Sebelum bermulanya perlawanan bola sepak Piala Malaysia 2017 tempoh hari yang menemukan pasukan Kedah dan Johor di pusingan final, pelakon wanita popular, Janna Nick telah berjanji untuk menyanyikan lagu Johor sekirannya Kedah, Negeri kelahirannya itu kalah di dalam perlawanan tersebut.

Seperti sedia maklum, JDT berjaya mengaut kemenangan hingga menyebabkan pelakon My Coffee Prince itu terpaksa mengotakan janjinya.

Namun adakah Janna akan mengotakan janjinya atau adakah janji itu hanya tinggal janji sahaja? Jeng jeng jeng…

Baru-baru ini, Janna telah memuaskan hati ramai pihak apabila dia sendiri dengan relanya menyanyi lagu kebangaan Darul Ta’zim sambil diajar oleh Fahrin Ahmad.

Tak percaya? Nah ini dia beberapa video yang memaparkan Janna sudah mengotakan janjinya…

IKLAN

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

Rata-rata pengikut akaun instagramnya cukup terhibur dan sempat mengusik Janna dengan usikan nakal.

IKLAN

rafiekasinan: @jannanick ..tq nyanyi lagu johor..

ayer_aril20: Lagu johor hanq bwk nada lagu kedah mane mahu????? apapun terbaik lah..saya bagi 4 hahahaha…???

IKLAN

mygadget_shop: Terbaik janna nick… janji dikotakan.. jangan janji dicapati

nuruladhwa14: Hahahahhahaah lawak laaaa comeyy janna. Ni dh mcm bapak ajar anak menyanyi ???

Apapun Janna memang sempoi habis lah! Tidak kiralah negeri mana yang menang, kita tetap di bawah satu negara yang sama, Malaysia!

Sumber Video: Instagram Janna Nick

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI