Sebagai seorang suami, bapa dan juga ketua keluarga pastinya banyak tanggungjawab yang harus dipikul untuk mencari rezeki bagi keluarga.

Pelakon dan usahawan popular, Fizo Omar baru-baru ini telah meluahkan rasa terkilan di akaun Instagramnya kerana tidak dapat menemani isteri dan anak sulungnya berjumpa doktor untuk menjalani rawatan susulan.

Katanya lagi, jika boleh dia mahu sentiasa berada di samping keluarganya namun disebabkan tanggungjawab sebagai seorang bapa dia harus bekerja demi mencari rezeki.

IKLAN

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

IKLAN

“Maryam nak g amik injection dah nk masuk 3 bulan dah umur dia.

 

“Ksiannya tgk muka dia sedih daddy xdpt teman nk g jmpe doktor.daddy work la syg kat Perlis ni.

 

“Ikutkan hati nak bersama family all da time,tapi tanggungjawab sbgai bapa kene berkerja mencari rezeki.

 

“Pengorbanan ibu plak byk kene sacrifice juga stay at home jaga dan besarkan anak.satu combination yg cukup unik masing2 berkorbanan demi anak.

 

“Semoga anak Wan Maryam ini membesar dgn sihat dan jadi anak yg solehah,usahawan dan pemimpin di masa depan.

 

“Kepuasan pengorbanan sebagai ibubapa dalam mencari rezeki,bukanlah semata mata melihat kpd berapa banyak harta yg dapat dikumpul,tetapi berapa banyak manfaat yg dapat diberikan kpd orang lain.

 

“Insyallah hasilnya mungkin bkan utk dinikmati sekarang ini,tapi mungkin utk anak2 saya,keluarga dan generasi bangsa kita seterusnya,” tulis Fizo pada ruang kapsyen.

Tersentuh pula hati MH selepas membaca luahan hati Fizo ini, betapa besarnya pengorbanan ibu dan bapa untuk membesarkan zuriatnya. Terpaksa bersengkang mata bekerja mencari rezeki bagi mendapatkan sesuap nasi untuk keluarga tercinta.

IKLAN

Apapun MH doakan agar puteri comel Fizo ini membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. Semoga keluarga mereka sentiasa diberkati ALLAH SWT dan bahagia hingga ke syurga.

Sumber: Instagram Fizo Omar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI