Berita

Kharisma Music Teruja Bawakan BYON7 Ke Kuala Lumpur, Aksi Petarung Malaysia & Indonesia Jadi Tumpuan

Share

Selepas mencipta fenomena luar biasa di Indonesia, platform sukan tempur popular, BYON kini terus melebarkan pengaruhnya di peringkat antarabangsa dengan Malaysia menjadi destinasi pertama.

Bagi permulaan tahun 2026 ini, BYON dengan bangganya menganjurkan acara BYON7 Combat Showbiz yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, Sabtu ini.

Acara yang mengetengahkan acara sukan kombat ini turut mendapat kerjasama daripada rakan strategik tempatan, Kharisma Music.

Menurut ketua pegawai eksekutifnya, Ahmad Jeffny, dia berasa amat bangga dengan kepercayaan yang diberikan oleh pihak BYON bagi merialisasikan impin peminat untuk manyasikan petarung tempatan beraksi di Malaysia.

“Byod ada berjumpa dengan kami dan bertanya jika kami berminat nak buat acara sukan. Pada saya, ini adalah satu cabaran yang baharu. Jadi, saya terima pelawaan mereka untuk anjurkan acara ini di Malaysia.

“Malah, pihak Byon dan Yuka Kharisma (isteri) juga berasal dari negara yang sama. Jadi, perbincangan itu jadi lebih mudah. Selepas kedua-dua pihak berjaya mencapai koordinasi yang baik, kita mula merancang untuk anjurkan program ini.

“Ini juga merupakan kali pertama Byon mengadakan acara seperti ini di luar negara. Ini semestinya bakal menjadi acara yang mengujakan,” katanya kepada MH.

Jeffny ditemui ketika acara Weight-In BYON7 yang berlangsung di WTC, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Yang Terbaik Demi Acara Besar

Katanya lagi, pihaknya juga telah berusaha sebaik mungkin bagi memastikan acara berskala besar ini berjalan lancar.

“Untuk meyakinkan pihak BYON, segalanya berjalan lancar. Proses mencari kata sepakat itu tidaklah sukar. Lagipun, kita juga sudah punyai banyak pengalaman daripada penganjuran-penganjuran konsert sebelum ini.

“Dari segi pengurusan lesen, prosesnya hampir sama sahaja. Cuma untuk acara sukan seperti ini, kami perlukan lesen daripada pihak Kementerian Belia & Sukan (KBS).

“Perkara paling penting di dalam acara ini adalah aspek keselamatan. Kita beri keutamaan paling tinggi. Kami harus bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk pastikan semuanya mengikut standard,” katanya lagu.

Dalam masa sama, Jeffny akui teruja dengan sambutan luar biasa yang ditunjukkan oleh peminat apabila tiket prajualan telah habis terjual dalam masa lima saat untuk dua sesi.

“Sambutan di Malasyia sangat luar biasa. Kami berjaya mencipta rekod apabila tiket pre-sale telah habis dijual dalam masa lima saat.

“Manakala, tiket pre-sale kedua pula habis dalam masa satu saat. Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang sudah membeli tiket,” ujarnya.

Sementara itu, Presiden BYON Combat, Yoshua Marcellos akui tidak menyangka acara yang dimulakan pada skala kecil satu ketika dahulu, kini mampu berkembang ke peringkat antarabangsa.

“Saya berasa sangat teruja untuk berada di sini. Untuk menjayakan acara Byon 7 di Malaysia ini bukanlah sesuatu mudah. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuklah dairpada pihak Malaysia.

“Acara ini tidak akan terjadi tanpa usaha kalian,” katanya.

Malah, Yoshua atau lebih mesra disapa Celloszxz juga berharap agar kesemua pertarung yang terlibat akan menampil aksi dan semangat kesukanan yang luar biasa.

“Terima kasih juga buat para petarung yang sudah berjaya mencapai berat badan.

“Satu hal sudah selesai. Ada satu lagi perkara yang harus di lakukan esok. Saya ingin berpesan kepada anda, jadilah legenda. Jangan rasa ragu-ragu bila masuk ke gelanggang.

“Terus melangkah dan berperang. Berikan yang terbaik. Tunjukkanlah hasil latihan yang orang lain tidak nampak,” akhirinya.

Sebanyak 12 pertarungan bakal berlangsung termasuklah acara tumpuan melibatkan pertarung Malaysia, Putra Abdullah menentang petarung Indonesia, Ronal Siahaan bagi merenut tali pinggang BYON Kickstriking Asia Title.

Tiket untuk menonton BYON7 masih boleh didapati secara atas talian dengan harga bermula RM75 sehingga RM650.

BYON7 juga boleh ditonton secara pay-per-view (PPV) di platform penstriman, Vidio pada harga RM17.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Published by
Aizam Manaf