“Kesian Cik B, Jangan Paksa…Dia Budak Lagi,”- Gara-Gara Cik B Pakai Produk Ibunya, Dato Vida Terima Kecaman Netizen

Share

Usahawan kosmetik terkenal, Dato Seri Vida atau sinonim dengan panggilan DSV telah memuat naik satu video menerusi akaun Instagram miliknya.

Video tersebut telah merakamkan ketika anaknya, Cik B sedang membasuh wajahnya mengunakan produk DSV dan meminum produk Qu Puteh.

“Lo ni..dah 2 3 malam..Wajib perosah cikB guna set @clorocskincare_hq sebelum tidur..kena bekengg Kena paksa ..Kalau tak..haram nak pakai..sy kalau buay apa nak nampak kesan terus..
Tika saya ada kt rumahh..Kena paksa la Cik B..”

“Dulu banyak jerawat pasir muka pun gelap kusam jerr. Sekarang dah nampak perubahan..Makin cerah . Jerawat pasir gone!! Slow slow kita make over cikb..Produk organik..Vitamin c citruss..” tulisnya.

Lantas, perkongsian video oleh penyanyi lagu ‘I Am Me’ itu telah menarik perhatian netizen untuk memberi kecaman dan komen yang berbaur negative kepada DSV.

Rata-rata netizen menasihati kepada usahawan yang berusia 47 tahun itu supaya tidak bersikap memaksa terhadap Cik B dan anak-anaknya. Malah netizen turut merasakan DSV seakan seperti membahayakan kesihatan anaknya.

Tak salah pun kalau Cik B makan dan minum produk kecantikan DSV. Tak akan lah mak dia sendiri nak bahayakan kesihatan anak dia sendiri semata-mata untuk melariskan produk DSV? Betul tak?

Video : Instagram DSV

IKLAN