Wah nampaknya semakin ramai artis di negara kita yang sudah menempa nama di industri seni antarabangsa.

Kali ini pelakon dan penyanyi berbibir seksi, Kilafairy pula dapat menembuskan diri ke industri seni antarabangsa apabila dia diberi peluang untuk berduet bersama penyanyi rap popular, Sean Kingston dan juga seorang lagi penyanyi rap, Dj Aku Ash untuk lagu berjudul Put The World In.

Baru-baru ini, muzik video lagu tersebut telah dilancarkan dan sudah dimuat naik di Youtube. Hampir 120,000 penonton yang menonton video ini sejak dimuat naik Jumaat lalu.

Nampaknya ada juga rakan-rakan artis dari Malaysia yang turut memeriahkan muzik video ini seperti Izara Aishah, Altimet, Kaka Azraff dan ramai lagi.

IKLAN

Rata-rata netizen memberikan komen positif terhadap muzik video ini dan ada yang berkata Kilafairy kelihatan seperti JLo Malaysia.

Kilafairy Dipuji Macam JLo Malaysia Dalam Muzik Video Put The World In

Kilafairy Dipuji Macam JLo Malaysia Dalam Muzik Video Put The World In

IKLAN

Kilafairy Dipuji Macam JLo Malaysia Dalam Muzik Video Put The World In

Ok lah jom MH belanja korang muzik video Put The World In yang sedang heboh menjadi bualan ramai sekarang ini.

IKLAN

Ha macam mana best tak? MH harap selepas ini lebih ramai lagi artis-artis di negara kita yang dapat diberi peluang untuk menonjolkan bakat di industri seni antarabangsa. Sememangnya setiap selebriti di negara kita ini mempunyai bakat yang sangat hebat dalam bidang seni.

Sumber: Youtube

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI