Kim Woo Bin Turun 10 Kg Selepas Rawatan Kanser Tekak

Pelakon terkenal korea, Kim Woo Bin yang menderita penyakit kanser tekak dilaporkan selesai menjalani rawatan tahap pertama.

Bagaimanapun, menurut agensinya, keadaan kesihatan Woo Bin semakin baik dan dia kini sedang meneruskan rawatan peringkat kedua. Agensi pelakon ini juga memberitahu Kim Woo Bin sudah boleh menjalani aktiviti harian seperti biasa.

“Dia selesai tahap pertama kemoterapi dan sudah mampu bersenam seperti biasa. Kami berharap dapat memberi berita baik selepas rawatan tahap kedua nanti. Keputusan akan keluar pada pertengahan Ogos,” ujar pihak agensi.

Keadaan kesihatan Woo Bin dilaporkan semakin baik. Bagaimanapun, berat badanya dilaporkan mengalami penurunan ketara.

Tambah pihak agensi , Woo Bin tidak mengalami keguguran rambut. Namun berat badan sudah menurun lebih 10 kilogram. Kini beratnya kira-kira 60 kilogram.

IKLAN

Woo Bin disahkan menghidap penyakit tersebut beberapa bulan lalu. Dia kini sedang memberi tumpuan terhadap rawatan penyembuhan dan semua aktiviti seni dihentikan serta-merta.

Woo Bin bertarung dengan kanser dengan semangat teman wanitanya, Shin Min Ah, yang sentiasa disisinya setiap kali dia tidak mempunyai jadual.

Terdahulu, Woo Bin disahkan menghidap kanser Nasopharyngeal pada pertengahan Mei lalu. Nasopharyngeal merupakan sejenis kanser yang berlaku di antara saluran pernafasan dan tekak. Bagaimanapun, kanser tersebut dikesan dengan cepat dan masih lagi berada di peringkat awal.

IKLAN

Sumber : Koreaboo

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]