Selidik punya selidik, rupa-rupanya MH baru tahu yang KFC telah pun melancarkan merchandise baharu lagi. Tak boleh jadi ni. Mana boleh terlepas untuk kali kedua.
Dua merchandise tersebut merupakan hasil kerjasama dengan kartunis terkenal, Ujang dan jenama streetwear terkemuka negara, Pestle & Mortar Clothing (PMC). Cool Gila kan…
Kolaborasi gempak ini diberi nama KFCxUjangxPMC. Ketiga-tiga jenama ini sememangnya dekat di hati seluruh rakyat Malaysia.
Ads
KFCxUjangxPMC kini hadir dengan dua merchandise eksklusif iaitu Topi Dua Gaya Kepci dan Pin Enamel Zink Bersalut Emas 24K.
Jika sebelum ini barangan eksklusif Aku Budak KFC hanya boleh didapati buat mereka yang hadir ke acara Kentucky Town di Sunway Pyramid, namun, kali ini, KFC mendengar permintaan anda.
Ads
KFCxUjangxPMC bakal dilancarkan di restoran KFC di seluruh negara. Jadi, kali ini, anda tidak perlu risau lagi.
Untuk pengetahuan anda, Topi Dua Gaya Kepci bakal dijual pada harga RM29.90 manakala Pin Enamel Zink Bersalut Emas 24K pula berharga RM15.
Sementara stok masih ada, jom ramai-ramai serbu restoran KFC berhampiran anda untuk mendapatkan items eksklusif KFCxUjangxPMC. Jangan lepaskan peluang ini okay. Nanti sedih lagi. Good luck.
Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh sahaja pergi ke KFC App Malaysia.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aktor, Redza Rosli menyangkal dakwaan segelintir pihak yang menyifatkan dirinya tidak versatil kerana sering membawakan watak yang hampir sama dikebanyakkan drama yang pernah dilakonkannya sebelum ini.
Menurut Redza, dia hanya mengikut kehendak pengarah dan setiap watak itu mempunyai peranan yang berbeza.
“Siapa saya untuk menidakkan watak yang diberi. Bila orang berikan tanggungjawab, saya akan cuba bawakannya dengan ikhlas sehingga menjadi.
“Mungkin ada orang berkata watak yang selalu saya bawakan adalan ‘makanan’ saya. Ada yang kata saya tidak versatile. Orang nampak saya bawa watak yang sama sahaja.
“Namun, pada dari sudut hati saya, saya merasakan setiap watak itu berbeza,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, Redza turut menjelaskan dirinya tidak mempunyai waktu yang panjang untuk menukar imej kerana tempoh persediaan untuk sesebuah drama itu agak singkat.
“Ada juga yang menimbulkan isu mengenai penampilan saya. Katanya gaya rambut saya ni sama sahaja untuk setiap watak. Anda semua kena faham, cara kita berkerja tak sama dengan industri seni di luar.
“Di sini, kita ada deadline yang harus dikejar. Saya juga perlu menghormati masa pelakon-pelakon lain terutamanya pelakon senior. Kalau nak menunggu hingga rambut panjang, tak sempat nanti.
“Saya bersyukur dengan tawaran yang diberikan pihak stesen tv. Kerap kali mereka mahukan saya. Bila kita kejar satu deadline ini, saya diberikan pula tawaran lain sedangkan projek sebelum ini belum tamat lagi.
“Ada kalanya, saya minta juga sedikit waktu rehat untuk menukar imej demi kebaikkan saya sendiri tapi saya juga faham yang saya perlu menghormati semua pihak,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, pelakon berusia 31 tahun ini juga mendedahkan dirinya akan tetap berfikir panjang sebelum bersetuju untuk untuk menerima tawaran drama.
“Saya tak kisah ada yang labelkan saya anak emas TV3. Saya hanya memilih naskah yang terbaik. Saya ada menerima tawaran daripada stesen tv lain dan saya pertimbangkan juga.
“Saya akan lihat juga apa kebaikkan sesuatu watak itu buat saya. Apa nilai murni yang penonton akan dapat? Mana yang terbaik saya akan terima.
“Ada kalanya saya dapat watak yang jalan cerita dan dialognya hampir sama. Situasi itu akan buat saya tertekan. Saya jadi mati akal untuk memikirkan tentang pembaharuan.
“Namun, saya akan sentiasa cuba berikan yang terbaik seperti yang pengarah mahukan. Kami akan bertukar idea untuk melihat cara yang terbaik,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Alhamdulillah, syukur. Salah satu nikmat paling besar bila dikurniakan balik nikmat sihat. Minggu lepas satu keluarga affected by Influenza A start dengan diri saya lepas selesai program BBB.
“Lepas itu jangkit ke mummy. Kemudian, Awish dan Kikim. Akhir sekali Kayla. Kayla paling lama demam dekat lima hari tak kebah. Kena admitted untukk masuk drip for antibiotik sebab dia memang tak pandai makan ubat.
“Dan syukur sangat hari ni dah dapat dengar balik ceria dan gelak ketawa dia,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan sendiri oleh Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Pada masa sama, Norman juga mahu mengambil iktibar diatas kontroversi melibatkan anak perempuannya, Marissa Dania Hakim yang didakwa menjadi orang ketiga dan penyebab keruntuhan perkahwinan sepasang suami isteri.
Jelas Norman, dia tidak mengambil hati dengan segala kata-kata negatif yang telah dilemparkan kepadanya saat ini.
