Categories: Berita Hiburan

Khai Bahar Sokong Karnival Kerjaya, Nasihat Pencari Kerja Buat Pertimbangan Sewajarnya – “Semoga Impian Semua Jadi Kenyataan.”

Share

Penyanyi popular Khai Bahar bakal memeriahkan suasana Karnival Kerjaya Pahang 1st apabila bintang itu bakal tampil menghiburkan pengunjung menerusi Mini Konsert Khai Bahar & Haqiem Rusli di Kompleks Belia dan Sukan Kuantan, 26 September ini.

Lebih menarik, karnival berkenaan bukan sekadar menawarkan hiburan, sebaliknya turut menyediakan lebih 500 peluang pekerjaan menerusi sesi temu duga terbuka untuk mereka yang sedang mencari peluang baharu dalam kerjaya.

“Bagi Khai, inesiatif ini secara langsung mampu membantu masyarakat mendapatkan pendedahan serta ilmu berkaitan dunia pekerjaan.

“Karnival kerjaya merupakan satu usaha murni kerajaan Pahang dalam membantu rakyat Malaysia dengan cara memberi pendedahan dan ilmu dalam mengejar kerjaya yang diimpikan oleh seseorang.

“Pelbagai ruang kerjaya untuk rakyat Pahang bertemu terus dengan majikan daripada pelbagai sektor seperti perkilangan, perkhidmatan, perhotelan, pembinaan, teknologi dan keusahawanan,” katanya.

Berbesar Hati Jadi Sebahagian Daripada Karnival

Dalam pada itu, Khai turut menyifatkan peluang untuk bersama-sama memeriahkan acara tersebut sebagai satu penghargaan buat dirinya.

“Khai berasa sangat berbesar hati diberi peluang hadir bersama-sama memeriahkan sebuah karnival yang membuka peluang lebih daripada 500 peluang pekerjaan, sambil dapat menghiburkan para tetamu yang hadir,” katanya.

Selain peluang pekerjaan, Karnival Kerjaya Pahang 1st turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik dan percuma untuk pengunjung termasuk Fun Run, Netball 3 On 3, e-Sport serta Supa Dupa Kanak-Kanak.

Pengunjung juga berpeluang membawa pulang hadiah menarik menerusi cabutan bertuah bernilai RM20,000, antaranya motosikal, Smart TV dan jongkong emas.

Baca Artikel Lain; 

https://www.mediahiburan.my/dakwaan-permain-hati-seorang-wanita-khai-bahar-akui-mudah-mesra-dengan-orang-akan-lebih-berhati-hati/

Nasihat Khai Buat Pencari Kerja

Sementara itu, ketika ditanya mengenai nasihat kepada mereka yang sedang mencari pekerjaan, Khai berkata setiap tawaran perlu dipertimbangkan dengan sewajarnya berdasarkan keadaan dan perancangan masing-masing.

“Nasihat Khai agar orang ramai dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bersesuaian dengan keadaan semasa masing-masing dalam jangka masa terdekat dan jangka masa panjang ke hadapan.

“Semoga impian semua menjadi kenyataan,” katanya lagi.

Selain menjadi platform untuk pencari kerja bertemu secara langsung dengan majikan, Karnival Kerjaya Pahang 1st turut menawarkan ruang untuk orang ramai beriadah dan berhibur bersama keluarga.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH