Penyanyi dan komposer, Damian Mikhail menyeru rakan-rakan komposer lain untuk meletakkan harga sewajarnya bagi setiap karya yang dihasilkan.
Menurutnya, sudah sampai masa pemain industri bersatu agar bidang penciptaan lagu tidak lagi dipandang enteng.
“Mulai 2026, warga produser-produser muzik industri harus set kos pembikinan lagu single yang minima adalah RM10,000 ke atas.
“Sama-samalah sepakat set harga. Jangan jadi pengemis industri lagi. Naikkanlah martabat produser lagu,” tulisnya.
Ads
Saranan itu dikongsikan sendiri oleh bekas anggota kumpulan VE berkenaan menerusi hantaran di aplikasi Thread.
Damian turut mempersoalkan tindakan segelintir komposer yang didakwa sanggup menurunkan harga tanpa mempertimbangkan kesannya terhadap perkembangan industri muzik tanah air.
Ads
“Kalau ada yang main harga, terpulanglah dekat depa. Itu jenis-jenis memang sampah industri.
“Murahan sampai bila-bila. Lama-lama nanti depa akan tau juga kesan buang harga ni,” kongsinya lagi.
Hargai Usaha Komposer
Dalam masa sama, Damian menegaskan, menaikkan harga karya bukan satu tindakan melampau, sebaliknya ia menunjukkan penghargaan terhadap usaha dan idea para komposer.
Ads
“Tiada salah pun letak harga tinggi pada nilai kita. Kita kerja keras bertahun-tahun untuk kaya. Bukan untuk cukup-cukup makan. Semoga bermanfaat,” ujarnya lagi.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber & Kredir Foto: Instagram & Thread Damian Mikhail
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh Ryan Bakery mengakui tidak menyangka namanya masih lagi menjadi pilihan peminat untuk memenangi kategori Digital Content Creator Paling Viral di Anugerah Paling Viral Online 2025, baru-baru ini.
Menurut Ryan, sejak kebelakangan ini ramai berpendapat namanya tidak relevan lagi susulan kemunculan pembikin kandungan baharu yang lebih menonjol di media sosial.
“Saya tak percaya bila nama diumumkan sebagai pemenang anugerah ini. Mungkin ini adalah rezeki bagi penutup tahun 2025. Segala berlaku disebabkan sokongan peminat.
“Saya sebenarnya sudah agak segan nak masuk program anugerah seperti ini. Ada yang kata zaman saya sudah habis. Alhamdulillah rezeki saya masih ada lagi.
“Bila orang kata zaman saya sudah habis, saya terima sahaja. Namun, saya masih Ryan Bakery yang sama. Saya tak kejar populariti.
“Saya tetap kena teruskan kerana bidang penghasilan konten ini merupakan sumber rezeki sepenuh masa saya,” katanya kepada MH.
Jelas Ryan lagi, dia kini lebih memilih untuk memberikan sepenuh tumpuan terhadap kerja-kerjanya dan enggan mengambil pusing tentang kecaman daripada orang luar.
“Dahulu mungkin saya cepat terasa namun kini, tak semua perkara saya ambil dan masukkan dalam kepala. Hal-hal yang tak perlu, saya tak perlu nak fikir.
“Apa sahaja orang nak tulis, saya biarkan sahaja. Setiap manusia berhak untuk berkata-kata.
“Kalau saya pilih untuk baca, saya akan lagi sakit. Apa gunanya? Kalau orang nak mengata, saya pilih untuk buat hal sendiri sahaja.
“Yang penting, saya akan terus menghasilkan konten untuk menghiburkan peminat dah cuba sesuatu yang baharu,” kongsinya lagi.
Sebagai bapa kepada seorang cahaya mata, Ryan mengakui dirinya kini perlu lebih kreatif dalam mencari idea baharu, terutamanya bagi memenangi hati generasi baharu.
“Ketika ini, cabaran terbesar saya adalah untuk masuk ke dunia komedi gen z. Saya tak boleh nak terus kekal dengan konten-konten nostalgia sahaja.
