Penyanyi Awi Rafael yang bakal bersaing menerusi program Gema Gegar Vaganza musim kedua yang akan bersiaran tidak lama lagi mengakui tunangnya, Atikah Suhaime merupakan seorang wanita baik yang cukup rapat dengan keluarga.

Kongsi Awi kepada MH, perkenalannya yang sudah lama dengan pelakon asal Singapura itu memberi ruang buatnya untuk mengenali Atikah dengan lebih dekat, terutamanya sejak lima bulan lalu.

“Saya kawan dengan dia sudah lama cuma rapat lebih lima bulan lalu. Daripada situlah saya dapat lihat dia seorang wanita yang baik, rapat dengan keluarga. Malah dia juga seorang yang penyabar dan positif.

 

InsyaAllah saya mahu tengok benda-benda baik sahaja selepas ini,” katanya selepas ditemui di sidang media Gema Gegar Vaganza ke-2 di Hotel Istana, Kuala Lumpur pada Rabu.

Bercakap mengenai dugaan sebagai pasangan tunang yang lebih sinonim dengan panggilan pasangan ‘berdarah manis’ pula, penyanyi lagu Manusia Sempurna ini bagaimanapun tidak mahu menjadikan hal tersebut sebagai suatu isu besar.

IKLAN

“Ya, memang akan ada dugaannya. Tetapi daripada situlah (umumkan pertunangan) merupakan sisi kepastian saya sebagai lelaki untuk dedahkan mengenai perkara ini. Sebab saya ajak jarang berkongsi soal personal.

 

Lebih kepada muzik sahaja sejak beberapa kebelakanhan ini. Jadi kali ini saya memang serius,” terang Awi yang turut mengharapkan doa dan sokongan terbaik daripada semua.

Ditanya mengapa simpan rahsia bercinta sebelum mengejutkan ramai pihak dengan mengadakan majlis tunang, Awi menjelaskan, dia sedaya upaya untuk cuba asingkan sisi peribadi dengan statusnya sebagai anak seni.

IKLAN

“Saya percaya kalau kita betul-betul pisahkan hidup peribadi dengan status sebagai selebriti, itu satu hal yang bagus. Malah kami juga sepakat untuk tidak kongsikan dulu.

 

Bila sudah serius, baru boleh kongsi bersama semua orang,” akui Awi yang bakal mendikan rumah tangga bersama pelakon Volkswegan Kuning pada 15 Mac tahun depan.

Foto: Instagram Awi Rafael

 

IKLAN

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI