Perkembangan media sosial semasa tidak hanya menjadikan selebriti sebagai ‘sasaran’ neziten. Sebaliknya, golongan glamor lain seperti model juga tidak terlepas daripada menjadi perhatian pengguan media sosial.

Semuanya mungkin gara-gara salah seorang model asal China, Ming Xi yang jatuh tergolek di pentas runway Victoria’s Secret tempoh hari. Tak fasal-fasal, ramai pula yang mulai throwback mana-mana kisah model yang pernah cetuskan sensasi di jaluran media sosial. Jom kita usha…

Kendall Jenner ‘kena’ makan makanan eksotik!

Kisah Super Model Pun Boleh Jadi Viral

Adik tiri kepada Kim Kardashian, Kendall Jenner mempunyai kelompok peminatnya sendiri. Kerjayanya sebagai model sepenuh masa memberi ruang buat gadis tinggi lampai ini untuk mengecapi populariti dengan cara sendiri. Misalnya menerusi sebuah program temu bua dil The Late Show with James Corden November tahun lalu, Kendall menjadi salah seorang tetamu untuk segmen Spill Your Guts or Fill Your Guts dan untuk sesi ini, mereka perlu makan makanan eksotik andai tidak mahu menjawab soalan yang ditanyakan. Video sesi berkenaan turut di muat naik di YouTube dan sehingga kini, ia sudah ditonton hampir 19 juta kali.

IKLAN

Kate Upton pamer kehebatan

Kisah Super Model Pun Boleh Jadi Viral

IKLAN

Model dan aktres, Kate Upton pula menjadi viral apabila video untuk sesi cabaran yang dilakukan hos Jimmy Fallon menerusi rancangannya bual bicaranya, The Tonight Show Starring Jimmy Fallon yang dimuat naik di YouTube menjadi sensasi di media sosial. Nama cabaran tersebut ialah ‘flip cup’ dan Jimmy dan Kate perlu minum minuman yang disediakan sehingga habis sebelum terbalikkan gelas berkenaan. Mereka yang terpantas akan dikira sebagai pememang. Kate yang sebelum ini mengakui sudah lama idam untuk melakukan cabaran tersebut membuktikan kehebatan apabila menyelesaikan game itu dalam tempoh beberapa saat.

Para model miming lagu Justin Bieber

IKLAN

Kisah Super Model Pun Boleh Jadi Viral

Menerusi pertunjukan fesyen untuk jenama Victoria’s Secret pada tahun 2012 lalu, para model telah melakukan gimik tersendiri dengan melakukan miming mendendangkan lagu popular Justin Bieber, Beauty and the Beat. Video berdurasi lebih tiga minit itu memaparkan aksi model di balik tabir sebelum dan selepas persembahan. Setakat ini, video tersebut ditonton hampir 6 juta tontonan di YouTube. Terdahulu, jenama fesyen itu cukup sinonim menjemput penyanyi terkenal bagi mengiringi pertunjukan fesyennya. Antara bintang yang pernah dijemput untuk membuat persembahan ialah Lady Gaga, Rihanna dan Taylor Swift.

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI