Pelakon, Azhan Rani menjelaskan babak mengheret ibu Hajah yang didukung Fatimah Abu Bakar dalam drama, Nur 2 sebenarnya boleh dipotong tetapi tetap diteruskan juga oleh kerana permintaan pelakon senior itu sendiri.
Menurutnya, pengarah telah memberikan pilihan sama ada babak tersebut dibuang atau pun menggunakan kaedah ‘body double’ tetapi ibu Fatimah sendiri yang teruja untuk melakonkan babak berkenaan.
Kenyataan tersebut dibuat Azhan di laman Twitter miliknya selepas anak Fatimah, Syarifah Amani memberikan pujian terhadap lakonan mereka yang meninggalkan kesan mendalam di hati para penonton itu.
“Allahuakbar sebenarnya adikku, berkali2 director bagi pilihan scene ni boleh je buang atau guna body double.
Ads
“Tapi your mummy yg excited nak buat scene ni. Yang seret tu dia yg punya technic sebab dia dah demo masa reharsal. Siap bangun lompat tepuk tangan lagi. #jomkecamibuhajah,” tulisnya.
Terdahulu, Sharifah Amani ada memberikan responnya terhadap babak yang boleh dianggap ganas yang melibatkan ibunya itu.
Ads
“I remember Mama told me how difficult it was for you to do this scene Abang. Kesian dia heartbreak nak laksanakan tanggungjawab.
“Mama and I are so proud of you Abangku @azhanrani Walaupun Adik tak sanggup tengok scene nie.
Ads
“Hahahahaha! Mama gitu Bang. She felt so sorry for you but she was so proud at the same time. Korang best gila lah! Syukur Alhamdulillah,” katanya.
Buat pengetahuan, Drama Nur 2 telahpun melabuhkan tirainya pada semalam dan ternyata filem tersebut berjaya memberi impak di hati para penonton.
Foto: Instagram Azhan Rani, Sharifah Amani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semangat, dedikasi dan kerja keras usahawan dan pempengaruh, Farah Nadhirah Ibrahim yang diiktiraf sebagai salah seorang penerima Malaysia Prestigious Industry Award (MYPIA) 2021 pada 8 Mac lalu menjadi kekuatan buatnya untuk terus melangkah.
Farah,30, atau Ferra Ibrahim sukses mengusahakan produk penjagaan rambut, kulit dan kuku, Le’HairBoss dan diangkat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Muda dalam Industri Kecantikan dan Kesihatan menerusi anugerah anjuran Malaysia Organisation of Company Director (MOCAD) yang berlangsung di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.
“Saya berniaga ini bukan nak kaya semata-mata. Rezeki itu perlu dikongsi. Macam perniagaan penjagaan rambut, kulit dan kuku diusahakan sejak dua tahun lalu ini lebih kepada usaha untuk menggalakkan lebih ramai menjana pendapatan.
“Terutama golongan wanita sekali gus mahu memperkasa mereka untuk tidak berpeluk tubuh. Status solo atau janda bukan halangan. Tambahanpula di era pandemik COVID-19 ke endemik ini.
“Tanpa mengira status anda sebagai wanita, sekalipun ada suami berada dan bertanggungjawab, golongan wanita kena buat sesuatu. Ada duit poket berniaga, boleh sokong suami serba sedikit ekonomi keluarga,” katanya.
Bekas pramugari tempatan itu juga beruntung kerana suami tercinta, Raja Ahmad Nazir Raja Ahmad Murad yang turut bergelar ahli perniagaan menjadi tonggak kekuatan di belakangnya.
“Ini merupakan perkahwinan kedua saya dibina pada Julai 2019. Suami yang percaya atas kebolehan, keinginan dan semangat sejak dahulu lagi memberi modal memulakan perniagaan ini sejak Januari 2020.
“Saya percaya keberkatan itu ada kerana beberapa bulan melancarkan suplemen pertama di Malaysia untuk rambut, kuku dan kulit, perniagaan dilakukan melonjak naik. Kemudian saya keluarkan rangkaian produk lain seperti syampu, tonik dan perapi.
“Untungnya produk saya usahakan dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) memakan masa setahun ini bersifat praktikal dan menjimatkan duit. Ini kerana setiap satu rangkaian produk memberi manfaat untuk rambut, kuku dan kulit,” katanya.
Menurut graduan Diploma Rambut dan Rekaan di Universiti Lim Kok Wing itu lagi, minatnya berniaga dipupuk sejak kecil.
“Di usia tujuh tahun lagi saya minat berniaga itu dan ini sebab nak duit poket. Masa itu saya dan kawan baik sepakat berniaga. Termasuk jual gelang,jual baju dan menawarkan perkhidmatan ‘facial’ di rumah dengan harga RM1.
“Lucunya yang jadi pelanggan ‘facial’ pun di kalangan kawan. Demi memudahkan mereka yang nak mencuba perkhidmatan itu, saya sampai melukis peta untuk memudahkan pelanggan.
“Tapi itu kisah dulu. Sekarang saya seronok tengok ketua stokis buat duit pula. Salah seorangnya dulu bekerja dengan gaji RM1,500 sebulan selama tempoh tujuh tahun. Tapi sekarang boleh beli stok produk saya mencecah lebih RM 100,000 sebulan,” katanya.
Ferra pada masa sama optimis untuk terus mengembangkan jenamanya.
“Ikutkan jenama produk saya lebih dikenali dengan nama HairBoss. Sampai orang lupa nama rasmi, Le’HairBoss. Tapi tak apalah, janji orang tahu.
“Rangkaian produk saya pun dijual daripada harga RM129 hinggalah ke RM59. Sangat berpatutan. Insya-Allah tahun ini juga saya mahu ‘all out’ menghasilkan produk dan jenama baru. Tak lupa menjalinkan kolaborasi serta membawa jenama dimiliki ke peringkat antarabangsa,” katanya terlebih dahulu menjalankan perniagaan tekstil.
Ferra Ibrahim sebelum ini juga pernah menerima anugerah Promising Hair Care Brand Of The Year 2021 daripada Niagatimes dan disenaraikan sebagai Successful Young People In Malaysia daripada Britishpedia Media.
Dia yang mempunyai lebih 130,000 pengikut di Instagram pernah mencuri perhatian wargamaya kerana disangka selebriti berdasarkan personalitinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Sweet Qismina telah disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan pada Selasa lalu.
Sweet atau nama sebenar Farhanna Qismina Supandi, menyatakan dia yang berada di Perak bagi menjalani penggambaran filem Tariandi rasa tidak sihat sejak 16 April lalu.
Menerusi kenyataan media yang dimuat naik di laman Instagram, pihak pengurusan Warner Music Malaysia turut memaklumkan pelakon berusia 24 tahun itu kini sedang dikuarantin di Pusat Kuarantin Ipoh.
“Sweet mengambil langkah untuk membuat ujian calitan RTK di Columbia Hospital, Taiping dan keputusannya beliau adalah positif. Sweet telah dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk dikuarantin dan buat saringan PCR dan keputusan positif.
“Sweet kemudiannya dihantar ke Pusat Kuarantin di Ipoh untuk dikuarantin. Keadaan semasa Sweet sekarang, tidak mempunyai sebarang komplikasi cuma hilang deria rasa dan bau,” tulis kenyataan terbabit.
Dalam pada itu, pelakon drama Bidadari Salju ini turut mengucapkan terima kasih kepada petugas kesihatan yang membantunya sepanjang proses menerima rawatan tersebut.
Meninjau ke ruangan komen, rakan artis serta para peminat turut menitipkan kata-kata yang baik buat Sweet seterusnya mendoakan agar pelakon itu segera sembuh.
Foto: Instagram Sweet Qismina
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara Fikry Ibrahim memaklumkan dia tidak berniat untuk merahsiakan perkahwinannya yang berlangsung pada Rabu lalu daripada pengetahuan umum.
Sebaliknya Fikry, atau nama sebenarnya...