa dan agama, memang sangat penting untuk memupuk semangat cinta akan negara. Kepada penggiat seni muzik seperti kami, kami sangat bersyukur kerana dapat memupuk semangat tersebut menerusi lagu.
“Bukan sahaja menyampaikan mesej kepada diri sendiri, ia juga dapat disampaikan dalam melodi yang segar dan unik,” kata mereka.
Kumpulan ini baru tampil dengan lagu Suara Malaysia, bulan lalu.
Mengulas tentang Suara Malaysia, HCJ berkata ia mempunyai maksud yang luas, bukan sahaja sesuai tentang sambutan kemerdekaan, malah juga berkait dengan sambutan Hari Malaysia.
Ads
“Dari segi lirik, lagu ini bukan sahaja menceritakan tentang semangat Merdeka, tapi juga tentang Malaysia secara keseluruhan. Lebih-lebih lagi tentang masalah yang dihadapi rakyat Malaysia sewaktu pandemik, dan juga usaha untuk membebaskan diri daripada segala masalah dan ujian yang melanda.
“Apapun, lagu ini bukan sahaja sesuai untuk Hari Merdeka dan Hari Malaysia, ia juga sesuai dimainkan pada bila-bila masa,” kata mereka lagi.
Dalam pada itu, HCJ juga berkongsi tentang lagu patriotik atau kenegaraan kegemaran mereka.
Ads
“Sejujurnya, semua lagu patriotik atau kenegaraan sangat seronok untuk kami dan sentiasa mengembalikan nostalgia lebih-lebih lagi di zaman sekolah dahulu.
“Antara yang paling disukai adalah Keranamu Malaysia kerana ia menceritakan tentang semua rakyat negara ini tidak kira apa pekerjaan, setiap orang memainkan peranan penting dalam memajukan negara tercinta.
“Kami juga suka lagu Kita Punya Malaysia nyanyian Bunkface kerana ia memberi suntikan muzik moden dan indie, kiranya ada jiwa kami dalam lagu itu,” tambahnya.
Memandangkan negara masih dilanda pandemik COVID-19, HCJberharap agar semua pihak termasuk diri mereka sendiri terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan setiap masa terutamanya ketika menyambut Hari Malaysia tahun ini.
Ads
“Nasihat kami kepada generasi muda dan diri kami sendiri, harap semuanya akan tetap patuh pada SOP. Walaupun lebih banyak sektor, dine-in, pelancongan dibenarkan.
“Kita tetap boleh menyambut Hari Malaysia dan sebagainya, tapi SOP amat penting demi mengurangkan lagi kes COVID-19.
“Harapnya dengan pematuhan berterusan ini, kita lebih selamat dalam masa terdekat ini dan dapat kembali melakukan aktiviti serta hiburan apabila kes makin berkurangan.
“Kami juga tak sabar untuk memainkan lagu-lagu baru untuk anda semua, kekal selamat!” kata mereka menutup bicara.
HCJ yang bernaung di bawah label rakaman Sony Music Entertainment Malaysia pernah tampil dengan lagu-lagu seperti Sembunyi dan Juwita sebelum ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bekas pembantu peribadi kepada pengasas kosmetik Datuk Seri Vida, Iqbal Zulkefli pada Khamis tampil meluahkan rasa berhubung isu terkait melibatkan dirinya bersama usahawanita berkenaan.
Luahan tersebut dibuat Iqbal menerusi Insta Stories, dipercayai kerana ada segelintir yang seolah-olah menuduhnya mempunyai kepentingan apabila menjalinkan hubungan akrab bersama penyanyi lagu I Am Me itu.
Iqbal yang kini turut suskes berbisnes menjelaskan, dia sebelum ini tidak gemar menunjuk-nunjuk kemewahan, sekaligus menafikan dia berbaik dengan Vida kerana mahu mengikis harta.
“Saya tidak suka show off pembelian saya kerana bagi saya kepuasan adalah untuk diri sendiri bukan bertujuan untuk ditayangkan. Tetapi setelah saya difitnah gilakan harta Dato Seri Vida, mari saya bagitahu!
“Kucing ini saya beli dengan harga RM15,000 seekor. Saya beli dua. Tempat berak sahaja RM2,000. Saya sudah habiskan lebih RM80,000 untuk beli barangan kucing.