“Terima kasih juga kepada yang concern atas ‘ujian’ buat keluarga saya baru-baru ni. In shaa Allah ‘gerak hati’ dariNya untuk kami selesaikan secara tertutup. Kami ambil iktibar atas khilaf yang berlaku.
“Mohon doakan yang baik-baik. 75,000 leads aka followers baru yang hadir dua tiga hari ni saya anggap kalian semua sebagai sahabat. Ukhwah dan siturrahim yang harus saya sambut sebagai tetamu dengan penuh berhemah.
“Saya happy baca komen semua. Komen yang mungkin berbaur emosi dan kebencian, saya anggap itu semua sebagai teguran baik dari kalian untuk saya dan keluarga perbaiki kelemahan dan khilaf kami,” katanya lagi.
Malah, bekas suami kepada selebriti terkenal, Abby Abadi ini juga percaya setiap individu itu mempunyai peluang untuk bertaubat apabila melakukan kesilapan.
“Ampun maaf kalau ada khilaf, salah dan silap dari saya seisi keluarga. Yang salah tetap salah dan pintu taubat sentiasa terbuka untukk kembali ke jalanNya.
“Segala kelemahan datang dari kami dan segala yang baik hanya dariNya. Lillahita’ala saya sayang semua. Mohon jangan terputus silaturrahim kita,” akhirinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan yang terbaik buat Norman sekeluarga.
“Semo dipermudahkan urusan Abang dan keluarga. Terus kuat.
“Semoga terus tabah dengan ujian yang Allah berikan. Kita sebagai manusia memang tak lari daripada khilaf. Allah beri ujian kepada hambanya yang mampu. InsyaAllah ada yang lebih baik Allah nak bagi dekat kita.
“Alhamdulillah bang. Semoga dipermurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan sekeluarga. Allah uji sebab Allah tahu tahap iman hambanya.
“InsyaAllah Allahuakbar. Dia turunkan ujian supaya kita bersedia menerima rahmat kebaikkan yang lebih besar serta ditingkatkan darjat kita,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, kecoh dalam media sosial mengenai seorang wanita mendedahkan mengenai gadis berusia 18 tahun yang juga anak kepada pasangan selebriti jadi penyebab keruntuhan perkahwinannya.
Meluahkan perasaan di platform X Khamis lalu, wanita itu mendakwa gadis yang berstatus pempengaruh media sosial dan berimej muslimah itu menjadi perosak rumah tangga yang dibina selama tiga tahun.
Tambah memburukkan keadaan, wanita tersebut turut mendedahkan bukti resit dan mendakwa gadis itu kantoi ‘check-in’ bersama bekas suaminya.
Bagaimanapun, Marissa tampil mengaku melakukan kekhilafan menerusi Instagram (IG), namun menutup ruangan komen, semalam.
Marissa juga meminta agar ibu bapanya tidak dipersalahkan sehingga menimbulkan kesan buruk.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Norman Hakim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Perkongsian terkini di laman Instagram selebriti terekenal, Izzue Islam nyata menyentuh hati banyak pihak.
Menerusi video berdurasi kurang satu minit itu, Izzue dilihat melayani permintaan isterinya, Awin Nurin yang merindukan kerjaya lamanya sebagai seorang tukang gunting rambut.
Menurut Izzue atau nama sebenarnya, Muhammad Izzul Islam Mazlan, momen tersebut sememangnya mengimbau kembali detik-detik awal pertemuan mereka sebelum berumah tangga.
“Wife aku, dia rindu nak potong rambut orang sebab dulukan dia ada saloon sendiri. Dekat saloon dia jugaklah kitorang memula kenal. 14 tahun dulu.
“Betul-betul sebelah kedai makan tempat aku kerja bancuh air. Sekarang dia rindu. Jadi, aku hulurkan kepala aku untuk dia lepaskan kerinduan tu,” tulisnya.
Dalam pada itu, bekas anggota kempulan Forteen ini juga mahu lebih menghargai dan mensyukiri setiap nikmat yang telah dikurniakan Allah SWT terhadap dirinya dan isteri selama ini.
“Sejak akhir-akhir ini, aku belajar sesuatu. Belajar menikmati setiap detik dalam hidup. Berbahagialah sekarang. Jangan tunggu bahagia itu datang untuk kamu kecapinya.
“Kamu yang harus cipta bahagia itu. Fikirkan betapa berharganya waktu yang kamu harus habiskan baik bersala keluarga atau pasangan hidup. Setiap detik harus dinikmati,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kesetian dan cara Izzue yang bersungguh-sungguh mahu membahagiakan isterinya.
“Yang ada rupa juga setia.
“Aku respek laki bini macam ni. Lelaki yang tahu menghargai isteri saat dia tiada apa-apa sampailah ada kerjaya sendiri. Masih setia dengan isteri kerana beliau tahu saat dia susah dulu siapa ada bersamanya.
“Manisnya. Ya Allah, rahmatilah perkahwinan Izzue dan isteirnya. Semoga kekal hingga ke jannah.
“Yang handsome selalu lebih setia.
“Teruja betul dia dapat lepaskan rindu tu. Nampak sangat rindu,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, Izzue dan Awin tekah mendirikan rumah tangga pada tanggal 2 Jun 2013.
Sehingga kini, pasangan tersebut masih belum dikurniakan zuriat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Izzue Islam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.