“Makin lama, orang sudah tidak boleh relate lagi kerana generasi baru sudah meningkat dewasa.
“Untuk jadi seorang penghibur, saya kena masuk ke dunia mereka. Mungkin agak sukar saya nak faham tapi ia perlu agar nama saya dapat terus kekal relavan,” ujarnya lagi.
Dalam masa sama, Ryan turut menafikan dakwaan dirinya merajuk susulan jarang memuat naik kandungan di media sosial.
Sebaliknya, dia menjelaskan kesibukannya kini berpunca daripada peluang baharu yang diterima, termasuk kepercayaan untuk mengarahkan telefilem pertamanya sendiri.
“Nak kata merajuk itu tidaklah. Saya kini sedang cuba bidang baharu. Saya ada menerima tawaran untuk berlakon filem pada tahun hadapan.
“Saya juga diberikan kepercayaan untuk mengarahkan sebuah telefilem daripada pihak Astro. Namun, segalanya masih diperingkat perbincangan.
“Mereka berikan saya satu slot untuk telefilem. Ideanya daripada saya dan saya mengarahkan sendiri. Ini adalah peluang yang besar buat diri saya untuk cuba satu yang baru.
“Sebelum ini, saya hanya buat konten-konten pendek. Kali ini durasinya satu jam. Kini saya belajar cara-cara buat skrip dan jalan cerita. Bila dapat peluang seperti ini, takkan saya nak lepaskan pula,” akhirinya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengasas kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman mencatat pencapaian manis yang tersendiri apabila sekali lagi muncul sebagai pembayar zakat perniagaan tertinggi kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) tahun ini menerusi syarikat miliknya, D’Herbs Holdings Sdn Bhd, dengan jumlah keseluruhan RM2 juta.
Hadir bersama isteri, Datin Seri Nur Shahida serta anak sulung mereka, Ammar Ahyan, penyerahan replika cek zakat tersebut disempurnakan dalam Majlis Iktiraf Muzakki dan Penyerahan Zakat (IMTIYAZ) 2025 yang berlangsung di Shah Alam, pada Selasa.
Sambil menzahirkan rasa syukur, Aliff turut tidak menyangka syarikatnya sekali lagi tersenarai sebagai penyumbang tertinggi zakat perniagaan di Selangor.
Malah Aliff menjelaskan, pengiktirafan itu bukanlah sesuatu yang dirancang, sebaliknya lahir daripada rasa tanggungjawab dan kepercayaan terhadap amanah rezeki.
“Saya sendiri tidak mengetahui jumlah keseluruhan zakat yang dikeluarkan kerana urusan akaun diuruskan oleh isteri. Apabila dimaklumkan jumlahnya mencecah RM2 juta, saya benar-benar terkejut dan bersyukur.
“Ini bukan soal berbangga diri, tetapi tanda terima kasih atas rezeki yang Allah kurniakan,” katanya.
Dalam pada itu, bintang filem Badang ini turut berkongsi kisah peribadi apabila pernah menjadi penerima bantuan zakat ketika di bangku persekolahan.
Ia sekali gus menjadi pengalaman yang disifatkan sebagai titik penting dalam membentuk komitmennya untuk terus menunaikan zakat sejak usia muda.
“Saya mula membayar zakat ketika berumur 19 tahun. Pada waktu itu gaji hanya RM650 dan zakat yang mampu dibayar hanyalah RM7 sebulan.
“Walaupun nilainya kecil bagi sesetengah orang, tetapi bagi mereka yang memerlukan, ia sangat bermakna. Alhamdulillah, jumlah itu meningkat setiap tahun sehingga hari ini,” jelasnya lagi.
Menurut Aliff, latar belakang hidup yang sederhana tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kejayaan.
Justeru, golongan kurang bernasib baik wajar diberikan sokongan dan peluang kerana setiap individu berpotensi mengubah kehidupan masing-masing.
“Saya juga pernah menerima bantuan zakat untuk pelajaran, kelengkapan sekolah dan makanan. Jangan memandang rendah orang susah.
