Perceraian kali keempat tidak sesekali melemahkan semangat wanita besi ini.
Malah menerusi Instagram, penerbit Datuk A.Aida turut mengucapkan kesyukuran kerana anak-anak sentiasa di sisi walau ujian datang melanda.
“Terima kasih @azevanatassha @rahul_a.aida@az_aleesa yang sentiasa bersama-sama dengan Mama dalam susah dan senang kita.Dari kecil sampailah anak-anak Mama dah besar panjang, kita selalu diduga dan diuji Tuhan.
“Tetapi sebab anak anak Mama selalu bersama-sama di sisi,Mama terus kuat dan bersemangat menjalani kehidupan.
“Terima kasih atas segala kasih sayang dan pengorbanan buat Mama selama ini. Semoga Allah SWT sentiasa menghadiahkan kita dengan rahmat dan hidayahnya. #mylove#myeverything.”
A post shared by A Aida Awang (@a_aidaproduction) on
Walaupun perit, namun keputusan bercerai walau usia perkahwinan tidak sampai setahun disambut baik segelintir netizen.
Ads
Ads
Malah, rakan selebriti juga tidak putus-putus memberikan kata semangat buat wanita berusia 49 tahun ini.
Penerbit popular ini diijabkabul dengan pelakon Ariff Aziz pada 21 Julai 2018 sebelum kedua-duanya mengambil keputusan untuk berpisah pada 25 April lalu.
Foto : Instagram A.Aida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan model, Ain Edruce atau nama sebenarnya Nurulain Edruce telah berkongsi berita gembira buat peminat.
Kongsinya kepada MH, dia bakal melangsungkan majlis pertunangan Sabtu ini.
Ketika ditemui, Ain yang turut menjadi selebriti undangan pembukaan butik baru jenama Kate Spade di Suria KLCC, pada Rabu berkongsi berita gembira itu.
“Syawal kali ini saya memang rehat seketika dari sebarang projek seni bagi beri fokus pada persiapan majlis tunang, 22 Jun ini.
“InsyaAllah, majlis akan dilangsungkan di Kuala Lumpur sahaja,” katanya berkongsi.
Bintang tinggi lampai berusia 28 tahun itu juga turut memaklumkan, majlis tunang akan dilangsungkan secara sederhana.
“Majlis yang akan kami anjur sederhana sahaja. Malah para jemputannya pun terdiri daripada ahli keluarga kedua belah pihak selain rakan terdekat.
“Apa pun, saya sebenarnya tengah kelam-kabut juga sebab maklumlah, perlu buat persiapan, kemas rumah dan sebagainya.
“Saya dan keluarga saling membantu. Bukan apa, bergotong-royong ni seronok sebab masing-masing berkumpul,”ulas Ain lagi.
Tambah hos Lima Letup ini lagi, dia bagaimanapun merancang mahu melangsungkan majlis perkahwinan hujung tahun ini.
“Kita orang memang rancang untuk berkahwin tahun ini juga, mungkin Disember nanti, insyaAllah. Doa agar semuanya dipermudahkan,” pinta Ain yang dirisik teman lelakinya, Amirul Hafiz pada 19 April lalu.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Semoga berbahagia buat Ain dan pasangan, moga kekal hingga ke jenjang pelamin.
Majlis pembukaan butik baru jenama Kate Spade di Suria KLCC itu turut dihadiri rakan-rakan artis seperti Scha Alyahya, Tasha Shila, Nadia Brian, Siti Saleha, Daiyan Trisha, Hannah Delisha dan ramai lagi.
Perasmian majlis tersebut telah dirasmikan oleh artis korea terkenal, Oh Yeon Seo yang merupakan seorang pelakon drama bersiri My Sassy Girl.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penerbit, Datuk A. Aida baru sahaja melakukan pengumuman di sidang media khas berikutan kes perceraian bersama pelakon Ariff Aziz 25 April lalu.
Lalu, MH ada meminta pandangan anak-anak penerbit terkenal ini mengenai perpisahan yang berlaku.
Luah dua anaknya iaitu Wan Az Aleesa, 23 dan Wan Azevanatasha,18, mereka sepakatmenerima keputusan yang dilakukan si ibu andai itu yang terbaik.
