
Konflik membabitkan pengacara dan penyampai radio tekenal, Shuk Sahar yang didakwa telah bersikap curang terhadap isterinya telah menjadi perbualan hangat di kalangan netizen.
Malah masing-masing cuba memberikan pendapat sendiri dan tak kurang yang meminta untuk mendoakan keduanya mencari jalan penyelesaian terbaik.
Janna Nick misalnya ada menyuarakan pendapat mengenai perkara tersebut menerusi satu posting di Instagram miliknya.
Menurut pelakon berusia 26 tahun ini, isu masalah rumah tangga adalah satu perkara yang peribadi untuk diperkatakan.
Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner berharap agar orang ramai mendoakan yang terbaik untuk rumah tangga Shuk bersama isteri.
“Bukan nak backup @shuk_hotfm Tapi… kita tak tau perjalanan hidup kita Ni macam mana. Ramai Lagi aih orang biasa Kat luaq sana yang ada scandal semua beza dia, depa bukan Artis.
“Tak perlu campur urusan peribadi dia dengan kerjaya. Ni Sembang lebih lebih Satgi kena marah.
“Isu isu dalam kain ni kita tak tau sapa betul sapa salah..Mai kena tang hidung sendiri baru kita nak sedaq.
“So better doa kan yang baik baik. Kita dok pulun kutuk sana kutuk sini pun tak guna,” tulisnya.

Foto: Instagram Janna Nick
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

Lagu Tulus yang dilancarkan pada November lalu memberikan transisi berbeza dalam kerjaya nyanyian Azmi Saat.
Ini kerana, Tulus merupakan karya pertama yang dicipta Azmi sekitar 2008 dan berjaya disiapkan, sekali gus menyerlahkan lagi bakat dalam diri.
Menampilkan melodi dan lirik mengenai kisah perasaan terhadap orang dicintai iaitu isteri, Tulus disifatkan lagu yang cukup istimewa dengan dirinya. Malah, dekat di hati peminat setia Azmi.
Terbaharu, Universal Music Malaysia dan Valient Music selaku penerbit melancarkan video muzik (MV) rasmi lagu Tulus pada 7 Januari lalu.
Bercakap soal ketulusan dalam perhubungan suami isteri, Azmi yang meraikan ulang tahun ke-10 perkahwinan mengakui dia pernah melalui saat getir bersama isteri.
“Pada awal perkahwinan iaitu dalam tempoh dua ke tiga tahun, isteri banyak bantu. Apatah lagi dia adalah penjawat awam dan mempunyai gaji tetap.
“Isteri juga pernah bergolok gadai dengan menggadaikan barangan kemas termasuk terpaksa menjual hantaran perkahwinan berupa gelang emas. Sebab kami nak buat duit pendahuluan pindah rumah sewa baharu.
“Jadi, apabila saya sudah ada sedikit duit, barulah saya belikan gelang baharu sebagai ganti dan berikan dia duit untuk tebus semula barangan kemas yang digadai,” katanya.
Walaupun tidak sesempurna insan lain, Azmi dan isteri tetap bahagia dalam melayari bantera perkahwinan mereka. Malah sama seperti pasangan lain, Azmi juga pernah membuat kejutan istimewa kepada isteri dengan menghadiahkan bunga dan barangan kemas.
“Isteri saya suka bunga, jadi saya belikan bunga. Saya pernah buat kejutan dengan belikan barang kemas.
“Ketika itu saya masih bekerja sebagai tukang urut dengan pendapatan mencecah RM1,000 sebulan. Jadi, adalah lebih duit sikit,” katanya.
Apa yang pasti juga, kekurangan yang dimiliki bersama pasangan tidak menjadikan mereka kufur nikmat sebaliknya berasakan diberikan kelebihan lain oleh Allah SWT.
“Walaupun dalam keadaan begini, saya tidak berasa ia satu kekurangan atau susah pun. Kalau diberi peluang nak pasangan normal atau macam saya, saya nak yang sama macam saya.
“Sebab kami saling memahami selain mengetahui kekuatan dan kekurangan masing-masing. Kalau kahwin dengan isteri normal, saya pasti tak dapat membantu dan menjaganya. Sebab dia kena buat semua sediri malah perlu menguruskan saya pula.
“Jadi, apabila dapat yang sama, kami buat bersama-sama. Dalam erti kata lain susah dan senang kami bersama,” katanya.
Bercerita mengenai MV lagu tersebut lagi, Azmi berkata dia berlakon sebagai individu celik sebelum mengalami kecelakaan hingga mengakibatkannya buta.
“Jalan cerita daripada pihak pengarah dan syarikat rakaman. Ia bukanlah kisah saya atau ikut jalan cerita lagu. Saya hanya berlakon juga.
“Saya menjadi suami dan isteri dilakonkan pelakon lain. Saya menjadi orang celik, kemudian ada insiden saya hilang penglihatan.
“Pada awalnya saya tak percaya dan sering marah, tapi isteri pujuk. Sepanjang tempoh itu, rupanya isteri pun ada sakit. Jadi, saya menyesal dengan tindakan yang dibuat,” katanya.
Tulus diterbitkan Universal Music Malaysia dan Valient Music. Single ini boleh didapati di semua pelantar digital.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida atau lebih sinonim dengan panggilan DSV telah meluangkan masa bersama dengan anaknya dengan pergi bercuti di Pulau Pinang.
Mengakui anaknya, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen yang kini sedang aktif menyertai program hiburan Muzikal Lawak Superstar musim kedua, DSV tetap cuba untuk meluangkan masa bersama anaknya.
“Harini saya curi curi masa bawak @cikb_havoc66 @kacak_._ datang bercuti. Cik B sekarang sibuk sangat dengan muzikal lawak superstar. Saya taknak dia stress
“Cik B dengan Kacak memang rapat. Cik B penyayang Kacak pulak manja. Kalau dah berjumpa asyik bergurau.
“Perasan tak kalau first time check in bilik akan ada bau macam lama orang tak duduk. bau perabot bagai bagai. saya tak suka .
“Sebab tu saya bawak PERFUME OUD saya kemana mana. senang nak spray.
“Okay lah sebab ramai yang request suruh saya extend sales semalam. ada yang tak sempat nak grab sebab saya buka terhadd,” tulisnya menerusi entri di Instagram.
Imbas kembali, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berkahwin dengan Mohd Amin pada tahun 2000 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Nur Edlynn Zamilleen dan Muhammad Eric Zaquan.
Bagaimanapun, Muhammad Eddie Zuhdie, 11, dan Muhammad Edrie Zikrie,10, meninggal dunia dalam kejadian kebakaran di rumah Vida di Meru Hill, Ipoh tiga hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2013.
Vida sah bercerai dengan Mohd Amin pada tahun 2008 iaitu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.
Foto: Instagram DSV
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!
“Anak Kita Pun Dipegangnya,”- Turut Bercuti Di Langkawi, Lufya Omar Kecewa Ramai Tak Patuh SOP