“Sama ada mereka yang berasal dari kampung, tinggal di PPR atau penerima bantuan, semua orang ada peluang untuk berjaya jika diberi ruang,” katanya.
Dalam pada itu, Shahida memaklumkan tahun 2025 mencatat rekod tertinggi bagi syarikat mereka dari segi pembayaran zakat perniagaan.
Menurutnya, kejayaan tersebut datang hasil sokongan berterusan pelanggan terhadap pelbagai produk yang diusahakan.
“Tahun ini jumlah zakat paling tinggi setakat ini. Ia hasil usaha bersama dan sokongan pelanggan terhadap produk kami, daripada makanan hingga barangan keperluan.
“Semua yang menyokong perniagaan kami sebenarnya turut menyumbang kepada zakat ini. Syukur alhamdulillah,” katanya.
Terdahulu pada majlis sama, sebanyak 56 syarikat tampil menunaikan kewajipan berzakat dengan jumlah keseluruhan RM22.15 juta.
Antara syarikat lain yang tersenarai sebagai pembayar zakat perniagaan utama termasuk Open University Malaysia, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan Wawa Global Sdn Bhd.
Majlis tersebut turut menyaksikan penyerahan bantuan zakat berjumlah RM346,238 kepada golongan asnaf melibatkan bantuan perumahan, perniagaan dan perubatan.
Selain itu, Wakalah Majikan Kerajaan turut disampaikan kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan LZS dalam memperkukuh kebajikan masyarakat.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arsyad mengakui kehamilan kali ini agak berbeza dengan pengalaman yang pernah dilaluinya sebelum ini.
Menurut Uyaina, ketika mengandungkan anak ketiganya, dia lebih mengidam untuk membeli emas sehingga sanggup menempuh perjalanan sehingga ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan disebabkan harganya yang dikatakan lebih murah berbanding di negeri lain.
Malah, dia juga tidak menyangka cakap-cakap mengenai harga emas di Kuala Pilah lebih murah ternyata benar.
“Saya mengidam apa mengandung kali ketiga ni? Mengidam makanan, tidak. Mengidam emas, ya. Ini kisah betul. Kehamilan kali ketiga ini memang lain macam.
“Bila Kak Faz Ariani cakap emas Pilah murah, saya tanya betul ke? Bila saya tanya di Threads minggu lepas, ternyata ramai orang Pilah kata ya. Emas Pilah memang murah.
“Jadi untuk mendapatkan kepastian, maka saya pun gigihlah ke Pilah hari ini. Ternyata, ia bukanlah dongeng. Benar belaka,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan oleh bekas pengacara program Wanita Hari Ini itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Jelas Uyaina lagi, selepas membuat tinjauan di beberapa buah kedai, dia menyifatkan pembelian emas di Kuala Pilah sememangnya berbaloi.
“Saya masuk dekat lapan kedai tadi. Survey satu-satu. Tengok harga emas, design dan harga upah. Saya bandingkan. Kena rajin sikitlah.
“Kesimpulannya sangat berbaloi ya. Itupun tukang emas tu kata harini harga tinggi lagi dari semalam tapi tak mengapa. Ini rezeki saya dan saya gembira,” kongsinya.
Meskipun barangan kemas lebih sinonim dengan perempuan, bagaimanapun Uyaina memaklumkan sehingga kini, dia masih belum mengetahui jantina anaknya itu.
“Saya masih tak tahu jantina bayi ini. Kalau perempuan, mungkin inilah sebabnya saya suka emas. Kalau lelaki, mungkin dia akan jadi tauke kedai emas yang terkemuka satu hari nanti,” kongsinya lagi.
Sekadar informasi, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Raja Syahiran pada 21 Disember 2021 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan dan Raja Urayyan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Uyaina Arsyad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah terkenal, Pierre Andre bakal mempertimbangkan untuk tidak lagi mengarahkan filem bergenre seram sekiranya karya terbaharunya, Nar’sata: Sekutu Setan gagal mencapai kutipan yang diharapkan.