Kita telah dikejutkan dengan berita penarikan diri salah seorang peserta Clever Girl musim ke-2 iaitu Noor Syakirah Mohd Azam atau lebih mesra dengan panggilan Kiera. Kiera merupakan peserta yang mewakili negeri Pulau Pinang.

Menurut kenyataan akhbar dari TV3, Kiera terpaksa menarik diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan selepas perbincangan dengan pihak stesen TV, produksi dan Kiera sendiri, keputusan tersebut telah berkuatkuasa pada 21 September 2017 yang lalu.

Bermula dari minggu ketujuh program pertandingan Clever Girl musim ke-2 ini, Kiera tidak akan lagi bersama-sama dengan peserta lain yang masih kekal untuk merebut gelaran juara Clever Girl musim ke-2.

Difahamkan sebelum ini terdapat satu perkongsian Kiera yang dikatakan telah berkongsi luahan hatinya melalui akaun Instagram peribadinya yang bernama @kieracatkingdom dengan mendedahkan punca sebenar mengapa dia menarik diri dalam pertandingan ini. Namun perkongsiannya itu telah dipadam.

Pada zaman yang serba serbi moden ini semua perkongsian kita boleh menjadi tular dengan sekelip mata dan itu juga yang terjadi pada perkongsian Kiera, walaupun sudah dipadam namun ada yang lebih pantas menyebarkan berita itu.

IKLAN

Menurut sebuah portal, di bawah merupakan luahan hatinya yang mendedahkan punca sebenar penarikan dirinya sebelum dia memadam perkongsiannya.

Kiera, Peserta Clever Girl Dedah Sebab Sebenar Tarik Diri

Walau bagaimanapun, Kiera telah tampil membuat kenyataan rasmi tentang isu penarikan dirinya dari pertandingan tersebut menerusi akaun Instagramnya yang bernama @kiera.clevergirlmy.

IKLAN

Kiera, Peserta Clever Girl Dedah Sebab Sebenar Tarik Diri

Kiera, Peserta Clever Girl Dedah Sebab Sebenar Tarik Diri

IKLAN

Di ruangan komen perkongsian kenyataan rasminya ini terlihat rata-rata daripada pengikut Kiera memberikan sokongan yang tidak putus-putus buat gadis ini..

ainoormashita: Stay strong kak kiera ??? You are one of my inspirations! Beauty lady with brain always be my inspiration.

najwafauzay: Bykkan bersabaq kak kiera @kiera.clevergirlmy Allah is the best planner…biaq org buat kita jgn kita buat org ? u deserve better ? byk, lagi rezeki akak di luar sana.

Sumber: Kenyataan Akhbar TV3, Mynewshub, Instagram @kiera.clevergirlmy

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI