Ahli kumpulan Big Bang, T.O.P kini sedang disiasat pihak berkuasa daerah Yongsan dipercayai kerana melanggar undang-undang pekerja perkhidmatan awam apabila lagu ‘Flower Road’ dikeluarkan, minggu lalu.

Lagu tersebut merupakan hadiah Big Bang buat peminat memandangkan 4 daripada ahlinya kini sudah menyertai latihan ketenteraan.

MH difahamkan bahawa lagu itu dirakamkan pada tahun 2015-2016 iaitu semasa album M.A.D.E namun ‘single’ tersebut hanya dikeluarkan pada 13 Mac lalu.

Kerana Lagu ‘Flower Road’, Ahli Big Bang, T.O.P Disiasat

IKLAN

Dalam pada itu, Daerah Yongsan telah menghantar laporan kepada pihak polis Seoul berkaitan perkara itu untuk menyiasat sama ada ‘rapper’ itu telah melanggar Akta 28 iaitu undang-undang yang mengawal pekerja perkhidmatan awam daripada mempunyai pekerjaan lain sesama bertugas.

“Kami meminta pengesahan sama ada lagu yang dikeluarkan itu mendapat kebenaran pihak atasan.

“Pihak Pentadbiran Ketenteraan juga akan memantau situasi ini sebelum memberikan jawapan mereka,” kata kenyataan daripada Daerah Yongsan.

Dalam pada itu, T.O.P pula mendakwa bahawa dia tidak tahu menahu mengenai lagu tersebut akan dikeluarkan namun mengikut arahan apabila diminta menyerahkan kontrak perkhidmatan kerja awamnya untuk disiasat.

IKLAN

Kerana Lagu ‘Flower Road’, Ahli Big Bang, T.O.P Disiasat

Sementara itu, pihak ketenteran juga tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara ini.

IKLAN

“Kami tidak dapat memberikan butiran lanjut mengenai isu ini,” kata menerusi satu kenyataan.

Kasihan MH lihat T.O.P, lepas satu-satu isu yang melanda dirinya. Nampaknya peminat juga berfikiran sama apabila knetizen mengecam tindakan Daerah Yongsan yang dilihat sengaja ‘cari pasal’ dengan ‘rapper’ tersebut.

Apa-apapun, kita tunggu jelah keputusan siasatan macam mana.

Sumber: Allkpop

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI