Terkejut MH apabila membaca laporan Harian Metro yang mengatakan kenderaan Rolls Royce milik Datuk Seri Aliff Syukri telah disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) malam tadi.

Kereta mewah yang disewa oleh warganegara Australia itu disita kerana kesalahan kawasan pengisytiharan penggunaan Lesen Kenderaan Moto (LKM).

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPJ Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman, selain disaman atas kesalahana berkenaan, ia turut disaman kerana nombor plat tyang tidak mengikut spesifikasi.

Kereta Mewah Aliff Syukri, Disita JPJ Di Ambang 2018

Beliau berkata, kenderaan berkenaan menggunakan LKM Sarawak dengan harga RM5,000 iaitu jauh lebih murah berbanding LKM yang patut digunakan.

IKLAN

“LKM di negeri itu (Sarawak) hanya boleh digunakan untuk kenderaan di negeri berkenaan sahaja dan kita sedang menyiasat bagaimana kenderaan berkenaan boleh berada di semenanjung,” katanya pada sidang media Op Patuh di Jalan Bangsar, malam tadi,” jelasnya.

Bagaimapun pengasas syarikat D’Herbs ini telah mengarahkan peguamnya menguruskan hal ini.

IKLAN

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh pihak pengurusannya kepada sebuah akhbar tempatan.

IKLAN

Kereta Mewah 'Abang Terlajak Laris' Disita Sebuah kereta mewah jenis Rolls Royc

Kereta Mewah 'Abang Terlajak Laris' DisitaSebuah kereta mewah jenis Rolls Royce Ghost dipercayai milik pengasas D'Herbs, Datuk Aliff Syukri antara kenderaan yang disita dalam Ops Patuh Jabatan Pengangkutan Jalan di Jalan Bangsar, ibu negara malam tadi.Pemeriksaan lanjut mendapati kenderaan itu menggunakan Lesen Kenderaan Motor, (LKM) atau cukai jalan Sarawak sedangkan kenderaan terbabit digunakan di Semenanjung.Kesalahan dikategorikan sebagai penipuan lokasi pengisytiharan penggunaan LKM.Jika di Semenanjung, LKM kenderaan itu jumlah cukainya lebih RM20,000 namun cukai LKM untuk kenderaan terbabit di Sarawak hanya RM5,873.Kereta mewah ini yang dianggarkan berharga lebih RM1 juta disewa daripada agensi kereta sewa mewah milik Datuk Seri Aliff.Kereta terbabit yang dipandu seorang warga Australia disita selepas pemeriksaan mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai lesen memandu sah di negara ini.

Posted by Buletin TV3 on Sunday, 31 December 2017

 

Kereta Mewah Aliff Syukri, Disita JPJ Di Ambang 2018

Kereta Mewah Aliff Syukri, Disita JPJ Di Ambang 2018

SUMBER: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI