“Kita Manusia, Sifat Itu Memang Ada,” – Linda Onn Dedah Sudah Terima Bayaran, Anggap Pelanggan Terlupa Bayar Hal Normal

Pengacara dan penyampai radio, Linda Onn mendedahkan dia telah menerima bayaran daripada pihak pelanggan yang dikatakan terlupa untuk membuat pembayaran sewaktu menjamu selera di restorannya baru-baru ini.

Menurut Linda, pembayaran tersebut telah dibuat oleh rakan kepada pihak pelanggan tersebut pada Ahad.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Linda Onn (@lindaonn7)

“Tadi ada seorang wanita datang ke kedai dan bayarkan untuk customer semalam iaitu kawannya,” tulisnya.

Jelasnya lagi, individu tersebut memaklumkan pelanggan berkenaan sebenarnya terlupa untuk membuat pembayaran dan tiada niat untuk sengaja meninggalkan restoran tersebut.

Kisah itu dikongsikan sendiri oleh belas penyampai radio Era itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

“Kita Manusia, Sifat Itu Memang Ada,” – Linda Onn Dedah Sudah Terima Bayaran, Anggap Pelanggan Terlupa Bayar Hal Normal

IKLAN

Tambah Linda, dia juga faham dengan keadaan tersebut dan menyifatkan ia sebagai sesuatu yang normal.

“Rupanya memang customer tu lupa nak bayar. Linda dah kata, kalau terlupa, takpe…halal. Bukan sengaja pun. Kita manusia, sifat terlupa itu memang ada.

“Apa pun terima kasih kepada yang bayar tadi. Linda akan turunkan posting sebelum ni,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan situasi tersebut sememangnya biasa berlaku selain turut mendoakan semoga Linda akan terus dimurahkan rezeki selepas ini.

“Rasa okay je Linda posting sebelum ni. Untuk peringatan semua. Memang ada customer lupa nak bayar balik. Baguslah datang bayar balik.

“Sebab tu akak suka order terus bayar sebab bila dah sembang, lupa dah dunia dan segalanya.

“Semoga murah rezeki lagi sis.

“Pernah berlaku makan satay tak ingat dunia. Dah sampai rumah baru teringat nak bayar makan belum bayar. Kelam kabut pergi balik restoran tu. Nasib baik dekat je dengan rumah.

IKLAN

“Kadang tu huru hara dengan anak-anak. Kadang terlepas pandang sikit. Tak sengaja. Well both parties are very positive,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Baru-baru ini, Linda ada berkongsi rakaman kamera litar tertutup yang memaparkan sebuah keluarga meninggalkan restorannya tanpa membuat pembayaran.

Bagaimanapun, posting tersebut telah pun dipadam selepas pembayaran tersebut dibuat.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Linda Onn