“Mama memang tanya kita dulu. Masa dekat Mesir, mama pun tertanya-tanya patutkah dia buat semua ni (keputusan berpisah).
“Setelah berbincang, kami beritahu ini mungkin yang terbaik,” jelas mereka.
Ditanya mengenai pandangan mereka bahawa perkahwinan singkat si ibu turut dilakukan secara terburu-buru, ini kata mereka;
“Kami pun okay saja. Asalkan Mama gembira, kami pun gembiralah. Cuma kalau lelaki tu okay, dia cuba kenal ahli keluarga terlebih dulu.
“Maknanya, sebelum kahwin dia kena ambil hati keluarga dulu juga.
“Sebab hati Mama pasti dia sudah miliki, tapi hati keluarga belum tentu lagi. Jadi dia kena berusaha untuk menangi hati ahli keluarga lainnya.
“Mungkin perkenalan itu singkat, kenal tu memang kenal. Pernah jumpa tapi tidak terlalu mengenali sejauh mana dia kenal kita. Sangat terburu-buru,” ulas mereka lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kebelakangan ini, isu cerai dalam kalangan selebriti menjadi isu yang cukup hangat diperkatakan.
Satu demi satu pasangan mengambil keputusan untuk berpisah seterusnya mencari haluan masing-masing.
Bercakap mengenai perkara itu, pelakon dan usahawan Nora Danish turut meluahkan rasa sedih atas apa yang terjadi.
“Jujurnya, saya amat sedih apabila dengar isu-isu perceraian ini, tak kiralah rakan selebriti atau mereka yang di luar sana.
“Mereka yang berkahwin sebenarnya mahukan perkahwinan kekal sampai akhir hayat, tak ada seorang pun yang mahukan perpisahan.
“Tapi mungkin ada sebab tertentu, mereka terpaksa cari jalan terakhir iaitu bercerai,” kata Nora kepada MH.
Tambah pelakon filem Suamiku Jatuh Dari Langit ini lagi, dia akui setiap rumah tangga pasti akan berlaku salah faham antara suami dan si isteri.
“Tipulah kalau dalam perkahwinan tak ada pergaduhan. Itu sangat mustahil. Mungkin ada yang berbeza pendapat dan sebagainya.
“Setiap rumah tangga ada turun naiknya dan itu merupakan lumrah di alam perkahwinan.
“Kita manusia biasa, mesti ada gaduh-gaduh sikit tapi janganlah sampai berpanjangan.
“Asalkan, kita boleh buang ego dan fikir kesannya apa jadi kalau perkara ini (gaduh) berpanjangan,” kongsi Nora lagi.
Nora ketika ditemui bersempena pelancaran program realiti, Muzikal Lawak Superstar turut berkongsi caranya mengekalkan hubungan dengan suami, Nedim Nazri.
“Saya dan Nedim cuba kekalkan hubungan agar sentiasa menjadi yang terbaik dengan cara berkomunikasi sebab ia adalah perkara paling penting dalam hubungan rumah tangga.
“Kalau ada buat salah, bincang elok-elok tanya apa sebabnya, bukan saling menyalahkan antara satu sama lain,” jelas Nora.
Ulasnya lagi, menerusi perkahwinan kedua kali ini, Nora mendoakan yang terbaik buat diri dan pasangannya.
“Kami (Nora dan Nedim) masing-masing pernah lalui proses penceraian. Jadi, kami berdoa agar perkahwinan kali ini lebih serius dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan masing-masing.
“Kami juga mahu berikan yang terbaik buat keluarga kami dan untuk Neyney juga,” jelas Nora yang mendirikan rumah tangga bersama Nedim pada 30 Mac dua tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, Nora menggalas tugas sebagai juri tetap bersama-sama Datuk Awie dan Altimet menerusi program Muzikal Lawak Superstar pada Jumaat ini.
Malah, program tersebut melibatkan 14 peserta yang membariskan pelawak, pelakon dan penyanyi di atas satu pentas yang akan bersiaran secara langsung di Astro Warna (132) dan Warna HD (124).
Foto : Instagram Nora Danish
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...