“Tolong bagitahu, mahu saya tunjuk apa lagi? Rumah saya? Hampir RM3 juta kerana saya duduk bujang. Kasut saya? Lebih RM100,000. Pakaian? Lebih RM500,000 dalam masa enam bulan saya beli. Tempat basuh pinggan? RM6,000. Mainan gadjet? Lebih RM1,000,000 saya habiskan.
“Ingat saya tak ada maruah nak kikis harta orang?!,” tulisnya.
Dia pada masa sama turut berkongsi foto ‘outfit of the day’ (ootd) lengkap dengan harga tiap persalinan yang dikenakan.
Sementara itu, lelaki asal Kelantan ini turut mengakui dia langsung tidak berminat untuk menjadi ‘anak ikan’ dan menegaskan dia mempunyai pendirian.
“Tak ada masa saya nak jadi anak ikan. Waktu duit saya ada RM50, orang pernah tawar saya RM1juta pun saya tolak.
“Bukan bermaksud terlalu baik tidak punya nafsu, cuma saya ada pendirian. Kenapa perlu bayar? Ingat diri saya boleh dijual beli? Saya tahu kemampuan saya,” tulisnya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida sebak ketika ditanya mengenai dua anaknnya, Nur Edlynn Zamilleen Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Cik B dan Muhammad Eric Zecquan Mohd Amin (Kacak) dalam sesi IG Live di Instagram, beberapa hari lalu.
Malah, sedutan luahan tersebut kembali dikongsikan Vida di Insta Stories, pada Selasa.
Menerusi sesi berkenaan, Vida antara lain meminta ramai untuk sama-sama mendoakan Cik B agar dilembutkan hatinya dalam segala hal.
“Cik B perlukan masa. You all minta tolong tak? Saya doa pun insyaAllahlah makbul tapi nak makbul cepat suapaya dia lembut hati dalam segala urusan. Jadi anak yang solehah.
“You all tolong doakan Cik B, lembut hati dalam semua urusanlah. Maksudnya dari segi… Cik B perlu menjadi anak yang hebat, rajin, bisnes, hebat, cantik, kurus, berdikari,” katanya.
Vida yang pernah muncul menerusi single I Am Me turut mendedahkan keduanya anaknya itu tidak mahu hidup dalam populariti dan selesa menjalani kehidupan sebagai remaja lain.
Vida bagaimanapun berhasrat agar anaknya meneruskan legasinya dalam perniagaan.
“Empayar bisnes saya besar, tapi Cik B dan kacak dia tidak suka popular. Serupa anak-anak lain, dia tak nak popular, nak hidup macam remaja biasa. Tapi tidak boleh.
“You are gifted to be a popular, you are gifted to be somebody, you are gifted be daughter of Datuk Seri Vida. You have to be popular you have to work. You have to continue my legacy, my empayar.
“I love you very much, i care about you. I never let you down, i never leave you alone. Saya nak Cik B jadi hebat, teruskan perniagaan saya,” katanya lagi.
Sesi siaran langsung itu yang turut disimpan di Instagram sehingga kini sudah pun menerima lebih 800,000 tontonan bersama reaksi pelbagai wargamaya.
Baru-baru ini, pelakon dan penerbit, Darling Ngasri bersama bersama pelawak terkenal, Azlee dari kumpulan Senario terbabit dalam satu projek drama.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Darling atau nama sebenarnya Nasreen Ngasri mengimbau kembali kenangan ketika dia bersama kumpulan Senario di dalam sebuah penggambaran lain sebelum ini.
Adik kepada pelakon Bell Ngasri pada masa sama menyifatkan momen bersama Senario merupakan kenangan terindah dan tidak mungkin dapat dilupakan.
“Dulu2 hampir setiap tahun shoot senario di Alam Sentral, mcm2 watak…jadi anak lah, jiran lah, isteri lah. Kenangan yg x mungkin dilupakan bersama director kami Arwah Abg Zul Said (Al Fatihah buat arwah) rindu juga geng2 senario lain.
“Live depan penonton, debor juga dibuatnya haha. Nice to meet and work again after sooo long. Semoga abg2 ku sihat sejahtera hendaknya.
“Posted @withregram • @azleesenario Alhamdulillah Syukur Allah. Dapat kita berkarya semula. Untuk menyara keluargac Aamiin. semoga Allah permudahkan.
“Terimakasih Producer Darling NS Star Production. Berkongsi rezeki. #MisiSeramedi #NSStarProduction #Allahsayangkita,” tulisnya yang ‘repost’ kembali perkongsian yang dibuat Azlee.
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...