Penyanyi dan pelakon, Lufya Omar mengakui berasa sangat bimbang melihat keadaan wabak Covid-19 terutamanya bagi mereka yang bercuti di Pulau Langkawi baru-baru ini.
Jelas Lufya yang turut berada di pulau berkenaan bersama anaknya pada tempoh tersebut, dia akan segera menjalani ujian saringan Covid-19 sebagai langkah berjaga-jaga.
A post shared by Lufya (@lufyalaana)
“Nak bercakap sikit pasal ramai orang dijangkiti Covid-19 selepas pulang dari Langkawi baru-baru ni. Tak dinafikan memang menggelabah sikit la bila dengar berita ini. Ramai dah pi swab test lepas balik Langkawi.
“Rasanya kena buat jugak ni. Tolong suggest mana klinik yang berpatutan untuk kami buat swab test ini ya?,” tulisnya,” tulisnya.
Katanya lagi, dia kecewa melihat tingkah laku segelintir pihak yang tidak mengambil peduli mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi memutuskan rantaian wabak tersebut.
“Dah setahun kita terperuk kat rumah dengn pelbagai cabaran dalam hidup setahun sekali ni nak jugak la bawak anak jalan holiday happy-happy dan lapangkan fikiran. Masalah utamanya orang kita ni SOP tak jaga. Anak kita pun dipegangnya.
“Teringin jugak nak gi Pantai Cenang tapi bila tengok video ramai orang yang upload ketika itu, ramainya pengunjung datang ke Pantai Cenang dengan tak pkai mask dan bersentuhan, kami batalkan hasrat nak kesana dan mengambil keputusan untuk ke private island(so tak ramai orang kat sana) pantai pun tak ramai orang,” kongsinya.
Menerusi perkongsian di Instagram, bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-6 ini turut menyeru kepada orang ramai agar lebih berhati-hati lagi selepas ini terutamanya saat kehadiran gelombang baru yang dikatakan bakal tiba tidak lama lagi.
“Walaupun kos jadi tinggi tapi untuk keselamatan kami sanggup. Permasalahannya di sini kes mendadak naik ni sebab orang ramai dah lega and take things for granted sebab vaksin bakal ada.
“Kalau ada pun frontliner yang akan dapat vaksin ni dulu. Kita belum tau keberkesanannya lagi.
“So korang sayangilah nyawa masing-masing apalagi yang ada berhubung dengan anak kecil dan orang tua. Jaga jarak dan pakai mask.
“Ambil supplement vit c without failed to boost ur immune system. Kita jaga kita bukan kita pentingkan diri kita ya darls. Satu lagi Nabi pesan : ‘Pada habbatussauda itu ada penawar bagi segala penyakit kecuali mati’,” akhirinya.
Sumber: Instagram Lufya Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

