Pelakon dan hos, Lisa Surihan mengisi masa di rumah dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuat kuasa di seluruh negara sejak beberapa hari lalu.
Lalu, sebagai menyahut cabaran #dudukrumahchallenge, bintang filem Ular itu dilihat turut mengisi masa dengan membaca atat suci suci al-Quran.
Jelas bintang berusia 34 tahun itu, ahli keluarga dan rakan-rakan turut memberikan galakan meski baginya, bacaan yang dialunkan belum cukup sempurna.
“#dudukrumahchallenge kerana bacaan ku tk sempurna. But my dear sisters (the khadijahs) and friends keep encouraging. Dia galakkan. “Daripada tk buat langsung, Lisa?”
Ads
“Moga istiqomah. Dgn doa, Ya Allah, rahmatilah kami dgn Al-Quran, Jadikan lah ia sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah, Ingatlah kami pada apa yang terlupa, ajarkanlah apa yang tidak diketahui.
“Kurniakanlah kami dapat membacanya siang dan malam. Jadikan ia perisai kami, wahai Tuhan semesta alam,” tulisnya pada entri yang memperlihatkan permata hati turut setia berada di sisi.
Penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha turut sama mahu membantu di kala negara sedang berdepan krisis penularan COVID-19 apabila bintang menyalurkan derma lebih RM7,000 kepada badan bukan kerajaan (NGO), keluarga, serta individu yang memerlukan bantuan.
Kongsinya seperti yang dipetik Harian Metro, dia memulakan inisiatif itu sejak beberapa hari lalu meski pada awalnya, ia lebih beri fokus pemberian bantuan kepada golongan kurang berupaya demi meringankan beban.
“Saya mengambil inisiatif ini untuk membantu keluarga yang kurang pendapatan, keluarga susah dan yang memerlukan bantuan kewangan. Saya sangat bersyukur dapat menyumbang.
“Bagaimanapun, bantuan saya cumalah satu peratus saja dan saya sangat memerlukan bantuan daripada orang ramai yang boleh menyumbang sama.
“Selepas habiskan peruntukan sendiri, saya masih menerima banyak mesej di laman sosial daripada individu yang perlu bantuan.
“Saya tidak boleh duduk diam dan perlu mencari jalan untuk memaklumkan mereka mengenai paltfrom berkenaan. Ada juga individu yang bertanya bagaimana mereka boleh tampil ke depan dan menyumbang sama,” katanya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, Daiyan ada berkongsi beberapa platform buat mereka yang mahu menghulurkan sumbangan misalnya Mercy Malaysia.
“Saya sendiri ada berhubung dengan organisasi ini menerusi mesej peribadi. Ini disebabkan saya tahu mereka ada platform untuk orang memberi sumbangan kepada masyarakat tidak berkemampuan di Malaysia.
“Mereka menyediakan peralatan membasmi virus kepada golongan warga emas, keluarga kurang pendapatan, individu disyaki dijangkiti virus, dan kurang bernasib baik,” jelasnya lagi.
Selain Mercy Malaysia, Daiyan turut menyenaraikan organisasi bukan kerajaan IMARET dan MyCARE.
Terdahulu, perkara berkaitan turut dikongsikannya menerusi IG TV dan Insta Stories.
Sumber/Foto: Harian Metro/Instagram Daiyan Trisya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penerbit dan pengarah, Michael Ang ada berkongsi keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diperolehi ‘anaknya’, Ryan Ang sebagaimana nama yang tertera pada slip keputusan yang dikongsikannya di Instagram.
Sambil mengucapkan tahniah atas kejayaan itu, Michael, 44, turut mendoakan agar impian Ryan untuk bergelar doktor akan tercapai.
“Salam semua. Congrats to anak ku! Tak sangka otak kau pandai. Tak sangka keturunan aku ada yg Pandai belajar ingatkan Pandai shopping aje.
“May your dream to a be Doctor do come thru! Sorry Sebab baru post hari ni berpikir panjang and lama baru decided to post sbb takut org Cakap kita menunjuk!
“All I can say pergi mampus yg pikir aku nak menunjuk! Luv u!,” tulisnya.
Serentak dengan entri yang dikongsikan, pengarah drama rantaian, Suri Hati Mr Pilot itu juga turut menerima reaksi bercampur-campur di kalangan netizen.
