Kini Kelihatan Semakin Gemar Pakai Hijab, Peminat Doa Zira Ayub – “Semoga Kekal Istiqomah.”

Share

Baru-baru ini, isteri kepada hos terkenal Nabil Ahmad, Zira Ayub kelihatan semakin kerap mengenakan hijab di setiap perkongsiannya di laman media sosial Instagram.

Di samping kelihatan manis dan ayu mengenakan hijab, penampilan Zira kini mendapat perhatian daripada peminat.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memuji dan mendoakan agar Zira kekal istiqomah mengenakan hijab.

“Semoga kekal istiqomah,” tulis peminat.

Sekadar informasi, Zira atau nama sebenarnya Nazirah Ayub mendirikan rumah tangga bersama Nabil pada 30 September 2011 dan dikurniakan tiga orang anak bernama Naera Mikayla, Leyla Medyna dan Mishall Imani.

Foto: Instagram Nabil Ahmad

IKLAN