“Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah.” Itu lafaz yang terungkap oleh Lisa Surihani apabila bercerita mengenai proses rawatan pembedahan lasik yang dijalaninya di Pusat Mata dan Lasik milik Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad, baru-baru ini.
Sambil merakamkan rasa syukur, sesi berkenaan berjalan lancar dan prosedur yang dilakukan hanya mengambil tempoh kurang 10 minit.
“Saya menangis. Di bilik rawatan Prof Muhaya, ada surah Al-Fatihah yang dilekatkan pada dinding. Sebelum buat rawatan dibuat, Prof minta saya buka kanta lekap dan bila buka saya sudah tidak nampak akan surah terpapar. Surah tersebut turut disertakan dengan terjemahan dalam Bahasa Melayu.
“Bayangkan selepas selesai, saya buka mata dan terpandang surah Al-Fatihah di posisi sama saya berada sebelum prosedur. Lalu saya ternampak dan menangis terus.
“Saya nampak dan boleh baca. Allah pinjamkan semula nimatNya. Menerusi Prof Muhaya, saya memang rasa sebak ketika itu,” jelas Lisa kepada MH.
Ditanya mengapa mengambil masa agak lama untuk melakukan prosedur tersebut, juri Maharaja Lawa Mega 2019 ini mengakui ia ada berkaitan dengan anxiety dan ‘seriau’.
“Mungkin kerana ada rasa seriau. Namun saya syukur kerana ke tempat yang betul. Sebelum prosedur dimulakan, Prof terlebih dahulu baca doa dan berzikir. Buatkan saya rasa selesa dan beliau sangat membantu.
“Prosedur itu pun kurang dari 10 minit. Mungkin lima atau tujuh minit kot. Saya berikan isyarat ‘thumbs up’ pada ibu yang ketika itu berada di luar dari sisi cermin sebagai tanda saya okay,” kongsinya lagi.
Lisa atau nama sebenarnya, Lisa Surihani Mohamed sebelum ini ada mendedahkan dia mengenakan kanta lekap lebih 29 tahun kerana mengalami masalah rabun.
“Saya kenakan kanta lekap kerana saya memang alami masalah rabun dan bukan atas sebab kosmetik. Jadi cara saya pakai dulu, kemungkinan saya perlu lakukan penjagaan yang lebih baik. Misalnya pemakaian kanta lekap tidak boleh lebih dari 11 jam.
“Namun ada ketikanya saya kenakan ia lebih 11 jam malah ada juga bawa sampai ke tidur. Jadi bagi mereka yang perlu pakai kanta lekap, tolonglah jaga perihal mata anda,” ujarnya.
Pada masa sama, bintang berusia 33 tahun ini turut memberi pesan kepada ramai agar sebolehnya, lakukan pemeriksaan mata sekurang-kurangnya setahun sekali.
Lisa sebelum ini turut memuat naik beberapa posting di Instagram bagi berkongsi pengalaman tidak ternilai itu bersama peminat dan pengikutnya.
Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza ada berkongsi beberapa keping fotonya bersama satu keluarga dari Portugal, yang juga merupakan peminat setianya.
Sanggup turun ke Singapura bagi menonton persembahan penyanyi lagu Anta Permana itu di Konsert Karya Agung Pak Ngah, Siti turut menerima tetamu berkenaan untuk sama-sama isi masa dan menjamu selera di kediamannya.
“Alhamdullillah, kunjungan istimewa peminat saya dari Portugal. Jauh datangnya untuk menonton konsert #karyaagungpakngah2019 di Singapura baru-baru ini.
”Anaknya juga pandai menyanyikan lagu ciptaan arwah Pak Ngah seperti Nirmala & Kurik Kundi.
“Lagu Bukan cinta biasa & jerat percintaan pun boleh juga,” tulis Siti.
Pada masa sama, Siti yang mesra dipanggil Tok Ti ini juga merakamkan rasa terharu dengan usaha yang diberikan para peminatnya.
”Saya sangat terharu dengan usaha & minat mereka kepada lagu2 saya.. sempat saya jamu mereka dengan makanan melayu & buah durian! Suka betul mereka makan.
”Terima kasih Rui Patricio & family. Saya sangat hargai. Nanti saya kongsikan video nyanyian anaknya & aafiyah menari di youtube chanel saya ye,” maklum Tok Ti di ruangan komen.
Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein ada berkongsi beberapa keping foto sekitar majlis sambut menantu di belah pihak suaminya, Mohamad Azlan Che Noh di Kuala Krai, Kelantan, menerusi Instagram.
Ayu bertudung sambil mengenakann persalinan sedondon rona putih bersama suami dan anak, pasangan penganting baru itu tampak secocok kala bergambar di pelaminan.
“Tq Sudi Menyambutku Wahai Keluarga Mertua. Tq kerana bg lina rasa semua ni. Tq atas kasih sayang ini.
“Terasa diri disayangi. Alhamdulillah, 28 January 2020,” tulisnya di ruangan kapsyen sambil disusuli dengan kredit.
Bintang Kampung People ini selamat menamatkan zaman ibu tunggal pada 18 Januari lalu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Terdahulu, Elly mengikat tali pertunangan dengan Azlan yang sinonim digelar sebagai Papa Awan Nano pada 17 Disember tahun lalu.
Terdahulu, Elly pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah Azmi Hatta dan dikurniakan cahaya mata, Putri Sara Sefhia Azmi sebelum bergelar ibu tunggal selama tiga tahun.
Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.