Ada yang mengucapkan tahniah dan ada juga yang turut bertanya mengenai gerangan ‘anak’ yang dimaksudkan.
Apapun, tahniah buat semua calon SPM tahun lalu yang sudah pun mendapat keputusan masing-masing pada Khamis lalu.
Foto: Instagram Michael Ang
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mengambil tanggungjawab menyebarkan maklumat dan pengorbanan kakitangan barisan hadapan yang berjuang menentang wabak Covid-19, Datuk Aznil Haji Nawawi berkongsi perbualan yang cukup beremosi dengan seorang kakitangan barisan hadapan yang bertugas di Hospital Seremban yang dikenali sebagai Nurul.
Jelas Nurul, dia dipinjamkan daripada unit rawatan jantung untuk memenuhi keperluan rawatan pesakit Covid-19 di Malaysia. Dia turut berkongsi kesukaran pemakaian Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) di mana setiap kakitangan terpaksa mengenakan sut berkenaan sehingga 18 jam sehari.
Dan atas sebab itu, jelas Nurul, kebanyakan frontliner terpaksa menjamak solat fardhu dan menahan lapar sehingga PPE dibuka dan terus dilupuskan. Tambahnya lagi, kakitangan yang bertugas di Unit Rawatan Rapi pula terpaksa bekerja lebih daripada 18 jam sehari bagi memastikan pesakit mendapat rawatan sepenuhnya.
Tidak mampu menahan sebak tatkala menyentuh perihal anak, jelas Nurul, dia sudah lama tidak berpeluang bertemu dan memeluk anaknya kerana tidak mahu merisikokan nyawa mereka. Malah, Pak Nil turut terkedu saat Nurul menyatakan statusnya sebagai ibu tunggal.
“Saya tidak dapat berjumpa mereka sejak cuti sekolah bermula. Saya terpaksa menghantar kedua-dua anak untuk dijaga oleh adik. Saya merupakan ibu tunggal.
“Selalunya kami akan buat panggilan video dan mereka selalu akan bertanya bila ibu boleh balik, bila kita boleh makan bersama, bila nak keluar jalan bersama. Saya hanya mampu menjawab, bila keadaan sudah reda. Kami sendiri tiada kepastian bila keadaan akan beransur pulih. Ramai kawan-kawan di Hospital Sungai Buloh sudah lama tidak pulang ke rumah kerana kekurangan kakitangan.
“Bukan tidak takut terkena jangkitan namun kita kena ikhlaskan diri. Selama mana kita harus melawan wabak ini jika kita tidak berjuang. Apa yang membuatkan saya terus berjuang dan bertahan merawat pesakit ialah saya mahu balik ke rumah dan jumpa anak-anak, saya tidak mahu terus begini.
“Ayah berpesan, saya kena teruskan berdoa dan jangan putus berdoa kepada Allah, dan kena kuat untuk anak-anak.
“Namun ada frontliner yang punya anak-anak yang masih kecil terpaksa putuskan susu badan kerana tidak mahu risikokan nyawa anak. Apa yang boleh saya pesan kepada rakan-rakan seperjuangan, ikhlaskan hati, kuatkan diri. Kita kena berjuang sehingga wabak ini tamat, kita berjihad kerana Allah,” luahnya sambil menangis.
Nurul turut menitipkan pesanan buat dua anak lelakinya dan berjanji akan pulang selepas semuanya tamat.
“Ibu harap semuanya akan berakhir dengan cepat, ibu akan balik ambil anak-anak ibu dan akan peluk kamu setiap malam. Ibu janji ibu akan balik. Doakan ibu terus kuat,” katanya menahan sebak.
“FRONTLINER YG TERPISAH DARI ANAK KECILNYA 😭
Walaupun ada yg kecam Paknil dgn menuduh Paknil cari perhatian dgn cerita2 yg #paknil paparkan, sesungguhnya nawaitu sebenar adalah untuk memberi kesedaran kpd mereka yg masih ambil ringan ttg bahaya covid 19. Paknil tidak akan tunduk pd kata2 negatif #teampaknil,” kongsi Pak Nil.
Rumah tangga pelawak dan personaliti televisyen Indonesia, Boiyen, dilaporkan berdepan episod perpisahan apabila beliau memfailkan cerai terhadap suaminya, Rully Anggi Akbar, selepas hanya kira-kira...