Rasanya ramai pun yang sudah sedia maklum dengan kontroversi yang mengaitkan pelakon dan penyanyi, Nabila Razali dengan pelakon kacak, Aedy Ashraf yang dikatakan mempunyai hubungan istimewa sebelum ini.

Kontroversi tersebut tercetus apabila, Nabila ada berkongsi gambar mesra bersama Aedy dan juga beberapa video di Insta Stories miliknya begitu juga dengan Aedy yang turut memuat naik video mesra dengan Nabila di Insta Stories.

‘Kisah Peribadi Saya Tolong Jangan Masuk Campur’ – Aedy Ashraf

Viral kisah dua artis ini di media sosial buat beberapa ketika dan Nabila tampil menjelaskan mereka hanya berkawan sahaja namun usaha MH untuk mendapatkan penjelasan daripada Aedy tentang isu ini gagal.

Namun begitu sewaktu di majlis hari jadi Nabila yang lalu, MH melihat Aedy turut hadir memeriahkan majlis dan gambar bersama Aedy pada majlis hari jadi itu dikongsikan sendiri oleh Nabila menerusi akaun Instagram miliknya.

IKLAN

‘Kisah Peribadi Saya Tolong Jangan Masuk Campur’ – Aedy Ashraf

‘Kisah Peribadi Saya Tolong Jangan Masuk Campur’ – Aedy Ashraf

Baru-baru ini, Nabila telah memuat naik satu video di Instagram yang mengatakan semua lelaki itu memang tak pernah cukup walaupun sudah banyak pengorbanan yang dilakukan pada mereka dan Nabila juga mohon untuk semua pihak tidak bertanyakan lagi apa-apa soalan tentang ini sambil menangis.

IKLAN

https://youtu.be/divNLNRJbzk

Selepas video tersebut menjadi viral, MH dapati Nabila telah memadam gambar-gambar Aedy di Instagramnya.

IKLAN

Video tersebut telah menimbulkan pelbagai spekulasi dari segelintir pihak yang mendakwa Nabila memuat naik video itu kerana kecewa dengan Aedy.

Dalam pada itu, ada sumber memberitahu Aedy tidak mahu mencampur adukkan hal kerjaya dan peribadi sehingga mendapat perhatian hanya disebabkan oleh kontroversi.

“Tugas saya sebagai pelakon dalam industri, perihal personal sama ada siapa saya selain pelakon sepatutnya tidak patut dihebohkan.

 

“Itu tiada kena mengena dengan sesiapa melainkan jika saya tak bagus berlakon, orang boleh komen atau kritik, tapi bukan kisah peribadi.

 

“Kehidupan peribadi saya minta tolong jangan masuk campur, saya tak selesa,” kata Aedy kepada Astro Gempak.

Sebagai seorang selebriti memang sudah menjadi lumrah untuk diri mereka mendapat perhatian ramai baik dari karier atau peribadi namun MH faham dengan pendirian Aedy yang tidak mahu mencampur adukkan hal peribadi dengan kariernya sebagai pelakon dan kita seharusnya memberi sokongan buat kerjaya Aedy untuk dia terus berjaya tanpa sebarang gosip yang boleh mencacatkan kerjayanya.

Sumber: Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI