“Kita Orang Pernah Jumpa 3 Kali Je Then Terus Kahwin,” – Raja Ilya Dedah Kisah Cinta Sama Suami Usahawan Australia

Share

Pelakon cantik, Raja Ilya menerusi posting terkininya di Instagram ada menitipkan luahan rasa cinta buat suami, Trent Garrett.

Kongsinya, dia dan suami senang untuk isi masa bersama bagi lebih mengenali diri serta kekukarang masing-masing.

Pada masa sama, Ilya turut membayangkan situasi cintanya kini ibarat sama dengan kisah lama di antara ibu dan bapanya.

“We love spending time together,getting to know Each other better and understand each other weaknesses.

“Kitorang pernah jumpa 3 kali je then Terus Kahwin .. very the old school.. haha,macam zaman2 our parents dulu ,this remind me my mum Love story , she use to torture us telling her love story wth my dad over and over again ,well biasa Laa kan.

“We have to listen .. so funny when my mum said my grandma bawa my dad ke kilang tempat kerja my mum untuk tanya my mum interested Tak to marry my dad,” tulisnya yang turut mengakui setiap perhubungan itu mempunyai keunikannya yang tersendiri.

“Every relationship unique sangat ,special to everyone .. and every individual ada kisah masing masing kan, What is your love story? #lifestyleoflove #raya #rajailya,” tanya Ilya pula.

Terdahulu, Ilya dan Trent telah berkahwin pada 23 Disember lalu dalam sebuah majlis ringkas di Perth, Australia.

Difahamkan, pasangan sama cantik sama padan itu itu telah berkenalan sejak enam tahun lalu.

IKLAN