Seperti sedia maklum, menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pihak kerajaan memberi kelonggaran kepada beberapa sektor untuk mulai beroperasi mulai 4 Mei depan.
Bagaimanapun, perkara itu perlu mematuhi SOP yang ketat sebagai langkah pencegahan.
Bagaimanapun, ada yang memberi pelbagai reaksi terhadap hal tersebut termasuk Nabila Huda.
Aktres ini menerusi Instagram meluahkan pendapat mengenai kelonggaran yang diberikan.
Ads
Lalu, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut menyarankan netizen untuk amalkan sikap berhati-hati meski PKP diberi kelonggaran.
“Untuk keselamatan anda,lebih baik stay at home sampai keadaan ni redha ok..keluar bila perlu je ok? Untuk activity sukan tu tak perlu lah dulu.
Ads
“Kite belum betul-betul pulih tau..Please be safe everyone!,” tulisnya.
Untuk keselamatan anda,lebih baik stay at home sampai keadaan ni redha ok..keluar bila perlu je ok? Untuk activity sukan tu tak perlu lah dulu..Kite belum betul-betul pulih tau..Please be safe everyone!❤️
Mulai 23 Mei ini, dua buah saluran HD baharu iaitu Astro Rania HD (112) dan Astro Aura HD (113) akan dilancarkan buat pertama kali menerusi Pakej Indo Pek.
Malah ia turut diperbaharui dengan pengisian lebih padat, dinamik dan terkini merangkumi pelbagai genre untuk hiburan tontonan seisi keluarga.
Untuk pilihan yang fleksibel, ia turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmatan ‘On Demand’.
Program yang disiarkan di kedua-dua buah saluran ini juga turut disertakan dengan sarikata dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Astro Rania HD merupakan sebuah saluran hiburan yang mengetengahkan variasi kandungan seperti sinetron, telefilem dan program realiti.
Manakala saluran Astro Aura HD pula lebih menfokuskan kepada pelbagai format kandungan berkaitan muzik terutamanya dangdut.
Sebagai pembuka tirai, sinetron ‘Cinta Buta’ yang pernah tercalon dan diiktiraf menerusi pelbagai kategori di SCTV Awards 2019 dan Festival Film Bandung 2019 bakal dibawakan secara eksklusif.
Selain itu, program realiti Dangdut No 1. Indonesia, ‘Liga Dangdut Indonesia’ dan ‘Golden Memories’ anjuran stesen Indosiar juga bakal ditayangkan.
Istimewa sempena musim perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang nanti, akses pratonton komplimentari untuk saluran Astro Rania HD dan Astro Aura HD ini juga akan dibuka istimewa buat kesemua pelanggan Astro mulai 23 Mei hingga 30 Jun 2020.
Dengan pelancaran dua saluran baharu ini, dua buah saluran asal dalam Pakej Indo Pek iaitu Bintang (141) dan Pelangi (142) akan ditamatkan perkhidmatan siarannya bermula 1 Jun 2020, jam 00:01.
Sementara itu, Raja Jastina Arshad, selaku Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara berkata, Astro sentiasa memperkenalkan pelbagai pembaharuan dinamik bagi menambah baik mutu perkhidmatan terutamanya daripada segi kualiti dan fleksibiliti agar berbaloi dengan nilai bayaran yang dikenakan.
“Buat pertama kalinya kualiti siaran kandungan dalam Pakej Indo Pek dinaik taraf ke format definisi tinggi menerusi dua saluran baharu iaitu Astro Rania HD dan Astro Aura HD sebagai daya penarik utama untuk memberikan kepuasan pengalaman menonton yang optimum kepada para pelangganyang gemarkan kandungan hiburan terkini dari negara seberang.
“Kini, akses penuh ke seluruh kandungantersebut juga turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmatan On Demand.
“Jalinan perhubungan rangkaian dan kolaborasi strategikdengan rangkaian stesen televisyen utama dari Indonesia iaitu Indosiar dan SCTV juga telah mengukuhkan lagi aspirasi Astro untuk terus membariskan program hiburan Indonesiaterkini yang berkualiti tinggi kepada para pelanggan,” katanya.
Pakej Indo Pek mula diperkenalkan pada tahun 2011 dan masih menerima sambutan positif daripada kalangan peminatnya yang tersendiri sehingga kini.
Pelanggan Astro boleh terus menikmati kandungan yang ditawarkan menerusi saluran Astro Rania HD dan Astro Aura HD selepas tempoh pratonton komplimentari tamat dengan melanggan pakej Indo Pek.
Untuk melanggan pakej ini, sila ke saluran 200 atau layari laman rasmi di www.astro.com.my
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman ada memberikan responnya terhadap persoalan yang diajukan seorang individu mengenai apakah hukum mengganggu rumah tangga orang lain di sisi Islam.
Menurut PU Azman, hukum merosakkan rumah tangga orang lain adalah haram dan individu yang melakukan perkara tersebut hendaklah bermuhasabah diri terhadap perbuatannya itu.
Pelakon Datin Almy Nadia meluahkan rasa kekecewaan apabila ada segelintir netizen memberi kritikan terhadap kemesraan dia bersama suaminya, pelakon Datuk Fizz.
Lalu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini meluah rasa selain menyifatkan komen netizen ada yang seolah-olah tidak sopan dan keterlaluan.
“Assalammualaikum selamat pagi salam jumaat.. lama pendam perasaan,tapi harini kami takleh tahan,terpaksa luah,, bagi hampa semua baca bagi habis.. rajinkan baca.
“Saja la habaq mai.. sapa2 yg dok rasa tak suka kami,tok sah la nak follow kami, faham!! Lps tu hampa masuk dlm ig kami, hampa dok komen kat kami serupa hampa penghuni syurga, agak2 hampa rasa gelak kami ka,muka kami ka,apa sj yg melibatkan kami yg membuatkan hampa cemuih?
“Baik hampa tok sah dok nak like,tok sah hampa nak tambah dosa di bulan posa ni faham,, lama betoi kami dok perati hampa tau,, lama betoi kami dok bg muka kat hampa yg dok mai masuk ig kami lps tu hampa dok komen serupa hampa ni good good pulak.
“Lama kami tahan,tapi harini tak tahan hampa.. takpa takpaa kami sj la nak luah agar hati kami lega sikit,,yg hampa ni ahli syurga sgt toksah mai ig kami tau.. kami tak ada elok lagu mana hampa mau tau,, kami jadi diri kami saja..kami takmau bila nak boh gambaq atau video ka kami kena dok jadi org lain,kami tak suka lagu tu,sbb kami rasa ini ig kami.
“Jadi kami tak buleh jadi org lain, serba tak kena pulak kami kat mata hampa hampa2 yg bajet good good ni., nahh panjang lebAq kami tulis sj kami mau hampa baca qhatam qhadam sampai dlm ulu hati bernam tulang rusuk hitam hijau hampa tau,” katanya.
Dalam pada itu, Almy turut memaklumkan beberapa individu yang memberikan komen negatif terhadap dirnya telah disekat di akaun Instagram miliknya demi untuk menghindarkan diri daripada membuat dosa di bulan ramadan.
“Maaf buat sapa2 yg dok kena block ngan kami,, habaq awai2 sbb apa kami block sbb kami takmau cari dosa nak baca komen tak elok dan nnt syaitonnn nirogim dok hasut kamu balaihh laa komen tu balaih laa,dr kami nak cari dosa baik kami block.
“Dan akhir kata bulan bulan posa ni jgn cari dosa,bukan setakat bulan posa ja,bulan2 lain pun sama toksah cari dosa naaa,,laki kami selalu pesan,toksah dok baca,jgn dok reply,depa tak betoi hg pun nak jadi tak betoi?depa meroyan sawan hg pun nak ikut sama?
“Jadi hg jgn dok nak layan,jd kami pun malaih layan.. tp ni terpaksa la tulis supaya hampa faham… terima kasih semua sbb sudi baca ,dan pandai jugak hampa baca sampai habis nooo… baru hebat… hasil nukilan dr insan kerdil,, mohon maaf pd semua,” tulisnya panjang lebar.
Penyanyi, Hafiz Suip tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengizinkan isterinya, Fiona Safiyya untuk kembali menyanyi dan aktif dengan aktiviti pentas selepas berumah tangga.