Kerana Video Viral, Redza Rosli Disangka Mencuri? Nah Ini Penjelasannya, Pasti Ramai Pernah Kena!

Gara-gara tersebarnya sebuah video yang dimuat naik oleh pengarah popular Jinggo yang memaparkan momen mencemaskan apabila Redza Rusli dianggap ‘mencuri’ di sebuah pusat membeli belah.

Di dalam video berdurasi 51 saat itu memaparkan Redza bersama Sheila Rusly dan Jinggo di tahan oleh pekerja jenama pakaian dan diperiksa plastik beg yang dibawanya.

Namun dalam saat ke 0:05 Redza bersuara dan mengatakan kesilapan ini sering terjadi kepadanya apabila pekerja jenama berkenaan lupa untuk menaggalkan alat pengesan pada pakaian yang dibelinya.

Malah, Sheila turut berkata ini bukanlah kali pertama berlaku kepada pelakon ini, sebaliknya sudah beberapa kali.

IKLAN

Bagaimanapun pekerja berkenaan telah pun meminta maaf kerana salah faham dan akui kesilapannya.

Isu ini menjadi hangat dan paling MH tak boleh tahan apabila ada sebuah blog turut menghangatkan lagi cerita ini dengan membuka cerita kononnya Redza Rusli mencuri seluar dalam di kedai berkeanaan.

Disebabkan ini, ramai pihak cuba menghubungi Redza dan meminta pelakon ini menjelaskan perkara sebenar.

Melalui akhbar Harian Metro, Redza menjelaskan sebenarnya video ini merupakan video lama yang telah dimuat naik oleh Jinggo namun disensasikan semula oleh sebuah blog

IKLAN

“Ramai menyangka saya ditahan kerana mencuri seluar dalam, malah panggilan telefon dan pesanan ringkas terus menerima hingga ke hari ini bertanyakan tentang perkara ini.

 

“Begitupun saya mengambil pendekatan untuk tidak terlalu mengambil serius. Lagipunla takkan saya nak curi seluar dalam, lebih baik saya curi hati orang

 

“ Video berkenaan sudah lama dimuat naik oleh pengarah Jinggo, namun disensasikan semula oleh blog berkenaan.” jelasnya.

Malah Redza turut meminta blogger-blogger agar lebih bertauliah menulis artikel dan gunakan tajuk yang lebih sesuai.

Aduh, lucu pun ada. MH tidak nafikan perkara sebegini sebenarnya bukanlah sesuatu yang asing dan pelik.

Sesiapa sahaja mesti pernah lalui perkara yang sama. Tetapi memang benar, memalukan kalau terjadi pada kita walaupun kita tahu kita tak bersalah betul tak?

SUMBER: Harian Metro