“Kerja Saya Jual Badan, Nak Tunjuk Satu Persatu Otot Memang Kena…,” – Dek Kritikan Netizen, Sharifah Sakinah Akan Tapis Pengikut Di Medsos

Share

Pelakon sensasi, Sharifah Sakinah memaklumkan bahawa dia akan mengambil langkah menapis permintaan pengikut baharu di akaun media sosial Instagram selepas ini.

Tambahnya lagi, dia sebolehnya enggan untuk menerima permintaan untuk mengikuti (friend request) khususnya lelaki.

“Saya akan tapis request ya. Kalau laki saya tak terima. Kerja saya jual badan, nak tunjuk satu persatu otot memang kena tunjuk aurat.

“Kalau nak request juga dont judge. Kalau nak ilmu sila follow,” tulisnya menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.

Sehingga kini, entri berkenaan sudah meraih lebih 10,000 tanda suka daripada warganet.

Sebelum ini, adik kepada pelakon dan penyampai radio, Shahrifah Shahirah ini pernah menerima kecaman teruk oleh netizen gara-gara memuat naik foto berpakaian seksi dan mencolok mata di laman maya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Sharifah Sakinah

IKLAN