“Kita Belum Betul-Betul Pulih Tau,”- Nabila Huda

Share

Seperti sedia maklum, menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pihak kerajaan memberi kelonggaran kepada beberapa sektor untuk mulai beroperasi mulai 4 Mei depan.

Bagaimanapun, perkara itu perlu mematuhi SOP yang ketat sebagai langkah pencegahan.

Bagaimanapun, ada yang memberi pelbagai reaksi terhadap hal tersebut termasuk Nabila Huda.

Aktres ini menerusi Instagram meluahkan pendapat mengenai kelonggaran yang diberikan.

Lalu, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut menyarankan netizen untuk amalkan sikap berhati-hati meski PKP diberi kelonggaran.

“Untuk keselamatan anda,lebih baik stay at home sampai keadaan ni redha ok..keluar bila perlu je ok? Untuk activity sukan tu tak perlu lah dulu.

“Kite belum betul-betul pulih tau..Please be safe everyone!,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen meluahkan pendapat setuju dengan respon yang di sampaikan oleh bintang filem Munafik itu.

Foto: Twitter Nabila Huda

IKLAN