Setiap wanita yang sudah berkahwin pasti mempunyai keinginan untuk mempunyai zuriat sendiri.

Namun buat pelakon Siti Elizad dia mengalami masalah untuk sukar hamil kerana faktor ketumbuhan cyst yang dialaminya.

Elizad berkata, dia pernah mengalami ketumbuhan cyst seberat empat kilogram di dalam perutnya tetapi sudah dibuang menerusi pembedahan dua tahun yang lalu.

Tetapi nampaknya tahun lalu Elizad berkata, ketumbuhan yang sama telah dikesan semula di dalam perutnya yang bersaiz sebesar telur.

Ads

Ketumbuhan Cyst, Salah Satu Faktor Siti Elizad Sukar Hamil

Katanya, untuk ketumbuhan baru ini dia masih belum membuat pembedahan lagi kerana terikat dengan kerja yang padat.

“Saya hanya mengamalkan makanan organik sebagai langkah untuk mengurangkan pembesaran ketumbuhan ini.

 

“Alhamdulillah, selepas membuat pemeriksaan minggu lalu, cyst mengecut. Diakui perkara ini berpunca daripada faktor pemakanan harian,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Elizad juga berkata dia sedikit tertekan dengan ketumbuhan yang dialami kerana sering membuatkan dia berasa loya.

Ads

“Saya difahamkan cyst ini antara punca saya lambat hamil. Saya ada mencadangkan kepada doktor yang mana ingin membuang ketumbuhan ini sekiranya saya diberikan rezeki hamil dan apabila bersalin, cyst dikeluarkan sekali.

 

“Memang sedikit tertekan. Malah ketumbuhan ini membuatkan seseorang cepat loya,” katanya.

Pelakon ini juga berkata lagi kepada sumber, dia turut mengambil langkah pemeriksaan kesihatan pada setiap tahun untuk mengesan sebarang penyakit seperti kanser.

Ketumbuhan Cyst, Salah Satu Faktor Siti Elizad Sukar Hamil

Ads

Dia bersyukur setakat ini kesihatannya dalam keadaan baik namun dia berkata setiap kali membuat pemeriksaan pasti dia akan berasa takut untuk menantikan keputusan yang diberikan oleh doktor.

“Bimbang juga jika hasilnya positif. Sekarang ini semua orang mudah terdedah kepada penyakit. Jadi, cara terbaik adalah berhati-hati dalam soal pemakanan,” katanya.

MH setuju dengan Elizad, setiap orang terdedah dengan pelbagai jenis penyakit jadi perkara utama yang haris dijaga adalah pemakanan kita. Kurangkanlah memakan makanan ringan yang cenderung untuk mendatangkan penyakit sebaliknya makan makanan yang lebih berkhasiat.

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI